1

19.7K 744 8
                                    

Pagi ini aku lengkap berpakaian seragam sekolah baru. Segera mengambil beg yang berada di meja belajar dan turun ke bawah.

" MAMA!! Cepatla kata nak hantar Aisya harini!" Aisya yang berada di muka pintu menjerit dengan lantang memanggil mamanya. Bengang pulak aku tengok mama gedik-gedik ngan husband baru dia tu sampai aku pulak yang lambat gi sekolah. 

" Bila masa pulak mama kata nak hantar? Pergi la naik ngan pakmat tu" Pn.Ain berkata sambil bersarapan bersama suaminya. Ok ni buat aku rasa nak bakar rumah ni. 

" Mama yg kata semalam nak hantar! Ish!" Aisya merengus dengan kuat.

" Takpe biar papa jela yg hantar"ujar husband tua kesayangan mama sambil senyum sampai nampak gigi jongang dia. Eh? Leklek aku saja je kata macam tu sebenarnya husband baru mama not bad la ada juga rupa paras and alhamdulillah gigi tersusun cantik lagi.

" Em takpe la taknak susahkan uncle" Aisya melemparkan senyuman paksa pada papa tirinya. Aku taktau knp aku still tak boleh panggil dia papa walaupun telah setahun lebih mama kahwin dengan dia.

" Berape kali mama cakap panggil papa bukannya uncle?!" marah mama. Aku buat derk je.

" Takpe la sayang dia belum biasa lagi tu. Abang gi dulu ye" kata papa lalu mencium dahi mama. Ada plastik tak? nak muntah ni! Pikir sweet?

"Jum cepat papa hantar nanti lambat pulak kang." aku cepat-cepat pakai kasut and naik kereta BMW papa.

**********************

" Guys!! Korang tahu tak tahun ni bukan 5 orang je tau yg akan dipilih tapi 8 org?!" kata Danial sambil tercungap-cungap. Mana tak tercungap-cungap dari dewan lari ke bilik VVIP. Boleh masuk marathon ni. 

" What?! Serius ah? Eii taknak duh nanti dapat housemate tergedik-gedik takpun dakdak nerd" ujar Zariel yang berada di situ.

" Harap ada perempuan la ada kawan yeay!! Bosan la asyik hadap muka 4 ekor beruk je" Raisya mengutuk kawan-kawan lelakinya dengan menggelarkan mereka beruk.

" Beruk kau kata? Pai hati tau! I nak merajuk la!" Adrean yang terasa mula berura-ura merajuk. 

" Jijik duh kau nak merajuk bagai!" Rayyan yang merupakan kembar Raisya segera tolak bahu Adrean yg serupa macam gay tu.

" So guys acane?" tanya Zariel yang tunjuk riak kerisauan.

" Redha jela" kata Rayyan lalu main game di phone.

" Aku ada dengar cerita ada budak baru yang terpilih" kata Danial sambil teguk air coke pastu tersedak.

" Lain kali minum dulu baru cakap ni tak " Adrean menggelengkan kepalanya.

" Budak baru perempuan ke laki?" tanya Raisya. Danial angkat bahu tanda taktau. 

Aku yang baru sampai ke sekolah iaitu Mickey Highschool sekolah antara top3 yang terbaik di Malaysia. Baru je masuk pagar sekolah, aku dah dipandang macam baru lepas bunuh orang.

Asal semua pandang aku semacam je? Muka aku comot ke? Baju kotor ke? Tudung senget? Ok aku tahu sebab apa, aku pakai tudung. Wow takkan aku je pakai tudung kat sekolah ni. 

" Takyah la tunjuk alim sangat. Last-last tayang jugak body kau tu" kata seorang perempuan yang berdekatan. Amboi-amboi mulutt sedap je eh kata orang.

" Elok la tutup aurat daripada duk tayang body nampak sangat tak ada dara" aku jeling Elleina. Camne aku tahu nama dia? Function nametag? 

" Kau ni mesti budak baru kan? " dia datang dekat then dia tuang air mineral dia. Selamat air mineral. Lencun la sikit baju aku

" Kau dengar sini baik-baik kalau taknak kena buang dari sekolah ni better kau jaga perangai kau depan aku. Remember my face so you don't do the same mistakes" kata Elleina dengan angkuh.

" Ingat muka kau? Eii taknakk aku. Muka serupa hantu tepung berape tebal duh kau pakai bedak?" aku senyum sinis. Ingat kau cakap macam tu aku takut? Heh ni Aisya Hanani la *flip tudung sikit

" Kau ni kann" dia angkat tangan aku dah tutup mata ni andddddd eh? tak rasa pape pun bukan dia nak lempang ke? 

" What are you trying to do? " marah suara garau tu. Wow aku ada hero laaa 

" Baby! Dia yang kacau I dulu " wait what? sejak bila aku kacau dia?

" Sentuh pun tidak memandai je kata aku kacau kau! Kau yang simbah air kat aku adalah" balas Aisya dengan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi

" Dah takde kerja lain ke selain buli orang?" bidas seorang perempuan bernama Raisya. Again dari nametag

" Dah la Ell pergi sekarang before aku report kat papa kau" kata suara garau tu. Elleina pun pergi

" Awak ok?" tanya Raisya. Aku angguk je. Asal aku rasa dua orang ni muka sama? 

" Anyway I'm Tengku Raisya Damia and this is my brother Tengku Rayyan Haikal" ooo kembar rupanya.

" Aisya Hanani" aku senyum jela nak buat apa lagi.

" Budak baru eh?" tanya Rayyan. OMG hero tanya laa. Aku angguk je.

" Mesti taktau dewan kat mane kan?" tanya Raiysa. Aku angguk lagi." Ikut kitaorang jela" aku pun ikut dari belakang.

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now