12

8.5K 464 15
                                    

Hacum! Hacum! Hacum!

Bunyi bersin kedengaran. Adrean menggeleng kepala dengan sikap degil Aisya taknak makan ubat. Tula mengada sangat nak duduk tengah-tengah hujan padan muka dah demam.

" Ha bersin lagi! Ubat taknak makan " entah untuk kali ke berapa Adrean membebel pada Aisya yang enggan memakan ubat.

" Besar sangat la weh! Mulut aku kecik takle telan " pantas sahaja Aisya menjawab dengan suara yang agak serak akibat sakit tekak.

" Kalau macam tu makan satu sudu lagi bubur ni. Penat tau Zariel masak " Raisya pula yang memujuk Aisya untuk makan nasi bubur yang tak sampai tiga sudu pun yang dimakan oleh Aisya. Zariel masakkan bubur untuk Aisya sebagai tanda meminta maaf atas tengkingan yang telah dilemparkan olehnya beberapa hari yang lepas.

" Taknak tak sedap " Aisya masih dengan sikap degilnya. Sejurus itu Aisya menarik selimutnya sampai ke paras dada. Adrean dan Raisya keluar dengan perasaan hampa.

" Dia tak makan ke? " Zariel bertanya apabila melihat mangkuk yang diisi dengan bubur itu masih penuh. Raisya menjawab " satu sudu je. "

" Penat je aku masak tapi dia tak makan pun " Zariel berkata perlahan. Adrean menepuk bahunya dan berkata " Fahamla sikit, dia tak sihat. "

" Biar aku try pujuk pulak " Rayyan bersuara tiba-tiba dan mengejutkan semua yang berada di situ. Rayyan ni kena sampuk dengan jin mana ni? Tetiba offer diri buat sesi pujuk-memujuk ni.

Segera Raisya memberikan mangkuk bubur itu pada Rayyan. Manakala Adrean berasa berat hati untuk melepaskan Rayyan untuk memujuk Aisya makan bubur dan ubat. Lambat-lambat Adrean memberikan ubat yang dipegangnya kepada Rayyan.

Setapak demi setapak Rayyan mendekati bilik Aisya dan kemudian dia mengambil tempat disisi katil Aisya.

" Aisya.... Aisya..... " Rayyan memanggil Aisya dengan lembut. Aku yang baru sahaja ingin melelapkan mata terus tergamam dengan suara itu. Buat apa dia dalam bilik ni? Tapi kan suara dia fuhhh boleh cair hati. Ehem! Aisya sedar diri please.

" Bangun la kejap " suara yang tadi lembut yang boleh hati wanita berbunga-bunga kini bertukar menjadi kasar. Mungkin dia bengang aku tak layan?

Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan dan Rayyan membetulkan bantal aku supaya aku lebih selesa untuk bersandar.

" Buka mulut " dia menyuruh eh bukan dia mengarah. Ini bukan memujuk namanya ini memaksa. Aku menggelang perlahan. Tekak aku sekarang tak dapat menerima sebarang makanan nanti aku akan rasa mual.

" Better kau makan atau... " Rayyan membiarkan kata-katanya tergantung dan menyebabkan aku tertanya-tanya.

" Atau? " aku memandang tepat anak matanya. Namun sesaat aku mengalirkan pandangan itu. Perasaan apakah yang hadir ini?

" Aku cium kau " terus terbuka mulut aku saat dia menyatakan perkara gila itu. Ish suka betul dia ugut aku, takpe-takpe kalini kau menang next time no way.

" Good girl " terserlah senyuman manisnya yang bagi aku untuk pertama kalinya aku lihat dia senyum seikhlas ini.

Disebalik pintu, ada seseorang memerhati mereka berdua.

" Kau sayang dia kan? " pertanyaan itu menyentakkan hati Adrean.

" Gila tak sayang. Kawan dari kecil kut " Adrean ketawa kecil atau lebih tepat ketawa yang dibuat-buat.

' Tapi kenapa mata kau menyatakan sebaliknya? ' hati Raisya berkata.

" That's not what I mean " Raisya berkata sambil memerhati abangnya yang agak mesra dengan Aisya. Jauh disudut hatinya sangat berharap Rayyan bersama Aisya namun apabila lihat pandangan Adrean terhadap Aisya, dia yakin Adrean sudah lama menyimpan perasan pada kawannya itu.

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now