💟 TIGA PULUH TIGA 💟

6K 243 7
                                    

Memikirkan ketiadaan Melina di rumah, sedikit sebanyak membuat Ishq agak malas pulang awal seperti biasa. Melina baru saja tiba di spa ketika dia menelefon isterinya selepas solat Asar tadi.

Melina meminta Ishq menjemputnya jam 9 malam agar sempat mereka bersolat Isyak tanpa perlu berkejar-kejar untuk pulang lebih awal. Ini satu kesempatan baik untuk Ishq kerana dia boleh berlama-lama dengan isterinya di luar.

Melina juga menyarankan agar Ishq makan malam dahulu dan kalau perlu, dia akan pulang ke kondo dengan Wanie sahaja agar suaminya itu dapat berehat.

Ishq menggeram kesal dan tetap berkeras ingin menjemput Melina sendiri dan seterusnya makan malam bersama.

"Mel, saya hanya akan dapat makan sampai kenyang dan berehat dengan tenang kalau awak ada bersama saya, depan saya. You got that?!" Sahut Ishq di hujung talian, membuat bibir Melina tersenyum simpul. Bahagia.

Ruang pejabat Ishq F Advertise & Design sudah mula menyepi. Para pekerjanya yang seramai 4 orang itu mungkin sudah pulang. Jam di tangannya menunjukkan pukul 5.10 petang. Ketika Ishq keluar dari biliknya dan mengunci pintu, dia terserempak dengan Syafik yang sedang mengemas fail-fail di mejanya.

"Tak balik lagi, Fik?!" Tegur Ishq.

"Eh, bos! Dah nak keluar ni. Baru siap check report yang Farah sediakan ni. Untuk presentation kita next Tuesday. Dia minta saya check dulu sebelum dia serahkan pada bos! Kalau ada apa-apa yang ingin dibetulkan, sempat dia betulkan hari Isnin nanti."

"Oh.. Okey.." Ishq angguk. Dia memang sangat berpuas hati dengan cara kerja semua stafnya. Telus dan pantas.

"Lewat hari ni, bos! Biasanya, on time aje hilangnya. Saya pun tak perasan bos masih di bilik.." Kata Syafik ketika mereka beriringan keluar menuju lif.

"Malas balik awal. Isteri ada hal lepas office hour!"

"Hmm.. Patutlah.. Bidadari tak ada di rumah rupanya!" Syafik mencebik sedikit, membuat Ishq ketawa ringan.

Ketika mereka keluar dari lif dan berjalan menuju ke basement parkir, telefon Syafik berdering.

"Assalamualaikum, ummi.." Syafik menyapa, lembut.

Ishq melirik Syafik yang kelihatan sangat bahagia menerima panggilan itu. "Ya, ummi. Abi dah nak balik ni. Ummi ada nak kirim apa-apa? Buah delima? Ya, ya, sayang. Nanti abi belikan, ya? Waalaikumusalam.." Syafik mengakhiri perbualan dengan isterinya.

"Amboi, mesranya!" Usik Ishq.

"Ehh, mestilah, bos! Dengan isteri sendiri, kan. Besar ganjaran pahalanya!"

Ishq tersenyum mendengar jawapan ringkas namun tepat yang keluar dari mulut Syafik.

"Isteri sedang berbadan dua, bos! Kenalah dilayan sebaiknya. Agar emosinya terjaga. Barulah proses hamil dan bersalinnya mudah. Baru zuriat kita yang bakal dilahirkannya nanti sihat dan comel. Insha ALLAH!" Panjang lebar Syafik bersuara.

"Oh, ya ke? Dah berapa bulan?" Tanya Ishq.

"Hampir 5 bulan, bos! Rezeki datang cepat. Kembar, bos!" Wajah Syafik bersinar ceria.

"Alhamdulillah! Tahniah, Fik! Power kau ni! Terus melekat dapat twin!" Usik Ishq.

Syafik ketawa. "Bos sendiri, macamana? Dah ada isi ke belum?"

Ishq angkat bahu, tersenyum penuh misteri. Setelah tiga bulan sah dinikahkan, baru seminggu ini dia dan Melina menikmati 'itu', jadi memang tidak mungkinlah isterinya sudah berisi, kan?!

"Hmm.. Tak apa, bos! Masih baru lagi, kan? Enjoy aje dulu. Take your time! Kena banyakkan berkasih sayang, bermesra-mesraan. Yang penting, usaha dan tawakkal biar seiring. Soal rezeki, biar ALLAH saja yang tentukan!"

Ishq angguk faham menerima nasihat dari stafnya yang berusia 3 tahun lebih tua darinya itu. Mesra, ya, mesra! Itulah yang dia lakukan setiap malam sebelum tidur sejak seminggu yang lalu. Bermesra dan mengulit tubuh Melina!

Dan setiap pagi pula, kalau ada kesempatan dan Melina juga tidak keletihan setelah bermesra pada malamnya, dia akan meminta juga. Dan setakat ini memang Melina tidak pernah menolak dan sedia melayani kehendaknya walaupun masih malu-malu. Dan pastinya Ishq tidak pernah 'kenyang' sendirian kerana Melina juga akan diberi 'habuan'nya!

"Hmm.. Saya minta diri dululah, bos. Ada sang kekasih halal bersama bakal anak-anak syurga sedang menunggu di rumah!" Seloroh Syafik lalu masuk ke dalam Alza-nya.

"Iyalah tu. Ummi menunggu abi!"

"Panggilan manja, bos! Barulah kemesraan dan rasa cinta semakin bertambah. Baru romantik! Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."

💟💟💟

Ishq meluncurkan Estima-nya menuju kondo. Jam baru menunjukkan pukul 6.25 petang ketika dia memasuki kondo. Masih ada banyak masa lagi sebelum dia menjemput Melina.

Dia membuka peti ais, menuang jus oren ke dalam gelas lalu meneguknya. Dia kemudian mandi dan berehat sebentar sementara menanti waktu Maghrib.

Sebenarnya, boleh saja dia menunggu Melina sambil bermain game di I-Pad atau sekadar menghabiskan masa dengan minum-minum di coffee shop tanpa perlu pulang ke kondo terlebih dahulu.

Tetapi malam ini, rasanya dia mahukan sedikit kelainan. Dia ingin lebih berpenampilan menarik di depan Melina, khas untuk isterinya itu. Hmm.. Some kind of having date-lah!

Well.. Dia memang sentiasa berpenampilan menarik dan menjaga imej bila ke office atau beraktiviti lain, tetapi tidak salah kalau dia tampil lebih kacak dan menarik di depan isterinya, kan?

Sekurang-kurangnya Melina sedar, suaminya ini boleh dibanggakan dan dia tidak akan berniat melirik lelaki lain!

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now