17

7.5K 454 22
                                    

Tepat pukul 9 malam, pelajar Mickey Highschool berkumpul selepas makan malam dan juga menunaikan solat isyak.

"Semua dah kenyang? " soal Abang Apek sekadar berbasi-basi. Semua menjerit " Sudah! ". Sape je tak gembira bila perut dah kenyang betul tak? 

" Dah solat? " Abang Apek bertanya lagi sambil memandang sekeliling. Kalau tadi menjerit hampir semua pelajar kali ni hanya separuh sahaja yang menjerit " Sudah! ".

" Aik, asal ada yang tak jawab? "  Abang Apek tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Cuti bang! " ada seorang perempuan di belakang menjerit dan menyebabkan semua yang berada di hadapan toleh kebelakang. Ayoo buat malu kaum je. Tersengih seperti kerang busuk perempuan tu apabila ramai yang memandangnya.

" Kalau perempuan saya fahamla, yang lelaki ni saya perhati je. " Abang Apek memandang pelajar lelaki yang berada di hadapanya.

" Aip bang! Pandang apa? Tak elok pandang bawah. Saya straight bang bukan macam sajat " tetiba budak tu bersuara. Abang Apek sudah bereaksi terkejut.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Eh kau fikir lain nampak? Tunang aku nak campak mana? " semua sudah tergelak. Kecut Abang Apek bila dikata begitu.

" Bongok la kau, Naim! " tak pasal-pasal kawan sebelahnya menyekeh kepala yang bernama Naim itu. 

" Ok, dah. Kita jangan melengahkan masa jom kita buat aktiviti untuk malam ni iaitu aktiviti berlakon. " Abang Apek segera menukar topik. Malu la tuu

" Ok semua sila berkumpul dalam kumpulan seperti siang tadi. " Abang Apek mengeluarkan arahan lalu pelajar Mickey Highschool bergerak pantas ke kumpulan masing-masing.

" Untuk kumpulan yang menang treasure hunt tadi boleh duduk, jadi penonton " Kak Sha yang berada di situ menyuruh kumpulan Adrean duduk kerana menang treasure hunt siang tadi.

" Alaa mana aciii " seorang pelajar merungut.

" Sape suruh kamu kalah tadi? " Kak Sha membidas. Terdiam terus budak tu dengan muka tidak puas hati.

" Ok ketua kumpulan sila ke depan " Kak Sha bersuara dengan kuat. Segera semua ketua kumpulan keluar dan pergi ke arah Kak Sha.

" Semua sila pilih satu kertas dan kat kertas tu nanti ada tulis kamu kena buat apa macam kena buat penonton menangis ke atau buat penonton gelak. Faham? " Kak menerangkan kepada ketua kumpulan dengan panjang lebar. Semua ketua kumpulan mengangguk faham.

Satu bekas khas yang penuh dengan kertas diperhatikan oleh Rayyan dengan teliti. ' Aduh aku dalam bab-bab macam ni la selalu takde lucky. Harap dapat yang senang-senang la ' Rayyan bermonolog dalam hati.

Perlahan-lahan tangan Rayyan mengambil kertas dalam bekas itu. ' Shit ' mencarut Rayyan di dalam hati.

" Saya bagi 10 minit je untuk berbincang. Start from now! " Abang Apek meniupkan wisel sebagai tanda masa bermula.

Habis sahaja 10 minit satu persatu kumpulan mulakan lakonan mereka. Aku, Adrean, Daniel dan Luna hanya gelak sahaja daripada tadi. Yela ada yang berlakon tak jadi, ada yang buat lawak kaw-kaw sampai nak pecah perut gelak

" Group seterusnya! " panggil Abang Apek. Rayyan, Elleina, Zariel dan Raisya bangun. Semua apa lagi berwuuu la. 

Rayyan segera pergi ke satu tempat. Zariel pula berdiri di tepi manakala Raisya dan Luna berdiri di tengah. Semua senyap menantikan lakonan mereka tapi mereka hanya berdiri tanpa berkata apa-apa.

" Cepatla! " semua dah bising bila diorang tak start. Raisya memandang Zariel memberi isyarat.

" Sabarla! " Elleina memarahi mereka tapi kena boooo pula oleh mereka.

" Ish! Zariel you buat kat situ, sinila! " Elleina memanggil Zariel supaya duduk dekat dengan dia dan juga Raisya. Cepat-cepat Zariel berlari ke tengah dan tetiba membuat split.

 Cepat-cepat Zariel berlari ke tengah dan tetiba membuat split

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Membuatkan semua ketawa pecah teruk. Zariel pelik belum keluar lagi part kelakar diorang dah gelak. ' Diorang ni dah kenapa? ' Zariel berkata dalam hati.

Naim yang berada di depan tergelak-gelak sambil menunjuk ke arah seluar Zariel. Zariel apa lagi terus tengok la. Habis merah padam mukanya.

" HAHAHAHAHAHAHAHAHA!! " makin kuat gelakkan daripada pelajar lelaki. Pelajar perempuan awal-awal lagi sudah tutup mata guna tangan. Rupa-rupanya seluar Zariel terkoyak di tengah semasa membuat split.

Rayyan yang tidak tahu apa-apa segera keluar dan lagi kuat gelakkan pelajar Mickey Highschool tak lupa juga dengan abang-abang dan akak akak di situ.

Rayyan yang tidak tahu apa-apa segera keluar dan lagi kuat gelakkan pelajar Mickey Highschool tak lupa juga dengan abang-abang dan akak akak di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan keluar dengan berkemban dan tisu di sumbat ke hidung manakala tangan memeluk teddy bear pink milik Raisya.

' Inilah hari yang paling memalukan '

" Ok ok kumpulan ni menang "  ucap Abang Apek dengan sisa ketawa. Nampak sangat kumpulan Rayyan paling win setakat ni. Part Zariel yang sepatutnya tidak lawak jadi lawak aduhh

Semua memberikan tepukan yang gemuruh untuk kumpulan Rayyan. Rayyan dan Zariel awal-awal lagi dah lari, malu. Taktau dah nak sorangkan muka kat mana.

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now