" Ampun! Janji tak buat lagi " beria-ia Aisya memohon maaf pada abang Apek. Yup, hantu yang kena tampar tadi ialah abang Apek. Habis lebam pipi kiri abang Apek. Abang Apek yang sedang tuam pipinya dengan ais, tidak mempedulikan Aisya. Merajuk.
" Abangg, mana saya tahu tu abang. Saya ingat lepas tampar hantu tu dia hilang. Tak sangka pula hantu hidup yang saya tampar tu " sedaya upaya Aisya memujuk tapi tula ayatnya seperti orang bodoh pun ada.
" Yela, yela " penat melayan Aisya akhirnya abang Apek mengalah. ' Padu betul budak ni tampar aku sampai lebam pipi aku ni. Habis dah tak handsome ' monolog abang Apek.
Selesai drama pendek itu, Aisya meminta izin untuk pergi menyertai pelajar lain buat campfire. Dari jauh lagi sudah kedengaran mereka ketawa sakan.
" Wah, meriah betul kan sini. Apa yang aku terlepas? " Aisya bertanya sambil duduk sebelah Raisya.
" Cerita pasal kau tampar abang Apek lah! " Naim berkata sambil ketawanya meletus. Yang lain juga ikut ketawa. Cepat betul tersebar.
" Takde makanan ke? Aku lapar la " cepat-cepat Aisya menukar topik. " Nak apa? Aku ambik kan " Adrean menawarkan diri.
Aisya yang meletakkan tangan pada dagunya kononnya seperti memikir untuk makan apa, dia menjawab " Hmm nak popcorn la ".
Untuk seketika suasana menjadi sunyi, masing-masing melayan perasaan. Memandang sahaja unggun api yang berada di depan mereka.
" Takde sape nak nyanyi ke? " tanya Daniel. Semua memandang sesama sendiri atau lebih tepat semua memandang ke arah Rayyan. Aku juga ikut pandang. Kenapa semua pandang Rayyan?
" Ray, nyanyi ah. Dah lama tak dengar kau nyanyi " Zariel yang berada di sebelah Rayyan menepuk bahu kawannya itu. Rayyan seperti biasa hanya menayangkan muka seriusnya. Mungkin dia tengah berfikir hendak menyanyi atau tidak?
" Nah gitar! " Daniel menghulurkan gitar pada Rayyan. Rayyan pula sedikit terpinga-pinga. ' Aku takde kata apa-apa pun ' kata Rayyan dalam hati.
Semua menumpukan perhatian pada Rayyan. Perlahan-lahan bunyi gitar kedengaran.
It's not that I'm afraid
I'm not enough for her
It's not that I can't find
The words to say
But when she's with him
She seem happier
And I don't want to
Take that away
How many times
Can I see your faces?
How many times
Will you walk away?
I just have to let you know
I'm not tryna start a fire
With this flame
But I'm worry that your
Heart might feel the same
And I have to be
Honest with you baby
Tell me if I'm wrong
And this is crazy
But I got you this rose
And I need to know
Will you let it die or let it grow?
Semua memberi tepukan yang gemuruh. Inilah pertama kali aku dengar dia menyanyi. Fuh buat anak dara di luar saya jamin hati awak 100% akan cair.
Pada saat itu juga mata Rayyan bertemu dengan Aisya. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga Adrean batuk membuatkan mereka memandang ke arahnya.
" Kau ok tak? " Zariel bertanya pada Adrean.
" Uhuk! Uhuk! Uhuk! " tidak henti-henti Adrean batuk. Aku sedikit risau dengan keadaannya lalu ingin menghampirinya namun dia mengangkat tangan menandakan dia okey. Segera Adrean bangun dan berlalu kat khemah sambil tangannya menutup mulut.
Tapi kenapa dekat tangan dia ada darah? Atau aku salah nampak?
**********************************
" Uhuk! Uhuk! Uhuk! " Adrean menepuk-nepuk dadanya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya sibuk mencari sesuatu di dalam begnya.
' Ya allah, kenapa waktu macam ni simptom dia keluar? Kalau kawan-kawan aku tahu macam mana? Lagi-lagi Aisya. Aku taknak lukakan hati dia ' kata hati Adrean.
" Mana ubat ni? " dari tadi memunggah beg sampai sekarang tak jumpa. ' Jangan kata aku tak bawak. Mati. '
Segera Adrean menterbalikkan begnya menyebabkan semua barangnya terkeluar. Habis bersepah.
' Ha tu pun! ' segera Adrean mencapai ubat itu dan menelan. Sedekit lega selepas memakan ubat. Cepat-cepat Adrean mengemas kembali barangnya yang bersepah itu supaya kawannya tidak syak apa-apa. Darah yang melekat di tangan segera di lap dengan kain.
Habis sahaja mengemas, Adrean duduk tersandar di tepi. Hanya satu perkara yang berlegar-lager di kepalanya.
" Maafkan aku "
YOU ARE READING
MICKEY HIGHSCHOOL
Teen FictionSebuah sekolah yang menyediakan sebuah banglo untuk pelajarnya. Hanya 5 pelajar sahaja yang akan terpilih setiap tahun untuk tinggal disitu tapi tahun ini berbeza 8 orang yang akan terpilih. Rumah banglo itu sentiasa bising yela setiap hari nak gadu...