💟 ENAM 💟

5.1K 298 8
                                    

Ishq ketawa ringan, menyedut fresh orange-nya. Dalam diam, dia mengakui kebenaran kata-kata Syafik itu.

"Bukan aku tak nak cari, Fik! Masalahnya, aku belum jumpa yang betul-betul.." Mata Ishq tiba-tiba menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.

Melina! Gumamnya setelah memastikan susuk tadi benar-benar Melina. Gadis itu baru duduk dan kelihatan asyik berbual dengan seorang lelaki yang membelakangi Ishq. Mereka duduk di meja yang agak jauh dari tempat Ishq dan Syafik.

Yang itu ke bakal suami Melina?! Bisik hati Ishq.

"Bos, dah dekat pukul 2 ni. Balik office, bos. Pukul 2.30 nanti ada meeting dengan client.." Syafik mengingatkan.

"I.. Iya, Fik. Kau jalan dulu. Aku nak jumpa kawan kejap.." Kata Ishq. Setelah membayar harga makanan dan minuman mereka, dia beranjak mendekati meja Melina yang terletak di hujung food court.

Dia ingin melihat lelaki yang bakal menjadi pemilik hati dan penghalal cinta sahabat paling comelnya itu.

"Hai, Mel!" Sapa Ishq, agak teruja. Berharap agar Melina segera mengenalkannya pada bakal suaminya itu.

Melina sedikit terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Ishq di depan mereka. "Ishq! Kau buat apa kat sini?!"

"Hei, makanlah! Takkan gunting rambut, kot!" Jawab Ishq sedikit annoying nadanya lalu melirik ke arah lelaki yang duduk di depan Melina. "Tak nak kenalkan ke?!"

"Eh.. Eh.. Lupa pulak..!" Melina sengih. "Ishq, kenalkan ini Mustakim. Mus, ini kawan terpaling baik Mel, Ishq Fazhriq." Kata Melina.

Lelaki bernama Mustakim yang berkulit hitam manis itu berdiri. Tubuhnya tegap namun sedikit lebih rendah dari Ishq tetapi kelihatan sangat dewasa dan matang. Mungkin kerana usia dan kerja lasaknya sebagai askar. Mereka bersalaman.

"Hmm.. Okeylah, Mel. Aku balik office dululah.. Ada meeting lepas ni.." Kata Ishq, terburu-buru meminta diri. Tidak mahu mengganggu bakal pasangan sejiwa itu.

Melina dan Mustakim tersenyum dan mengangguk.

Ishq berlalu ke tempat parking, melihat Syafik sedang menunggunya.

"Kawan bos tu, yang lelaki ke perempuan?" Tanya Syafik yang sempat melihat ke arah Ishq dan pasangan tadi.

"Yang perempuan tu. Ala... Melina, bff paling comel aku tulah! Dia dah nak nikah tak lama lagi. Yang lelaki tadi tu, bakal suami dialah!"

Kening Syafik berkerut. "Bakal suami?! Apa nama lelaki tu, bos?"

"Mustakim. Kerja askar.." Sahut Ishq lalu menekan alarm kereta sebelum mereka berdua masuk ke dalam.

Kening Syafik berkerut lagi. Dia sepertinya mengenali lelaki itu.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now