💟 TIGA PULUH DUA 💟

6.6K 249 12
                                    

"Ishq, balik nanti tak payah jemput, ya? Saya dah janji dengan Wanie nak keluar lepas office hour." Kata Melina ketika Estima hitam Ishq memasuki parking lot bangunan pejabatnya.

"Sampai pukul berapa?" Ishq mengecilkan mata.

"Tak confirm lagi siap pukul berapa. Rancangnya nak shopping sikit and nak ke spa. Ala, some kind of ladies time-lah! Insha ALLAH, saya takkan balik lambat. Lepas Isyak, selewatnya saya sampai rumah. Wanie dah janji nak hantarkan. Boleh ya, Ishq?"

Ishq mendengus, sedikit kecewa. Setelah seminggu merasmikan malam-malam mereka sebagai suami isteri yang sesungguhnya, rasanya Ishq ingin lebih banyak menghabiskan waktu intim berdua dengan Melina.

Dia bersyukur, Melina tidak lagi menghindarinya seperti kali pertama dulu, walaupun isterinya itu masih nampak malu-malu dan gugup setiap kali sebelum dan selepas mereka melakukan hubungan intim suami isteri.

Sebenarnya, rasa malu dan gugup Melina itulah yang membuatkan Ishq semakin berghairah, semakin merindui dan menginginkan isterinya setiap kali melihatnya. Cintakah dia pada Melina?! Ya, pastinya dia sedang dilamun cinta pada isterinya itu!

"Okey, saya izinkan. Tapi, saya harap jangan balik lewat malam sangat, ya? Atau, nanti saya jemput saja kalau dah selesai. Kita boleh dinner sama-sama. Tak best-lah makan sorang-sorang. Berdua baru best. Nikmat dan sedap tak terkata.." Ujar Ishq dengan senyuman menggoda dan gatal.

Melina menyipitkan mata. Entah kenapa, dia perasan sejak akhir-akhir ini, tepatnya sejak mereka merasmikan hubungan suami isteri mereka yang sesungguhnya seminggu lalu, Ishq selalu terlihat menggodanya.

Dari cara dia bercakap, tersenyum dan tatapan matanya. Aduh, benar-benar membuat Melina salah tingkah. Belum lagi dengan sentuhan-sentuhannya yang ohh..

Semua itu biasanya akan selalu menjurus ke arah 'itu'! Dan berakhir dalam keadaan mereka tanpa pakaian hanya bertutup selimut dengan nafas tercungap-cungap keletihan namun penuh kepuasan.

Melina tahu, dari dulu Ishq memang memiliki pesona semulajadi dalam ilmu menggoda. Bukan kerana dia yang suka menggoda, tapi kerana ramai gadis-gadis yang tergoda padanya.

Malah dalam keadaan biasa pun dia akan kelihatan menggoda. Salah satu sebabnya kerana senyumannya dan kerana dia lelaki kidal! 'Si kidal seksi' adalah antara gelaran yang diberikan kepadanya sejak dari dahulu.

Melina tersenyum sendiri. Kalau dulu ramai gadis yang tergoda dengan godaan tanpa sengaja dari Ishq, kali ini agak berbeza kerana Ishq menggoda dirinya. Sahabatnya.. Ehh, cop, isterinya..!

"Ewah-ewah.. Melamun pulak dia! Siap boleh senyum-senyum lagi. Berangankan apa tu, sampai merah muka?!" Usik Ishq lagi. Dalam otak lelakinya, sudah terbayang aktiviti 'kesukanan di atas katil' bersama Melina!

Melina segera tersedar. Dia menyentuh pipinya. Hangat.

"Nak saya jemput ke tidak ni?!"

"Bo-boleh. Kalau tak menyusahkan awaklah.." Jawab Melina lalu mencium tangan kanan suaminya.

"Kiss tangan aje? Yang ni, tak nak kiss..?" Ishq memuncungkan sedikit bibirnya.

Dah sudah, Ishq dah start dah! Melina mengulum bibir sendiri. Dia mula perasan, suaminya ini tiba-tiba berubah menjadi agak pervert, manja dan banyak mahunya sekarang!

Mata Melina melilau ke sekeliling dan setelah dipastikan tiada sesiapa yang lalu lalang, dengan cepat dia mencondongkan tubuhnya ke depan dan mencium sekilas bibir Ishq, membuat suaminya itu tersenyum penuh kemenangan.

"Saya pergi dulu, Ishq. Assalamualaikum." Melina berpaling, ingin membuka pintu kereta.

"Eh, eh, eh.. Nak pergi mana tu? Nanti dulu..! Saya belum izinkan awak pergi lagilah!" Tahan Ishq.

Serta merta Melina berpaling. Keningnya bertaut. "Ada apa-apa lagi, Ishq..?"

"Ada..! Saya belum kiss awak lagi!" Laju Ishq bersuara.

Melina melopong. Aduh, macamana ni?! Dia dah start pulak dah! Habislah aku kali ni!

"Ishq, please! Not now..!" Melina separuh merayu. Dia tahu, kalau Ishq mengatakan kiss, that means it's more than just a kiss, for sure!

"Laa.. Nak kiss isteri sendiri pun tak boleh ke?!" Ishq sengaja membuat suara seakan merengek.

"Bukan tak boleh! Boleh..! Tapi.."

Sebelum Melina bersuara lanjut, Ishq sudah pun mengulum bibir isterinya dengan tidak sabar.

"Sorry, kena kiss puas-puas sebab malam nanti baru kita jumpa, kan? Takut rindulah.." Ishq menjilat sedikit bibirnya sambil mengenyit mata dengan wajah tidak bersalahnya. Kuluman bibirnya di bibir Melina dilepaskan perlahan-lahan.

Melina tercungap-cungap kehabisan oksigen. Wajahnya memerah. Tangannya membetulkan tudung yang sudah senget kerana ulah Ishq tadi.

Setelah selesai, segera dia keluar dari kereta, bimbang akan ada lagi aksi lain yang lebih terlampau bakal dilakukan suaminya. Dia tidak ingin itu terjadi, setidaknya bukan sekarang. Di parking lot pejabatnya, tentunya!

"Saya pergi dulu, ya? Assalamualaikum. I love you, Mel!" Ucap Ishq, tersenyum bahagia melihat riak cuak isterinya. Wajah memerah Melina nampak begitu seksi dan comel. Itu belum dikira lagi suara erangan dan rengekannya ketika mereka sedang 'bersukan'.

No no no! Please, Ishq! Jangan sesekali kau bayangkan hal itu, nanti lain pula jadinya dalam kereta ni! Silap-silap, boleh terlambat kau dan Melina masuk office! Pujuk Ishq pada diri sendiri.

"Waalaikumusalam. I love you too.." Bisik Melina perlahan kerana Ishq sudah pun berlalu tanpa menunggu jawapannya. Bibirnya tanpa sedar menguntum senyum. Bahagia.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now