Hari perkhemahan tiba. 2 bus disediakan untuk pelajar Mickey Highschool, Aisya, Adrean, Rayyan, Elleina ditempatkan di bus yang pertama. Raisya, Zariel, Luna and Daniel ditempatkan di bus kedua.
Aisya yang masih dingin dengan mereka terus memasuki bas dan mengambil tempat di tepi tingkap. Adrean yang memerhati dari jauh segera memasuki bas juga. Tanpa dijemput, dengan selambanya Adrean mengambil tempat di sebelah Aisya. Aisya memandang sekilas lalu memandang ke luar tingkap semula.
Rayyan yang juga ditempatkan di bus pertama, terpaksa membatalkan niat ingin duduk disebelah Aisya setelah melihat Adrean. Rayyan berdehem sedikit apabila lalu di sebelah seat Adrean dan Aisya.
' Kenapa aku rasa nak marah? Dia bukan sape-sape pun ' monolog Rayyan. Terus menggeleng-gelengkan kepala cuba menugusir perasaan yang hadir.
" Rayyan I duduk sebelah you boleh?" tanya Elleina setelah melihat seat sebelah Rayyan kosong. Rayyan merengus tapi selamba badak je Elleina duduk sebelah Rayyan
" Ada aku kasi kau duduk sebelah aku?" marah Rayyan. Elleina hanya pekakkan telinga.
Manakala di bus kedua,
" Eh kau pahal duduk sini?" Raisya memandang tajam ke arah Zariel yang sesuka hati bapak dia duduk di sebelahnya.
" Seat lain dah penuh. Sini je yang kosong" ujar Zariel sambil membuka iphone miliknya.
" Kau ni buta ke apa?! Kat belakang tu banyak je seat kosong" pelik betul dengan sikap Zariel, sejak dia jatuh tangga haritu, Zariel seperti berubah. Bukan berubah jadi jahat tapi dia seperti overprotective.
" Alaa kalau duduk belakang takde member nak borak" Zariel memberi alasan namun matanya fokus kepada iphone
" Ish memang 24 jam ke kena hadap muka kau ni?" Raisya merungut dan membawa pandangan ke luar tingkap. Walaupun matanya fokus pada iphone, Zariel masih dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Raisya.
" Kena la biasakan nanti dah kahwin kena hadap jugak muka aku ni" Zariel berkata perlahan namun sempat ditangkap oleh Raisya.
" Sape nak kahwin ngan kau?!" segera Raisya mengerling Zariel.
Segera Zariel memandang Raisya lalu berkata " Jangan la marah sayang nanti cepat tua" sambil tersengih. Terasa mukanya berbahang segera Raisya berpaling ke arah lain. Dalam diam Zariel tersenyum kecil.
" Cikgu! Saya takde tempat duduk!" kata Luna dengan gedik.
" Eh takkan takde?" cikgu Sara yang menjaga bus kedua terus melilau mencari seat kosong untuk Luna.
" Tu sebelah Daniel ada kosong" ujar cikgu Sara sambil menunjuk ke arah Daniel.
Bermulalah drama queen memainkan wataknya." Saya taknak duduk sebelah dia" Luna berkata dengan gedik.
" Eh kenapa pulak?" pelik dengan Luna yang agak dikenali dengan perangai yang agak diva tetiba sahaja taknak duduk disebelah Daniel yang juga digilai oleh gadis lain seperti Rayyan, Zariel dan Adrean, segera Cikgu Sara bertanya.
" Dia annoying la cikgu" kata Luna sambil memegang tangan cikgu, merayu supaya Cikgu Sara cuba mencari seat lain.
" Kau lagi annoying" Daniel yang dengar apa yang diperkatakan oleh Luna segera bersuara.
" Tengok tu cikgu" ngadu Luna dengan menghentak kaki.
' pening aku layan budak-budak ni ' kata hati cikgu Sara.
" Ni semua salah kau!" Daniel yang berasa geram terus menyalahkan Luna.
" You ingat I nak sangat duduk ngan you?!" Luna membalas dengan marah. Terpaksa la Luna and Daniel duduk sama-sama selepas kena paksa dengan cikgu Sara.
**********************
Hampir 2 jam lebih perjalanan ke Kuala Kubu Bharu kini sampai ke tapak perkhemahan.
" Aisya, bangun! Kita dah sampai " Adrean mengejutkan Aisya dengan lembut yang tanpa sengaja tertidur di bahunya.
" Sedap tidur kat bahu aku? " Adrean cuba mengusik Aisya namun Aisya membuat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Segera pelajar Mickey Highschool turun daripada bas dan berkumpul.
" Weh asal kita tak sama bas duh?" sebaik sahaja berkumpul terus Daniel merungut.
" Kau kan sama bas ngan Zariel" Adrean memandang pelik ke arah Daniel.
" Mamat tu duduk ngan Raisya. Tinggal aku sorang-sorang" ujar Daniel dan membuat muka seakan-akan merajuk. Alaa kesiannya, nak cendol?
" Sorang-sorang konon dah duduk ngan buah hati dahla" Raisya menyampuk.
" Eii minah gedik tu? Mintak dijauhkan duh" kata Daniel sambil tangannya membuat seperti menghalau orang.
" Kau duduk ngan Luna ke?" tanya Rayyan. Daniel mengangguk.
" Hey sayang" tegur Zariel yang baru sahaja habis mengangkat begnya dan Raisya.
" Apa sayang-sayang? Tampar nak?" Raisya membuat muka meluat. Kena friendzone ke bang?
"Lekla gurau je" Zariel gosok leher sambil tersengih. Cover macho bro jangan tak cover
" Ehem! Abangnya ada kat sini " Rayyan berdehem saja mengingati dia masih di situ. Kalau dah suka confess jela Zariel. Zariel buat roll eyes, tak kisah lansung dengan kehadiran Rayyan di situ.
Aisya hanya menjadi pemerhati di situ.
" Ok semua cikgu akan serahkan kepada Tuan Faizal" jerit cikgu Sara setelah mengira bilangan murid untuk memastikan semua ada.
" Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!" kata Tuan Faizal dengan lantang. Suasana jadi KRIK KRIK KRIK semua jawab dalam hati kut.
" Sihat?" tanya Tuan Faizal bila tiada murid yang bersuara.
" Sihat!" hanya segelintir sahaja yang jawab. Kitaorang? Hanya jawab dalam hati.
" Pagi-pagi lagi semua dah tak bersemangat. Macam mane nak buat aktiviti?" tergeleng-geleng Tuan Faizal sendirian di situ. A bit kecewa dengan reaksi pelajar Mickey Highschool.
" Cuba tengok sekolah sana bersemangat je! Kamu kena bersemangat jugak nanti kamu semua akan berlawan dengan sekolah tu" ujar Tuan Faizal dengan tegas.
" Apapun saya ialah ketua dekat sini jadi kamu mesti jaga displin kamu bila berada disini! Sesiapa sahaja yang membuat perangai setan dekat sini akan didenda " kata Tuan Faizal lagi.
" Guys tu sekolah Blue Highschool" kata Daniel setelah Tuan Faizal habis berucap sambil menunjuk ke arah kanan sana.
" Aduh semak je duh" Zariel buat muka tak puas hati.
" Memang setiap tahun ke kita kena jumpa diorang?" Raisya juga menunjukkan muka tak puas hati. Rayyan dan Adrean juga mempamerkan muka serius.
Wait pehal semua macam benci je dengan Blue Highschool ni?
" Well well well tengok sape ada kat sini?" tegur seseorang yang cukup dikenali mereka tetapi bukan Aisya.
" Pergi berambus la" kata Rayyan dengan kasar sekali gus mewakili mereka semua.
" Like I said we will meet again " pandangan lelaki itu cukup angkuh. Kelihatan urat-urat di lengan Rayyan yang cuba menahan diri daripada menumbuk muka yang cukup menyakiti hati itu.
" Dahla guys kita blah. Layan dia ni sampai kiamat tak habis" Adrean cuba menenangkan keadaan dengan mengajak mereka pergi.
" Raisya sape tadi tu?" Aisya yang selama ini mendiamkan diri mula bertanya pasal lelaki tidak tahu asal usul dari mana tetiba menegur mereka tadi.
" Tu Mikhail. Pelajar Blue Highschool " balas Raisya.
" Aisya, kau still marahkan kitaorang ke? " tanya Adrean apabila melihat Aisya sudah membuka mulut untuk bersuara. Tidak sempat Aisya ingin berkata apa-apa
" Aku minta maaf tau, Aisya. Sebab tertengking kau haritu. " Zariel memohon maaf secara terang-terangan.
" Yeye. Aku maafkan " akhirnya Aisya mengalah. Sebenarnya bosan juga merajuk lama-lama.
" So kosong kosong eh " Zariel berkata sambil tersenyum girang. Hilang sudah rasa serba salahnya. Segera Raisya memeluk Aisya. Sudah lama mereka tidak bergurau-senda.
YOU ARE READING
MICKEY HIGHSCHOOL
Teen FictionSebuah sekolah yang menyediakan sebuah banglo untuk pelajarnya. Hanya 5 pelajar sahaja yang akan terpilih setiap tahun untuk tinggal disitu tapi tahun ini berbeza 8 orang yang akan terpilih. Rumah banglo itu sentiasa bising yela setiap hari nak gadu...