9

8.5K 514 25
                                    

" Pergi mana? " soal Aisya setelah lihat Raisya pulang. Zariel pula segera bergerak ke sekolah semula untuk perjumpaan basketball maka tinggal girls sahaja di rumah.

" Ioi mall " jawab Raisya sambil tersengih. Emm something fishy. Aku memandang Raisya sambil angkat kening.

Pelik dengan pemandangan Aisya terus Raisya bersuara " What?! "

" Takde benda ke nak share? Korang buat apa kat sana? Anything happen between you guys? " Aisya mula bertanya macam-macam cuba mengorek rahsia.

" Mana ada " cepat-cepat Raisya menafikannya. 

" Dah makan? Tadi aku dah order pizza, 3 boxes " percaya dengan kata-kata Raisya segera Aisya menukar topik. 

" Wow nak buat party ke apa? Actually dah makan tapi dengar kau order pizza tetiba rasa lapar balik " ujar Raisya lalu tersengih. Well girls dengan makanan tak pernah berpisah. It's our happiness guys

" Ell dengan Luna ada ke? " soal Raisya setelah duduk disebelah Aisya. 

" Ada kat atas. Buat apa pun aku tak tau. Tengah plan nak sakitkan hati kita la kut " balas Aisya dengan mata tertumpu pada tv.

DING! DONG! DING! DONG!

Segera aku berlari ke atas untuk mengambil duit kemudian turun semula untuk mengambil pizza dan membayarnya.

" Kita makan kat atas la. Aku nak tengok netflix " kata Aisya dan Raisya hanya mengikuti tanpa membantah.

" Fuhh memang gemok aku macam ni " kata Raisya sambil menyuap pizza ke dalam mulut. Aku just menikmati pizza sambil tengok netflix dengan kusyuk.

" Cerita apa ni? " tanya Raisya.

" #realityhigh " balas Aisya. Raisya mengOkan sahaja lalu menyambung makan pizza. 

" Eh habis dah? " Raisya memandang kotak yang kosong itu. Dah dua kotak pizza mereka habiskan tapi mana lagi satu. Lambat-lambat Raisya memandang Aisya.

" Eii mana aci makan sorang " Raisya merungut apabila satu kotak pizza Aisya makan sorang. Harap je badan kecik tapi makan banyak.

" Biarla, sape bayar? " balas Aisya sambil mengangkat kening saja mengusik Raisya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Biarla, sape bayar? " balas Aisya sambil mengangkat kening saja mengusik Raisya. ' Sabar jela dapat kawan macam ni ' monolog Raisya.

Kalau bab makanan ni memang tak boleh kalahkan Aisya.

Prang!

Tetiba ada bunyi kaca pecah. Terus aku dan Raisya memandang ke arah tangga sebab bunyinya seperti datang dari situ.

" Ops " ujar Luna dengan tangan di mulut acah-acah terlanggar gitu.

" Hah tunggu apa lagi? Kemas la! " kata Raisya dengan suara sedikit meninggi apabila tiada sebarang tindakan pun yang dilakukan oleh Luna untuk membersihkan pasu yang pecah itu.

" Eii taknak la, karang terkena tangan or kaki macam mana? " Luna membalas dengan suara yang a bit gedik. Boleh naik hantu aku setiap hari kena layan minah gedik ni. Kaca je kut kalau kena pun luka sikit je

" Kau ingat kat rumah ni ada bibik ke nak tolong kemaskan serpihan kaca tu? " dengan geram Raisya membidas.

" Budak kampung tu ada " taktau dari mana datang Elleina tetiba sahaja muncul di situ. Aku menahan rasa sakit hati. Makin dilayan makin menjadi-jadi betul tak?

" Dia ada nama okey! " marah Raisya.

" Semua laki dia nak. Hm? " ujar Elleina sambil mengimbas sekeping gambar. Terus sahaja aku berdiri dan memandang Elleina tajam.

" Dari mana kau dapat gambar tu?! " suara Aisya dah lain daripada biasa. Marahnya dah sampai ke tahap maksimum. Elleina tersenyum sinis.

' Itu bukan gambar yang Aisya pegang pagi tadi ke? ' bisik hati Raisya. Segera Aisya pergi ke arah Elleina dan merampas gambar itu. Sedikit ronyok gambar itu mungkin Elleina sahaja ronyokkan.

" Apa masalah kau perempuan?! " tengking Aisya lalu menampar pipi Elleina. Kesabarannya sudah hilang apetah lagi ini melibatkan Am.

" Sakitla sial" Elleina mencarut, sakit ditampar oleh Aisya. Mana tak sakit Aisya tu pemain bola tampar.

" Apa hak kau nak tampar kawan aku? " Luna menolak Aisya sehingga kakinya terkena serpihan kaca pasu yang pecah tadi. Tidak betah dengan keadaan yang agak panas itu segera Raisya menghampiri mereka dan menolong Aisya.

" Aku tak tahu apa masalah korang tapi dah melampau sangat sampai buat Aisya cedera macam ni " marah Raisya manakala Elleina dan Luna hanya memerhati mereka.

" Kalau dia tak rapat dengan Rayyan takdenya aku kacau hidup dia " balas Elleina dengan muka tak bersalahnya itu.

" Tapi perlu ke sampai selongkar barang aku? " Aisya berkata perlahan. Elleina terdiam. Raisya bantu Aisya untuk berjalan tapi taktau mana silapnya Raisya tersilap langkah.

"Raisya!!" serentak aku, Luna dan Elleina memanggil nama Raisya. Terkejut dengan perkara yang tak dijangka itu

" Ya Allah Raisya! " Rayyan yang baru balik daripada perjumpaan basketball terkejut apabila melihat Raisya yang sudah penuh dengan darah di tangga.

Aku sedikit rasa kecut kerana Rayyan memandang aku dengan tajam. Mungkin aku sangat hampir dengan tangga, Rayyan menganggap aku yang menolak Raisya manakala Elleina dan Luna sedikit terselindung dengan almari kaca.

" Raisya! " Zariel segera berlari mendapatkan Raisya yang tidak sedarkan diri. Adrean dan Daniel juga menghampiri Raisya untuk melihat keadaannya. Tanpa membuang masa Rayyan mengangkat kembarnya untuk membawa ke hospital.

" What are you doing, Aisya?! " tengking Zariel. Sakit hatinya melihat pujaan hatinya berlumuran darah baru sahaja pagi tadi mereka bergembira bersama.

" No! Kau salah faham " Aisya cuba jelaskan tapi " Kau tak payah bagi alasan dah terang-terang ni kerja kau kan! " sekali lagi Zariel menengking Aisya. Segala rasa aku cuba tahan. Ya Allah dugaan apa yang kau cuba berikan?

Elleina dan Luna takde lansung sebarang perkataan yang keluar dari mulut mereka untuk membantu Aisya. Dasar tak berhati perut.

" Riel, jangan main tuduh dulu. Benda boleh bincang " Adrean cuba meredakan ketegangan yang berlaku di situ. Kedengaran Zariel merengus dan dia berlalu keluar. Daniel yang dari tadi jadi pemerhati, mengikut jejak Zariel.

" Aisya? " tanpa menhiraukan panggilan Adrean, aku berlari keluar dengan kaki yang luka sambil memegang erat gambar yang diambil oleh Elleina tadi. Dalam keadaan macam ni aku rasa aku tak patut berada dekat sini. Better aku bawa diri buat seketika.

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now