" Are you okay? "
" Ok cuma pening kepala sikit " jawab Raisya pada pertanyaan abangnya sambil tangan mengurut kepala. Namun matanya melilau mancari seseorang.
" Mana Aisya? " pertanyaan Raisya itu membuatkan masing-masing menelan air liur kelat. Saling memandang sesama sendiri takut apa yang akan diberitahu membuatkan Raisya naik angin.
" Kitaorang taktau " Adrean menjawab mewakili mereka. Muka Raisya mula bertukar serius.
" Macam mana korang boleh taktau?! " suara Raisya sedikit keras.
" Raisya relaks ok? Kau baru sedar " Daniel cuba menenangkan Raisya yang agak panas dengan berita kehilangan Aisya. Raisya menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba mengawal emosinya.
" Firstly, Raisya. Apa yang berlaku sebenarnya? " Adrean mula menyoal.
" Actually aku tersilap langkah " Raisya berkata perlahan. Kesal dengan kecuaian dirinya.
" Shit! " Zariel menyelak rambut ke belakang dengan kasar. Rasa bersalah menyelubungi diri. Sikap terburu-burunya telah menyebabkan dia menyakiti seorang kawan. Raisya memandang pelik lalu mengalirkan pandangannya ke arah Rayyan, meminta penjelasan.
" Dia tertengking Aisya. Zariel ingat Aisya yang tolak kau " kata Rayyan namun matanya still tertumpu pada skrin telefon. Dari tadi Rayyan tak habis-habis memeriksa phonenya. Menunggu Aisya membalas message nya.
" How about you? " tanya Raisya pada Rayyan. Hatinya kuat mengatakan Rayyan juga ada menengking Aisya lagi-lagi bila benda ini berkenaan tentang dirinya.
" What? Kau ingat aku macam Zariel ke? Tuduh tanpa bukti? Sepatah haram pun tak keluar dari mulut aku! Aku just pandang dia tajam je " pengakuan jujur Rayyan cukup membuatkan Raisya melepaskan nafas lega.
" Wait, habistu asal ada kaca? " tanya Adrean.
" Luna yang terlanggar pasu kat tepi almari kaca tu pastu tak reti nak kemas " Raisya menjelaskan kepada Adrean dan mencebik, teringat perangai tak semengah Luna tu.
" Then? " pasti ada lagi cerita yang belum Raisya cerita, Adrean terus-terusan menyoal.
" Pastu tetiba Elleina muncul dengan gambar. Yang pasti gambar tu Aisya punya. Aisya apa lagi bengang ah terus dia rampas gambar tu then... " tak sempat Raisya ingin menghabiskan ceritanya, Adrean menyampuk
" Gambar? " Adrean berfikir seketika.
" Tak silap gambar tu, gambar Aisya dengan seorang lelaki. " kata Raisya.
' Takkan lah? '
" Ad? " Raisya memanggil sekali gus Rayyan, Zariel dan Daniel memandang wajah Adrean yang seperti termenung.
" Aku rasa aku tahu dia kat mana "
************************************
[ Pasang lagu dekat atas]
Suasana pagi ditanah perkuburan itu agak lengang dan sunyi. Namun cuaca tidak baik pagi itu. Awan mendung mula menutupi langit. Setitik demi setitik air hujan jatuh ke bumi.
Namun seseorang tidak berganjak walaupun bajunya mulai basah.
Aisya mengusap lembut batu nisan itu. Menghela nafas berat, berat menerima takdir bahawa dia telah pergi. Air mata mengalir bersama air hujan yang turun ke bumi.
" I like the rain it makes me feel like I'm not crying alone"
" Tanah perkuburan? Hujan-hujan macam ni? " kata Daniel namun tiada seorang pun yang membalas.
" Kau sure dia kat sini? " Rayyan bertanya meminta kepastian. Tapi tiada sebarang jawapan pun yang diberi oleh Adrean.
" Sape sebenarnya laki tu, Ad? " Raisya menyoal, perasaan ingin tahunya tentang lelaki misteri yang dikatakan special itu membuak-buak dari semalam.
" Am " jawab Adrean sepatah tapi memberi kejutan yang besar bagi yang lain
" Ammar Harris? " Zariel meminta kepastian namun Adrean hanya senyum hambar. Adrean segera keluar dari kereta sambil memegang payung. Lalu mengorak langkah memasuki tanah perkuburan itu.
Perlahan-lahan Adrean mendekati Aisya yang masih berada di pusara arwah Am itu walaupun hujan masih membasahi bumi.
" Hujan ni, Aisya. Nanti kau demam pulak " tegur Adrean. Tapi lansung tiada reaksi ataupun pergerakan dari Aisya. Payung yang dipegang erat segera mengerakkannya sedikit supaya melindungi Aisya daripada terkena hujan.
Masing-masing memandang ke arah pusara arwah. Terkenang masa bersama arwah ketika kecil
" Mama! Tengok Adrean dengan Ammar! Diorang curi patung barbie Aisya! " adu Aisya pada mamanya.
" Eii kusutnya rambut dia.. Kita potong!!!! " kata Ammar dengan gelak ketawanya manakala Adrean pulak menconteng badan barbie tersebut dengan crayon.
" Ya allah budak-budak ni! " Pn. Ain menahan sabar dengan sikap mereka berdua yang agak nakal itu. Sentiasa ada sahaja yang ingin mengusik Aisya.
" Nah Aisya! Kitaorang dah lawakan dia " Ammar menghulurkan semula patung barbie yang sudah tak serupa barbie kepada Aisya.
" Mama!!! " Aisya mula menangis. Sebagai tanda merosak patung barbie Aisya, Ammar dan Adrean diminta berdiri di luar dan tidak dapat memakan kek coklat kegemaran mereka bertiga.
" Padan muka! " Aisya menjelir lidah kepada Ammar dan Adrean yang kena duduk luar.
Adrean tersenyum seketika apabila teringat kenangan itu. Dia tahu agak sukar melepaskan orang yang tersayang namun apa yang boleh dibuat?
Adrean memegang bahu Aisya yang berlapik dengan baju dan tudung itu. Cuba memberi semangat kepadanya.
" You still have me " kata Adrean perlahan. Sejak kecil lagi Aisya memang susah hendak membuat kawan. Hanya dia dan Am sahaja yang rapat dengan Aisya.
" And us " satu suara datang dari belakang menyebabkan menarik perhatian Aisya. Raisya dengan kepala masih berbalut segera memeluk Aisya dengan erat. Memberi kekuatan untuk Aisya untuk bangun semula.
Mereka semua tahu sape Am atau lebih tepat Ammar Harris. Am juga salah satu kawan rapat mereka. Sape sangka perempuan yang selalu disebut oleh Am dulu kini menjadi kawan mereka? Kecil sungguh dunia ini
YOU ARE READING
MICKEY HIGHSCHOOL
Teen FictionSebuah sekolah yang menyediakan sebuah banglo untuk pelajarnya. Hanya 5 pelajar sahaja yang akan terpilih setiap tahun untuk tinggal disitu tapi tahun ini berbeza 8 orang yang akan terpilih. Rumah banglo itu sentiasa bising yela setiap hari nak gadu...