💟 DUA PULUH 💟

5.1K 266 11
                                    

Dan begitulah akhirnya..!

Majlis pernikahan dan persandingan Ishq dan Melina berlangsung seperti yang dirancang. Serba sederhana namun sangat meriah. Dan tentu saja seluruh keluarga kedua-dua belah pihak sangat teruja dengan penyatuan mereka berdua.

Hanya Ishq dan Melina sahaja yang masih bersikap biasa, seperti tiada apa-apa yang istimewa berlaku kerana mereka berdua sudah sepakat untuk tetap bersikap santai seperti dulu walau apa pun status mereka sekarang.

Dan ketika majlis persandingan pula, hampir separuh dari tetamu yang hadir adalah teman-teman mereka dari zaman sekolah, universiti dan rakan sekerja. Dan ternyata mereka semua rata-rata tidak terkejut dengan berita pernikahan kedua pasangan pengantin ini.

Seolah-olahnya mereka semua sudah pun meramalkannya sejak dulu. Malah ada antara mereka yang bertaruh sejak lama dulu samada Ishq dan Melina bakal menikah atau tidak!

💟💟💟

Ini sarapan pagi pertama Ishq di rumah Melina dengan status barunya sebagai suami dan menantu. Papa Melina yang bertugas sebagai guru besar di sekolah menengah, sudah pun berangkat kerja jam 6.45 pagi tadi.

Sementara mamanya pula setelah menemani papa keluar, terus melekat di taman orkid mininya di sudut laman luar. Yang tinggal di meja makan untuk bersarapan ketika ini adalah Melina, Ishq dan Imran yang sudah pun bersiap-siap ingin ke kolej.

Meskipun sedikit janggal dan kekok, namun Melina tetap mencuba untuk melayani Ishq bersarapan. Disendukkan nasi goreng kampung ke pinggan Ishq dan dituangkan Nescaffe ke cawan suaminya. Sedaya upaya mungkin dia cuba melaksanakan tugas dan kewajipannya sebagai isteri.

Imran pula sejak tadi tidak berkelip-kelip mata menatap kakak dan abang iparnya sambil menyuapkan sarapannya.

"Kau ni dah kenapa tengok-tengok orang macam tu?! Tak pernah tengok pengantin baru makan, ehh?!" Sergah Melina garang, menjeling adiknya.

Imran mencebik. "Hek elleh, pengantin barulah sangat! Ni, kenapa kakak pakai baju tidur semalam?! Rambut pun kering aje! Abang dan kakak tak mandi wajib, ehh?!" Soal Imran, langsung tidak bertapis.

Dan Melina faham maksud soalan adiknya itu. Saat ini, dia masih mengenakan pijama cotton semalam dan rambutnya yang diikat ala kadar itu memang berkeadaan kering kontang!

Ishq sekadar menatap sekilas tanpa ekspresi ke arah rambut Melina. Hahaha.. Biar betul! Nak mandi wajib buat apa, tak ada keperluan pun!

Semalam, selepas selesai saja bersolat Isyak, mereka terus tertidur keletihan. Mereka ternyata lebih merindukan katil dan bantal daripada memikirkan hal-hal lainnya yang boleh membawa kepada perlunya mandi wajib!

"Eh, eh, budak ni! Nak tahu aje urusan orang dewasa!" Kata Melina lalu menjeling pada Ishq yang sekadar menatap tenang, terus berselera menikmati sarapannya.

"Haa.. Orang tahu! Entah-entah abang dan kakak belum 'ehem-ehem' lagi, kan?! Tapi, mana ada pengantin baru yang masih dara dan teruna setelah malam pertama, kan?! Solat Subuh dengan rambut kering macam ni pulak lagi?!" Sambung Imran lagi.

Melina menjengilkan mata. Salahnya juga kerana Subuh tadi dia yang beria-ia mengajak Ishq solat Subuh berjemaah bersama papa, mama dan Imran di ruang solat. Padahal boleh saja mereka solat berdua di bilik tidur.

Ishq pula hampir tersedak minumannya. Ya ALLAH! Kenapa adik iparnya ini laser benar mulutnya?!

"Kakak ni kan.. Kalau orang cakap kat mama pasal ni, mahu seharian ni kakak akan diceramah mama cara-cara menjadi isteri solehah!" Sambung Imran lagi tanpa rasa bersalah sambil menghabiskan nasi gorengnya.

"Kau ni kan.. Nak rasa kena cucuk tekak dengan garfu ke apa?!" Ancam Melina. Sambil mengecilkan mata, dia mengacungkan garfu ke muka Imran.

Imran teguk liur. "Eh.. Hmm.. Orang pergi dululah, abang.." Segera dia mencapai begnya, melarikan diri dari tatapan penuh ancaman kakaknya.

"Abang.. Kalau kakak kedekut dan tak nak bagi, abang paksa aje dia. Abang kan dah berhak hundred percent!" Pesan Imran, separuh menjerit kepada Ishq.

Terbeliak mata Ishq mendengarnya.

"IMRANNNN!!!" Jerit Melina tidak sabar.

Imran segera berlari keluar sebelum tekaknya benar-benar dirodok garfu oleh kakaknya.

Melina kembali menghempaskan punggung dengan rasa marah, setelah mendengar deruman vespa Imran.

"Apa pandang-pandang?!" Sergahnya pada Ishq.

"Lain kali, nampaknya kita kena mandi dan basahkan rambut hari-harilah, ya?!" Soal Ishq sambil mengerlingkan mata.

"Ni, nampak ni?!" Melina mengancam dengan garfu yang masih tergenggam kemas di tangannya.

Ishq ketawa kecil melihat kelakuan sahabat paling comelnya yang sudah pun sah menjadi isterinya kini.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

Ehhem.. Sweet ke idokss ni??..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now