22

6.6K 412 28
                                    

Malam yang penuh tanda tanya. Apa maksud Rayyan? Kenapa dia suka sangat berteka-teki? Terus terang jela ish. Tak pasal-pasal kepala aku pula serabut fikir hal yang berlaku masa kat bas waktu balik dari kem petang tadi.

" Tidur lagi better " kata Aisya sendirian. Aisya yang cakap sorang-sorang membuatkan Raisya yang sedang baring dan ralit memandang phonenya terus memandang pelik ke arah Aisya. ' Pahal minah ni cakap sorang-sorang? Cakap dengan hantu ke apa? Ishh meremang bulu roma aku '

" Woii!! Raisya!! " Aisya menjerit namun tiada reaksi yang diberikan oleh Raisya lalu Aisya membaling batal dan mengena tepat pada Raisya. Terkejut Raisya dibuatnya.

" Kau pahal baling bantal tetiba? " marah Raisya sambil membaling semula bantal ke arah Aisya namun tidak mengena.

" Kau tu yang tenung aku pahal? " soalan dibalas soalan.

" Mana ada " dalih Raisya lalu sambung tengok phone.

" Weh, nak tanya sikit " Aisya datang ke katil Raisya lalu bersila di hujung katil. " Apa? " terjongket kening Raisya namun mata still tertumpu pada phone.

" Abang kau tu memang jenis yang tak cakap straight to the point eh? I mean like sampai buat orang tu tertanya-tanya apa yang dia ingin sampaikan " panjang lebar Aisya berkata.

" Aku rasa takde pun. Tapi kenapa kau tanya? " Raisya memandang Aisya. Agak pelik bila ditanya soalan sebegitu rupa.

" Takde apa la. Ok la aku nak tido " segera Aisya bangun lalu bergerak ke katilnya. Raisya hanya memandang Aisya sekilas lalu menyambung melayan phonenya atau lebih tepat melayan Zariel. Dari tadi Zariel tak henti-henti menghantar message.

********************

Semua pelajar 5 Angel memberikan sepenuh perhatian pada whiteboard kecuali pelajar yang bernama Aisya. Kerana ini adalah waktu math. Mata pelajaran yang paling tidak diminati. Mari la kita sama-sama melentokkan kepala ke atas meja.

" Aisya!!! " suara yang agak lantang yang boleh mencairkan tair telinga anda kedengaran di kelas 5 Angel. Terus tegak badan aku di buatnya akibat terkejut. Perlahan-lahan Pn.Loh datang mendekati meja aku dan boleh dengar tumit kasutnya yang berbunyi ketak-ketak-ketak.

" Are you sleep in my class? " Pn.Loh memandang Aisya tajam. Apa yang patut aku jawab? Satu kelas memandang aku. 

" .. hm.. No " lambat-lambat Aisya menjawab. " Then what are you doing? " kali ni Pn.Loh menyilangkan tangannya dan bertanya.

" Err.. nothing? " sah aku tempah maut. 

" You, dah tahu math kamu lemah patutnya kamu kena fokus bila saya ajar! " marah Pn.Loh.

" Why another subject you can score but not math? " sekali lagi Pn.Loh bertanya dalam nada marah plus geram.

" Because.. i hate math? " dengan muka polos aku menjawab. Pap! Pn.Loh menghentak meja aku dan menjerit " Berdiri sampai masa saya habis! "

Aik, takkan tak suka math pun kena berdiri? Apala nasib aku

" Exam are coming. Better you tunjukkan result math yang bagus atau I akan turun you ke kelas 5 Becky. " lepas sahaja Pn.Loh berkata begitu, dia pun berlalu pergi dan menyambung mengajar. Manakala aku terpaksa berdiri sehingga waktunya habis.

Kring! Kring! Kring!

Alhamdulillah habis juga waktu math maka aku pun boleh duduk. Pada masa yang sama waktu rehat dan yes boleh makan.

Sedang menikmati sandwich kegemaran aku, ada dua hamba allah datang mendajal aku. Pergi bawak lari air teh o ais aku, cis betul. 

" Teh o ais aku! " Aisya menjerit apabila airnya kena bawak lari oleh Zariel dan Daniel. Zariel dan Daniel ni memang tak kacau orang sehari memang tak sah.

" Amacam? Best tak tadi kena marah dengan Pn.Loh? " hah ni sorang lagi, nak bahan aku la tu. aku menjeling tajam Adrean yang berada di depan.

" Aduh panahan mata mu menusuk hati ku " kata Adrean sambil acah-acah memegang dadanya. Raisya yang duduk di sebelah aku juga sudah tergelak dengan perangai Adrean. Rayyan? Hanya diam seperti biasa.

" Harini aku stay kut. Dalam pukul 5.30 aku balik " Aisya memberitahu pada Raisya. Raisya menunjukkan tanda ok.

" Kenapa? Nak pergi library? Study math? " kata Adrean sambil gelak. Suka la tu membahan aku. Malas nak layan so aku hanya diam.

**********************

Aishh manalah buku ni. Satu per satu rak aku mencari. Hah tu pun! 

" Sapelah letak buku ni tinggi sangat? " Aisya membebel sendirian sambil menjengket untuk mengambil buku rujukan math yang terletak di bahagian atas sekali. Pada masa yang sama ada satu tangan lain yang juga ingin buku itu.

" Hey! Aku yang nak ambik dulu! " kata Aisya lalu memandang figura itu. " Rayyan? "

" Sape cepat dia dapat. " kata Rayyan yang sedang bersandar di tepi rak buku itu. Aku merengus lalu beredar pergi ke meja yang disediakan di library. Buku latihan math dikeluarkan dari beg.

Buat jela dulu latihan. Yang mana taktau tinggalkan tapi sekarang ni baru je buka buku latihan, soalan pertama lagi aku taktau. Aduhh macam mana nak exam ni?

Sedang ralit melihat soalan math, seseorang mengambil tempat duduk di hadapan aku. Dia hulurkan buku rujukan tadi. Aku memandang dia dan mengangkat kening. 

" Taknak sudah. " Rayyan baru nak tarik semula tangan, tangan Aisya lebih pantas mengambil buku itu daripada Rayyan. Tersenyum Rayyan dalam diam. ' Buat-buat taknak tapi nak ' ucap hati Rayyan.

Takde satu pun yang aku dapat jawab dan aku lansung tak boleh fokus sebab mamat depan aku ni. Dari tadi asyik tenung aku.

Aku letak pen.Give up.

" Dah tu je? " dia tanya. " Hmmm "

" Soalan pertama tu pun senang takkan takle buat? " tanya Rayyan sambil menunjuk pada soalan pertama. Aku hanya diam.

Dia mengambil pen aku lalu menunjukkan bagaimana hendak membuat jalan kerjanya.

" Faham? " tanya Rayyan dan aku mengangguk. Kini soalan kedua pula dia tunjuk bagaimana hendak buat jalan kira. Cara dia ajar membuatkan aku ingatkan seseorang, Am.

" Cuba buat soalan tiga. Aku nak tengok " Rayyan menyuruh Aisya buat soalan nombor tiga. Tergaru-garu Aisya kepala yang tidak gatal itu. Aku pun cuba la buat.

" Sampai sini dah betul dah. Yang ni.... " Rayyan menujukkan yang mana yang salah dan menerangkan.  Aisya mendengar namun matanya memandang Rayyan. Dan Rayyan pula memandang, cepat-cepat Aisya mengalirkan pandangan. Kantoi pula usya anak teruna orang

" Dah cuba buat soalan lain " dia menyuruh lagi. Jadi cikgu tak berbayar aku pulak.

After beberapa soalan, aku tumbang. Kepala dilentokkan ke atas meja. Rayyan hanya menggeleng melihat terlatah aku.

Rayyan mengeluarkan sticky note lalu menulis sesuatu. Dan sticky note itu diletakkan di depan muka Aisya. Terkebil-kebil Aisya dibuatnya.

' Aku suka kau ' wait what?! Terus tegak badan aku. Namun mata tak mampu memandang Rayyan. Wahai hati tolong jangan cepat goyah.

Aku mengeluarkan sticky note aku dan menulis.

' Kenapa aku? ' dia tersenyum lalu membalas dengan sticky note nya.

' Kau lain daripada lain ' lain? Apa yang lain? Aku perempuan jugak.

' Since when ' 

' I don't know ' dia membalas. Kitaorang ni memang main balas-balas sticky note je ke apa?

' Nak jadi girlfriend aku tak? '


MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now