💟 DUA 💟

6.9K 392 20
                                    

"Pakcik-pakcik?! Hallo..! Give me a break, Mel! Kau tak sedar ke? Kau tu pun dah nak masuk level makcik-makcik! Umur kau dah berapa? Dah dua-puluh-lima-tahun, aunty!" Kata Ishq dengan penuh penekanan pada kata-kata 25 tahun itu!

"And you?! Kau pun sama jugak, uncle! Dah 29 tahun! Kau dah hilang ingatan ke apa?!" Rungut Melina, tidak mahu mengalah.

Ya, meskipun Ishq Fazhriq dan Melina Aleya berbeza usia 4 tahun, tetapi mereka sudah serasi bersahabat sejak kecil lagi.

Dulunya keluarga mereka tinggal berjiran. Tetapi ketika usia Ishq 15 tahun, keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur kerana mengikut daddy-nya yang bertukar kerja ke cawangan di sana. Namun jarak jauh itu langsung tidak menghalang persahabatan mereka.

Dan mereka bertemu kembali setelah Melina mendaftar di universiti yang sama dengan Ishq walaupun berlainan jurusan. Dan kini, persahabatan mereka diteruskan lagi malah semakin rapat setelah sama-sama bekerja.

"Dah, sudah! Tak payah cakap pasal umur, sensitif!" Kata Ishq, mengibas-ngibaskan tangan, tanda malas. "Tapi, kan, Mel, takkanlah kau ni dah tak laku sangat. Sampai mama kena cari-carikan jodoh macam ni?" Lanjut Ishq lagi. Kali ini nadanya berubah santai dan tatapannya juga meredup.

"Ya ALLAH, Ishq! Kau ingat kau tu laku sangat?! Kalau yang di sana laku, tak adalah yang di sana melepek dengan yang di sini! Pastinya yang di sana sedang ber-dating ria, berhuhu-haha dengan buah hati di sana, kan? Kan? Kan..?!" Balas Melina, mencebikkan bibirnya yang dilapisi lipstick merah nipis.

"Cis! Jangan disebut pasal laku tak lakulah!" Ishq balas mencebik.

"So, let's get back to the subject, okay?! At least, kalau kau nikah dengan aku, kita kan dah lama kenal. So, tak salah, kan? Ya, mungkin jugak aku akan sedikit bosan sebab dari kecik sampai ke tua asyik menghadap muka kau aje!" Kata Melina selamba sambil menggaru-garu hidungnya.

"Tapi, Mel, kita kan langsung tak pernah bercinta. And yet, aku sendiri tak pernah ada feel apa-apa pun kat kau. Aku anggap kau best friend aje. Tak lebih dari tu. Tapi, tak tahulah kot diam-diam kau syok kat aku ni!" Ishq mengenyitkan mata kanannya yang agak ketara sepetnya.

"Hah, syok kat kau?! Hei, kau dah gila ke apa?! Umur macam kita ni, mana ada pakai cinta-cinta lagi dah! Kau ni mesti dah tersampuk penyakit cintan cintun dengan awek kau yang muda remaja tu, kan? Dasar pedofil!" Kutuk Melina, selamba.

"Eh, eh.. Kau jangan ungkit-ungkit pasal budak kecik berhingus tu ehh!" Sahut Ishq dengan nada bosan. Well, yes! Ini juga satu isu sensitif baginya!

"Yalah tu budak kecik berhingus! Budak kecik berhingus itulah yang kau rembat jadi awek terdesak kau, kan?"

"Ex!" Tegas Ishq. Meskipun baru 4 hari lalu dia memberikan kata putus, tetapi tetap saja itu disebut ex, kan?!

Kemudian Ishq dan Melina kembali diam, buntu dan sibuk dengan fikiran masing-masing.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now