7

8.9K 522 3
                                    

" Assalamualaikum" ucap Zariel setelah membuka pintu utama rumah banglo.

" Aik takde orang?" monolog Zariel sendirian. Setelah itu bunyi kereta kendengaran.

" Thanks! " ujar seseorang. ' Macam suara Raisya? ' kata hati Zariel.

" Assalamualaikum" ucap Raisya.

" Hah jawab la! Tercegat kat situ je pahal? " tegur Raisya sambil menjeling Zariel yang hanya berdiri berhampiran. Zariel hanya tersengih

" Jawab dalam hati " kata Zariel dan memerhati sekeliling.

" Mana Rayyan?" Zariel menanyakan keberadaan Rayyan apabila perasan abang kembar Raisya tiada bersamanya.

" Dia pergi cafe, katanya ada hal apa tah " jawab Raisya lalu pergi ke dapur. Raisya mengeluarkan satu bekas dan meletakkan ke dalam peti ais. Zariel memandang pelik

" Apa bende tu? " tanya Zariel sambil memandang tepat pada bekas itu.

" Kek coklat. Kalau nak makan, tunggu kejap lagi. Bagi dia keras dulu " jawab Raisya dan Zariel mengangguk faham. Zariel pun berlalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen manakala Raisya masuk ke biliknya.

[6 pm]

" Mana diorang ni? Bukan Adrean and Aisya patutnya ada kat rumah ke? " Zariel yang dari tadi menonton tv mula berasa bosan. Raisya yang baru turun, dengar akan kata-kata Zariel

" Diorang pergi lepak kat Mid Valley. Daniel pun ada kat sana" Zariel sedikit tersentak dengan suara Raisya yang tetiba muncul itu.

" Mana kau tahu?" tanya Zariel.

" Diorang ada post gambar kat ig" jawab Raisya sambil mengambil tempat duduk sebelah Zariel.

" Aku lapar la" setelah sahaja duduk, Raisya memberitahu yang dia berasa lapar

" Kek coklat kau ada " Zariel memberi cadangan padahal dia juga sudah berasa lapar. Terus Raisya berlari ke dapur dan mengambil kek coklatnya dan satu sudu.

" Untuk aku? " tanya Zariel apabila nampak Raisya hanya membawa kek coklat dan satu sudu sahaja.

" Eh ni aku punya! Kau pergi la cari makanan lain" dengan selambanya Raisya menjawab sambil tidak berhenti menyuap kek coklat ke dalam mulutnya. Zariel sudah menarik muka masam. Tetiba ada satu idea terpancul di akal Zariel

Raisya memandang Zariel yang senyum seperti ada makna. ' Mamat ni dah kenapa? Meremang bulu roma aku' kata hati Raisya.

Pukk!!

Habis satu muka Raisya penuh dengan kek coklat. Zariel dah gelak terguling-guling kat carpet. 

" Aduh! Aduh! Sakit perut! " Zariel memegang perutnya sebab terlebih gelak. Raisya memandang Zariel dengan tajam. Sisa kek coklat di tangan segera di tonyoh ke muka Zariel. Kini Raisya pula tergelak kerana dapat membalas dendam.

" Ya Allah! Apa korang buat ni?! " Aisya yang baru pulang terus menjerit apabila terlihat keadaan ruang tamu yang sedikit bersepah tu

Zariel dan Raisya terkejut dengan kehadiran Aisya segera memandang sesama sendiri.

" Mati kita " bisik Raisya pada Zariel. Muka diorang sudah penuh dengan kek coklat dan ada sisa kek coklat tu terlekat kat sofa dan carpet.

" Ayokk, Aisya marah" ejek Adrean seperti budak tadika. Bila Aisya menghampiri segera Zariel menjerit " Lari!!!! " maka Zariel dan Raisya berlari ke luar dengan muka comot. Aisya pula geram dengan tindakan mereka segera mengejar.

" Aku nak join juga main kejar-kejar " kata Daniel lalu join sesi kejar-mengejar itu. Adrean hanya melihat perangai rakannya itu yang seperti budak sekolah rendah.

*****************************

" I tak suka la dengan budak kampung tu " ujar Elleina pada Luna. Mereka sekarang berada di sebuah cafe.

" So? " Luna mengangkat kening, pelik kenapa tetiba Elleina bangkit kan hal itu.

" Dia rapat dengan Rayyan I ok! You pun tahu kan Rayyan tu jenis macam mana " Elleina menjelaskan apa yang dia maksudkan. Mungkin sedikit tergugat dengan kehadiran Aisya

" Kalau you tahu Rayyan tu macam mana, why you risau? " Luna membalas dengan soalan.

" I don't know but I tengok Rayyan macam biar je Aisya rapat dengan dia " kata Elleina dan mengeluh.

" So you nak buat apa? " tanya Luna. " I don't know! " balas Elleina dengan suara sedikit meninggi. Luna buat roll eyes, menyampah dengan sikap Elleina mungkin?

" Apa kata you buat macam Bella pernah buat dulu " Luna senyum makna. Elleina memandang Luna seperti tak percaya apa yang diperkatakan oleh Luna.

" Are you serious? " Elleina meminta kepastian.

" Up to you " ucap Luna selamba sambil menghirup airnya. Elleina terpikir seketika

" What if Rayyan makin benci I?" Elleina seperti ragu-ragu dengan perkara itu. 

" Like I said up to you " Luna mula bosan dengan sikap Elleina maka dia bangun.

" You nak pergi mana? " tanya Elleina bila lihat Luna tetiba bangun.

" I nak pergi shopping, bosan la duduk sini je " jawab Luna lalu beredar. Tinggal Elleina bersorangan di cafe itu. Elleina mengeluh

" Kalau benda tu boleh buat Rayyan benci Aisya, aku patut cuba buat tapi disebabkan benda tu juga Rayyan berhenti jadi playboy and bersikap dingin dengan perempuan. Aish! What I should do? " monolog Elleina.


MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now