25

5.8K 352 10
                                    

Rayyan tersandar pada motor kesayangannya. Malam yang dipenuhi dengan bintang dipandang oleh Rayyan. Terasa ada sentuhan di bahu. Hantu ke?

" You buat apa kat luar ni? " ye memang hantu. Hantu kalimah.

" Eish boleh tak jangan sentuh aku? " Rayyan memarahi Elleina dan menunjukkan bahawa dia rimas dengan kewujudan Elleina di situ.

" Sikit-sikit nak marah. Kalau dengan Aisya tu bukan main you layan dia baik! " kata Elleina dengan kuat sambil menyilangkan tangannya.

" Sebab dia tak mengedik macam kau! " herdik Rayyan lalu berlalu pergi dari situ.

" Susah sangat ke you nak bagi I peluang?! " jerit Elleina menyebabkan Rayyan berhenti. Rayyan kembali ke tempat tadi.

" Peluang? Huh?  " Rayyan tersenyum sinis.

" Kau tak paham lagi ke? Kalau tak suka, tak suka lah! Dah memang aku tak tertarik lansung dengan kau. Nak buat macam mana? " bidas Rayyan dengan muka yang sudah kemerahan. Dah tak tahan dengan perangai Elleina yang tak paham bahasa dari dulu.

" One day, you will be mine. I'll make sure that." kata Elleina dengan yakin. Rayyan lansung tak mengendahkannya lalu pergi masuk ke dewan semula.

' Wait asal aku masuk balik? Nanti mata aku sakit tengok dia dengan Adrean. Bukan mata je sakit, hati pun sakit. ' kata hati Rayyan sebaik sahaja masuk ke dalam dewan semula.

" Yow Bro! Pergi mana? Sini ah makan sekali. " panggil Daniel sebaik sahaja nampak kelibat Rayyan di situ. Rayyan teragak-agak untuk pergi kerana disitu ada Aisya serta Adrean. Cemburunya makin membuak-buak.

" Ehem! " Rayyan berdehem sebaik sahaja duduk bersebelahan Aisya. Namun Aisya tidak mengendahkan dirinya. Makin angin lah Rayyan dibuatnya.

" Kau pergi mana tadi? " tanya Daniel yang telah selesai makan.

" Lepak luar. Saja ambik udara segar. Duduk dalam ni buat sakit hati je " kata Rayyan dalam nada sinis. Aisya memberi pandangan tajam pada Rayyan.

" Ambik udara segar ke pergi mengurat awek kat luar " Aisya berkata tanpa memandang Rayyan.

" Orang tu boleh je layan lelaki lain takkan aku tak boleh kut pergi mengurat? " Rayyan membalas dengan sinis. Raisya,Zariel, Daniel dan Adrean sudah memandang pelik dengan perbalahan itu.

" Korang gaduh ke? " tanya Raisya. Aisya dan Rayyan masing-masing diam dan mengadap arah yang berlainan.

" Tak elok gaduh. Nanti kahwin macam mana? " kata Daniel dengan muka seposen. Tak pasal-pasal kena hempuk dengan Raisya yang berada di sebelahnya.

" Dari mana kau dapat statement bodoh ni? Kau ingat gaduh sekali esok kahwin macam tu? " ujar Raisya. Sabar jela Raisya. Nak buat macam member yang sorang ni memang bahlul sikit.

Keadaan antara Aisya dan Rayyan masih tegang. Masing-masing dengan ego sendiri. Taknak dengan penjelasan dulu. 

Malam kian larut. Mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah banglo.

Sampai sahaja di rumah, aku terus merebahkan diri ke atas katil. Sepatutnya malam ni malam yang bermakna tapi sebaliknya pula yang berlaku. Aku mencapai phone dan melihat satu persatu gambar yang diambil di prom tadi.

Takde satu pun gambar aku dengan dia. Urgh! Phone di campak ke tepi. Kalau dia tak layan si Elleina tu semua ni takkan jadi. Dah tahu dah ada girlfriend buatlah cara ada girlfriend. Ni tak duk biar je si Elleina tu mengacau. 

Selesai sahaja aku membersihkan diri dan menukarkan pakaian, aku menuju ke dapur kerana tekak terasa haus. Kebetulan pula Rayyan di situ.

" Best bersuka ria dengan Adrean? " tanya Rayyan yang sedang bersandar di kabinet dapur. 

" Best berpegang tangan dengan Elleina? " Aisya membalas dengan soalan. Rayyan mengeluh kasar.

" That's not what you think " kata Rayyan.

" Then what? And Adrean is my bestfriend. Salah ke rapat dengan dia? " Aisya membalas dengan nada yang agak marah. Habis terbantut nak minum air.

" Okay fine. I was wrong. I'm sorry. I'm jealous see you with Adrean " Rayyan memandang Aisya dan berkata dengan jujur bahawa dia jeles melihat Aisya dengan Adrean.

" I'm sorry too. I pun jeles bila nampak Elleina pegang tangan you time prom tadi "  ujar Aisya sambil menundukkan kepalanya.

" We both being ego. Just judge by what we see " ujar Rayyan. Aisya mengangguk tanda setuju.

" So we good right now? " tanya Rayyan sambil memandang tepat mata Aisya. Aisya mengangguk dan mereka berdua tersenyum di situ. Mereka berbual sebentar di situ sebelum membuat keputusan untuk beredar namun

" Adrean? " kata Aisya dan Rayyan serentak.






Esok dah raya kan guys? Dengan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada tersilap kata atau terkasar bahasa. Selamat Hari Raya untuk pembaca Mickey Highschool❣️. Btw tema tahun ni warna apa? Share lah sikit😝

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now