💟 EMPAT BELAS 💟

5K 262 10
                                    

Ilham Zulhaqi, lelaki yang dulu malah sehingga kini masih mengisi relung hati Melina. Cinta pertamanya, sekaligus lelaki pertama bergelar kekasih di hatinya.

Mula saling mengenali sejak mereka di Tingkatan 3, namun Ilham baru menyatakan cinta ketika mereka di awal Tingkatan 5. Tetapi setelah mendapat result SPM, Ilham tiba-tiba memutuskan perhubungan.

Alasannya kerana Ilham ingin mengejar cita-citanya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Memang agak egois malah Ishq yang ketika itu sudah pun belajar di universiti, sanggup pulang ke kampung ketika Melina mengadukan hal itu padanya.

Ishq sampai marah besar dan bertindak memukul Ilham, namun itu langsung tidak mematahkan niat Ilham untuk tetap meninggalkan Melina.

Bodoh! Ya, Melina merasakan dirinya sangat bodoh kerana sehingga sekarang pun, dia malah tetap berharap yang Ilham masih menyintainya dan akan kembali bersamanya suatu hari nanti, untuk menyambung semula cinta mereka yang tidak kesampaian dan terputus di tengah jalan demi mengejar cita-cita.

Dan, begitulah seperti kata Imran, inilah takdir! Tragedi pelanggaran aneh antara adiknya dan Ilham akhirnya menemukan mereka kembali! Dan seminggu setelah kejadian itu, Ilham menghubungi Melina dan mengajaknya bertemu. Dan tanpa memaklumkannya kepada Ishq terlebih dahulu, Melina bersetuju.

Dan di pertemuan petang minggu itu, Ilham banyak bercerita tentang dirinya. Setelah lima tahun mencuba nasib di Singapura, dia kini telah kembali ke Malaysia dan bergelar perunding perniagaan di sebuah syarikat di Sarawak. Kebetulannya, dia datang ke Kuala Lumpur kerana ada urusan syarikat.

Dan Melina tumpang berbangga dengan kejayaan dan pencapaian lelaki ini.

"Awak rasa, kerana siapa saya berjaya begini, Mel?" Tanya Ilham, santai meneguk cappuchino-nya setelah Melina menyatakan pujian dan kekagumannya di atas prestasi kejayaannya.

Melina sekadar angkat bahu.

"Ini semua sebab awak, Mel! Awaklah sumber inspirasi saya!" Jawapan tidak terduga Ilham membuat Melina tersentak kaget.

"Sa.. Saya..?!" Melina menunjuk wajahnya, cuba memastikan.

"Ya, awak, Mel!" Ilham mengangguk mantap. "Awak tahu tak, kenapa dulu saya lambat menyatakan cinta pada awak? Sebab, dulu saya selalu merasa rendah diri kerana awak best student dan cemerlang di sekolah.

Tapi, bila awak masih tetap sudi menerima saya, rasa rendah diri tu tetap ada. Jadi saya tekad mengambil keputusan untuk berusaha agar menjadi setanding awak atau malah lebih lagi, supaya saya layak mendampingi awak selamanya.."

Melina menahan nafas, cuba mengatur kembali detak jantungnya yang tiba-tiba berdegup kencang.

"Selama ini, saya terlalu fokus untuk melayakkan diri mendampingi awak, hingga tiada masa langsung untuk bercinta lagi selepas kita putus. Ya, memang saya ada menjalin hubungan lain tapi tak bertemu yang sesuai, seperti awak.."

Melina meneguk liur.

"Dan awak tahu kenapa saya tak pernah cuba menghubungi awak selama perpisahan ini? Sebab saya tak nak tumpuan dan fokus saya terganggu kalau melihat awak di depan saya. Malah berdekatan dengan awak seperti sekarang ini pun sama saja seperti saya membunuh sistem kerja di otak saya!" Kata Ilham lagi.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now