💟 LIMA 💟

5.4K 317 7
                                    

"Nikah itu umpama menyempurnakan separuh dari agama, bos! Jadi, kenapa perlu ditunda-tunda kalau kita sendiri sudah bersedia?!" Kata Syafik, lalu menyedut minumannya.

Ya, Ishq akhirnya lunch bersama Syafik, staff yang juga merangkap PA-nya. Syafik bakal melangsungkan pernikahan minggu depan bersama gadis yang baru dikenalinya tiga bulan lalu.

"Tapi, kau confirm ke dengan pilihan kau ni? Kau bukan kenal dia sangat pun. Jangan-jangan nanti kau menyesal tak sudah!" Kata Ishq yang melulu ber-negative thinking.

Syafik tersenyum mendengar komen bosnya itu.

"Padahal kau baru kenal dia tiga bulan, kan? Itu pun melalui, hmm, apa nama prosesnya tu..?!" Ishq memetik-metik jari. "Haa.. Ta'aruf! Dan selama tiga bulan ni pun kau tak kerap bertemu, tak bercinta-cinta dengan dia, kan? Sedangkan pada aku, untuk hal bakal isteri ni kita mesti nak kena tahu asal usulnya.

Kalau tak bercinta, tak berkenalan, macamana kita nak tahu dan siasat semua tu, kan? And macamana kita nak tahu dia baik ke tidak, sesuai ke tidak dengan kita?!" Soal Ishq lagi, mengeluarkan hujah-hujahnya.

Syafik senyum. "Insha ALLAH, bos! Melalui proses ta'aruflah saya tahu segalanya yang perlu saya tahu tentang bakal isteri. Menurut orang-orang yang boleh dipercayai di pihak saya, dia gadis solehah dan baik, bos!

Dan untuk soal bercinta dan berkenalan tu, rasanya itu pun belum tentu juga betul. Boleh jadi masa bercinta aja nampak baik, tapi lepas nikah?! Terus berubah 180 darjah! Bak kata pepatah, masa bercinta disayang-sayang, lepas nikah sayang pun melayang!" Kata Syafik sambil ketawa perlahan.

"Ahh, kau ni, Fik! Pandai-pandai ajelah.." Sahut Ishq. Namun di dalam hati, dia akui ada logiknya juga kata-kata bekas pelajar jurusan undang-undang dari universiti di Mesir itu.

"Ya, mungkin dia jodoh saya, bos! Dah bersolat istikharah, sudah mantap dan teguh. Lagipun, kata orang, bercinta lepas nikah ni lebih nikmat, bos! Pahala dan berkatnya berlipat kali ganda! Lebih afdhal!" Balas Syafik.

"Yelah..! Memang takkan menangnya kalau berdebat dengan ustaz yang arif lagi bijaksana macam kau ni!" Sahut Ishq. Mereka berdua ketawa sambil menikmati makanan masing-masing.

"Bos sendiri macamana? Tak teringin ke nak menikah, nak ada isteri? Dah berjaya dan ada kerjaya cemerlang macam ni, takkanlah tak ada calon lagi. Jangan tunggu lama-lama, bos! Godaan makin besar nanti!" Kata Syafik, tulus.

"Hish.. Mestilah aku teringin! Gila aku tak teringin. Dah namanya pun lelaki normal, kan? Tapi itulah.. Calon belum ada!" Ishq angkat bahu.

"Laa.. Si Nerina tu..?!"

Ishq buat muka bosan. "Ahh.. Out of date-lah kau ni! Aku dah clash dengan dia! Budak masih berhingus, Fik! Nak tunggu dia betul-betul matang, agaknya aku dah reput tulang temulang baru boleh nikah!" Ishq seakan merungut.

"Hahaha!! Salah bos jugak! Siapa suruh bercinta dengan budak berhingus?!" Syafik ketawa.

"Aku main-main ajelah! Saja nak hilangkan stress. Dari kebosanan hidup solo, baik test market, kan?!"

"Makanya, bos jangan banyak main-main lagi! Buat tambah dosa adalah. Lebih baik bos cepat-cepat cari gadis solehah yang boleh dijadikan kekasih halal dan bidadari syurga bos. Nikah terus sebelum nanti kehabisan stok!"

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now