" Eii aku rasa nak pijak-pijak je diorang tu " geram Raisya apabila mendapati Mikhail dan Nik pergi meninggalkan kumpulan mereka walaupun tahu Aisya sedang sakit.
" Aisya macam mana? " Zariel bertanya selepas Raisya sudah habis melepaskan geramnya.
" Kaki dia terseliuh sikit. Tapi still boleh join lagi aktiviti " jawab Adrean yang sedang bermessage dengan seseorang. Daniel memandang pelik terhadap Adrean maka dia bertanya, " Kau message dengan sape? "
" Wuuu dah ada awek tak cakap " Zariel mengusik sambil menyiku lengan Adrean. Adrean menjeling tajam. " Aku message dengan mama Aisya la. Bagitahu kaki Aisya terseliuh " kata Adrean yang masih kusyuk bermessage dengan Pn.Ain.
" Kenapa kau pula yang kena bagitahu? Aisya boleh bagitahu sendiri kan? " Rayyan yang dari tadi hanya senyap tetiba sahaja bersuara.
" Salah ke aku bagitahu? " Adrean membalas dengan sinis. Suasana menjadi tegang secara tiba-tiba. Rayyan tidak membalas dan mengangkat kaki pergi daripada situ.
Zariel, Raisya dan Daniel memandang sesama sendiri. Apa yang telah berlaku?
******************************
Malam menjelma. Aktiviti pada malam ialah aktiviti yang biasa dilakukan oleh setiap kem iaitu night walk.
Sebilangan pelajar perempuan sudah mula berasa takut namun ada yang masih relaks. Manakala lelaki hanya tenang. Well lelaki kan? Kena tunjuk berani.
" Perhatian semua! Kita akan mulakan aktiviti night walk. Sila berkumpul mengikut kumpulan siang tadi. " Abang Apek menjerit dengan lantang supaya semua dapat mendengar. Cepat-cepat pelajar Mickey Highschool dan pelajar Blue Highschool bergerak sepantas yang mungkin.
Perlahan-lahan aku bergerak disebabkan kaki aku yang terseliuh menyukarkan aku untuk bergerak dengan lebih pantas.
Rayyan, Adrean, Mikhail dan Nik, masing-masing hanya mendiamkan diri. Mikhail dan Nik mungkin tak cari gaduh kerana taknak ditambah lagi denda. Mikhail dan Nik dikenakan denda cuci pinggan disebabkan hal tengah hari tadi.
" Nah, ni tali! Ikat dekat kaki kamu. " Kak Sha menghulurkan tali. Aku dah ternganga. Kaki aku terseliuh kut. Nanti tetiba salah seorang daripada kitaorang lari macam mana?
Rayyan yang seakan-akan memahami apa yang difikirkan oleh Aisya, tetiba bersuara " Kak! Kawan saya kaki dia cedera. Kena ikat juga ke? " tanya Rayyan pada Kak Sha.
Kak Sha seperti memikirkan sekejap kemudian bersuara " Kalau macam tu kamu diberi kelepasan ".
Aku sudah melonjak keriangan di dalam hati sahaja. Tak boleh nak happy sangat sebab kaki ni.
Selesai sahaja mengikat tali pada kaki, kami semua ditutup mata dan dibawa ke satu tempat. Aku juga tidak di kecualikan.
" Kamu boleh buka penutup mata. " ujar seseorang yang aku tidak kenal pasti suaranya siapa. Perlahan-lahan aku membuka penutup mata.
" Kamu semua boleh pulang ke tapak perkhemahan dan boleh menyalakan unggun api " rupa-rupanya abang Khai yang cakap. Abang Khai ni selalu menjadi imam setiap kali kami semua solat berjemaah.
Aku memandang Abang Khai Hairan. Takkan semudah tu? Bukan selalunya kitaorang akan kena kacau ke takpun dengar cerita hantu sampai tak tido malam.
Perlahan-lahan kumpulan Rayyan bergerak. Mikhail bersiul-siul pada waktu malam begini. Panggil hantu ke bang?
" Bising la " Adrean berkata. Kedudukan mereka sekarang ni, start daripada kiri ialah Nik kemudian Mikhail, Adrean dan Rayyan. Aku dihujung sekali belah kanan, sebelah Rayyan.
" Korang ni boleh tak jalan serentak? Sakit kaki aku " Rayyan berkata dengan marah dan serta-merta berhenti menyebabkan yang lain pun terpaksa berhenti.
" Kaki kanan 1. kaki kiri 2. So kita jalan macam ni! 1!2!1!2! " Rayyan menunjukkan bagaimana untuk mereka jalan serentak.
" Ish! Slow-slow la! " Nik pula yang naik angin. Mungkin tak dapat mengikut rentak. Aku hanya memerhati dari tepi. Namun tetiba ada benda jatuh daripada atas. Terkejut punya pasal, Mikhail dan Adrean yang betul-betul di depan benda tu terus menjerit siap tumbuk-menumbuk lagi benda tu. Aku yang berada di tepi pun terkejut.
Apabila semua sudah kembali tenang. Kami semua perhati benda jatuh tu dengan teliti. Rupa-rupanya ianya hanya buah kelapa yang disekalikan dengan rambut palsu yang panjang.
" Ish! " Mikhail menumbuk benda tu kerana geram ditipu. Ingat hantu mana la tadi. Baru kitaorang perasan ada abang yang berada di atas pokok yang berdekatan dengan kitaorang.
Mulalah sumpah serana dalam hati masing-masing. Kami mula bergerak sekali selepas kejadian tu.
Dapat menghidu udara yang segar pada waktu malam begini. Terasa tenang. Namun tenang itu hanya buat seketika.
" Bahhhh!!!! " jerit seseorang di belakang Mikhail dan Adrean sambil menyentuh bahu mereka. Disebabkan terkejut, mereka semua memandang. Tak sampai satu saat mereka berlari tak cukup tanah sambil menjerit.
" Hantuuuuuu!!" jerit Adrean dan Rayyan serentak.
" Mummy nak balik!!!!! " jerit Nik dan seperti hendak menangis.
Manakala Mikhail menjerit ini " Setan!! Jangan kacau aku!! ".
Tapi bagaimana diorang lari bersama? Sedangkan kaki mereka diikat. Fuhh power betul. Aku pula terduduk sebab terlampau terkejut. Hantu itu pula mungkin tidak berpuas hati sebab aku tak lari ketakutan maka dia menghampiri aku. Macam mana nak lari kalau kaki macam ni?
Semakin dekat dia datang, semakin aku takut. Muka dia betul berada didepan muka aku.
" Boo! " serta merta tangan aku menampar dia dan pada masa yang sama terlihat juga debu berterbangan kesan daripada tamparan aku.
Terbeliak mata hantu tu! Opss!
YOU ARE READING
MICKEY HIGHSCHOOL
Teen FictionSebuah sekolah yang menyediakan sebuah banglo untuk pelajarnya. Hanya 5 pelajar sahaja yang akan terpilih setiap tahun untuk tinggal disitu tapi tahun ini berbeza 8 orang yang akan terpilih. Rumah banglo itu sentiasa bising yela setiap hari nak gadu...