5

10.1K 562 21
                                    

Tengah sedap menikmati makanan,

" BAH!" jerit Raisya dari belakang Aisya sambil pegang bahu Aisya. 

" Oh mak mami mami" first time dengar orang melatah macam ni kan? Punya terkejut sampai terpelanting sudu. 

" Raisya! Habis sudu dah jatuh" Aisya tarik muka masam bila sudunya sudah selamat mendarat kat atas lantai. Raisya tersengih lalu meminta maaf.

" Amboi bro baru second day sekolah dah ponteng eh" Zariel memandang Rayyan kecikbesar kecikbesar je. 'Sabar jela ada member perangai macam ni' monolog Zariel dalam hati. Rayyan hanya menayang muka tidak kesah

Adrean yang seakan-akan mulut dikunci hanya memandang Rayyan dengan pandangan yang sukar ditafsir.

" Dudukla makan, Rayyan belanja" dengan selambanya Aisya berkata. Tersedak Rayyan yang sedang minum air.

" Fuhh rezeki masukk" dengan pantasnya Daniel memanggil pelayan. Rayyan memandang Aisya tajam. Aisya membuat piece

' Budak ni memandai je, mahu bankrap aku kalau macam ni. Dah la si Daniel dengan Zariel tu boleh tahap pelahapnya, ish' rungut Rayyan dalam hati.

" Alang-alang dah kat luar, kita pergi beli barang dapur terus la" kata Raisya yang hampir habis makan. Semua mengangguk setuju dengan Raisya.

***********************

" Eii tak elok la makan makanan ringan!" Raisya sudah mula membebel seperti mak nenek kepada Zariel. Kini mereka berada di Tesco, namun mereka berpecah untuk memcari keperluan masing-masing.

" Suka hati la! Bukan you kesah pun kalau I sakit makan makanan ringan" sengaja Zariel cuba menduga reaksi Raisya namun hampa bila Raisya berkata

" Ha bagus pergi mampus cepat, hidup pun asyik buat dosa je!" Raisya membalas tanpa memandang muka Zariel yang sudah berubah riak sedikit kecewa. ' Kalau jodoh, tak kemana, Zariel ' bisik hati Zariel. Zariel tersenyum hampa.

Di bahagian lain pula,

" Kau pahal ikut aku?" perasan akan Daniel seperti mengekori, Rayyan terus tanya.

" Kau ingat aku ni fans kau ke? Nak ikut kau ke sana sini" perli Daniel pada Rayyan yang perasan

" Dah tu kau buat apa kat sini?" tanya Rayyan lagi.

" Aku nak ambik ni" kata Daniel sambil mendekati Rayyan. Rayyan terkejut kerana jarak antara mereka sangat dekat seperti hendak bercium.

" Kau pahal buat muka macam tu? Ingat aku kunyit ah tu!" kata Daniel bila Rayyan buat muka geli?

" Gila aku tak ingat kau kunyit?! Dekat nak mampus kau tahu? Aku ingat kau nak cium aku tadi!" balas Rayyan dengan suara sedikit tinggi. 

" Aku? Nak cium kau? HAHAHAHAHA" Daniel sudah ketawa terbahak-bahak. Rayyan memandang Daniel tajam ' Aku tumbuk, mampos jugak kau kejap lagi ' monolog Rayyan dalam hati

" Ad, kau okey tak? Dari tadi diam je" tegur Aisya. Sejak dari cafe lagi Adrean mendiamkan diri

" Okey" jawab Adrean sepatah. Tetiba Aisya berhenti, memandang pada satu benda.

" Dulu Am suka makan spaghetti " kata Aisya perlahan. 

" Aisya!" Adrean memanggil nama Aisya lalu Aisya mamandang Adrean. Nampak sedikit riak sedih yang terpancar di muka Aisya

" Sorry sebab aku tak jadi kawan yang baik untuk kau" kata Adrean lalu menundukkan muka memandang lantai.

" Kau kawan yang baik, Adrean. Please stop minta maaaf, aku tak suka" Aisya meluahkan sedikit rasa hatinya pada Adrean.

Semua kembali berkumpul di kaunter pembayaran

" Seriously Aisya? You dah macam Zariel dah" Raisya mengeleng kepala melihat dua kawannya yang suka makan makanan ringan. Sape lagi kalau bukan Aisya dan Zariel, habis penuh troli dengan makanan ringan Aisya and Zariel.

*************************

Baru bersemangat nak masak spaghetti untuk diorang, 

" Sorry Aisya, aku lupa nak bagitahu kau" ujar Adrean, jelas terpancar rasa bersalahnya.

" Sorry Aisya" kata Raisya pula sambil memeluk Aisya.

" Sokay" jawab Aisya sepatah.

" Korang balik pukul berapa?" tanya Aisya.

" Pukul 6 rasanya" jawab Zariel mewakili Raisya, Adrean, Rayyan dan Daniel.Aisya hanya mengangguk.

" Kalau Elleina ada buat apa-apa kat kau, cepat-cepat call aku tau" kata Adrean. Risau sangat pakcik ni tahu la aku nak buat apa dengan Elleina tu kalau dia kacau aku

" Bye!" mereka melambai-lambai kecuali Rayyan

Adrean, Rayyan, Zariel dan Daniel terlibat dalam perlawanan basketball manakala Raisya pula terlibat dengan cheerleader untuk memberi semangat pada pasukan basketball sekolah Mickey Highschool.

Haih harini aku sorang jela kat rumah banglo tu. Sampai sahaja di rumah banglo, aku terus masuk bilik untuk mandi dan solat zuhur. 

Apabila perut mula menyanyi minta diisi, aku terus mancapai tudung lalu turun ke bawah walaupun lelaki semua pergi perlawanan basketball, aku tetap memakai tudung takut tetiba mereka balik awal ke? Mana la kita tahu sebarang kemungkinan boleh berlaku bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan

" Woii" jerit seseorang. Korang pun tahu kan sape?

Aku hanya buat bodoh lalu sambung menonton tv.

" Kau pekak ke bodoh?!" marah dia. Wait dia tanya aku pekak or bodoh ke? Atau dia panggil aku bodoh? Kekadang confuse duh 

" Kau cakap dengan aku ke?" saja aku nak naik kan angin dia. Aku tengok dia pun dah mula berasap

" Kau ni kan!" Elleina mula geram dengan sikap Aisya. " Aku apa? " selamba Aisya membalas lalu bangun 

" Kau nak pergi mana?" jerit Elleina lalu mengekori Aisya.

" Kau nak ni memang suka rampas hak orang kan?!" jerit Elleina yang sahaja ingin menyakiti Aisya. Terus Aisya berhenti lalu memandang Elleina tajam ' Perempuan ni memang nak mampos agaknya ' monolg Aisya dalam hati.

Elleina tergelak sinis lalu mendekati Aisya yang berhampiran kolam.

" Aku tak suka kau rapat dengan Rayyan! Dia milik aku " Elleina memberi amaran pada Aisya. Heh perempuan ni memang suka guna cliche eh?

" Sejak bila kat dahi Rayyan tu ada cop MILIK ELLEINA?" bidas Aisya sambil tersenyum sinis. "Kau belum lagi kahwin dengan Rayyan tapi dah kata dia tu milik kau! Sedar la weh, kau tu hanya bertepuk SEBELAH TANGAN

Splash!

Selepas sahaja Aisya berkata begitu, Elleina yang tidak dapat mengawal kemarahannya menolak Aisya yang berdekatan dengan kolam. Elleina senyum PUAS, namun hanya seketika sahaja senyuman itu. 

Aisya tergapai-gapai dalam kolam. Elleina mula gelabah. Hanya dia dan Aisya sahaja di rumah banglo yang lain menyertai perlawanan tu. ' Aduh, apa yang aku dah buat ni?' kata hati Elleina

" To.. to.. longg" Aisya meminta pertolongan. Elleina menghulurkan tangan supaya Aisya dapat memengangnya lalu dia akan menarik Aisya

" Pegang tangan aku!" jerit Elleina dengan keadaan cemas.

' Gotcha! Masuk perangkap aku ' monolog Aisya 

Terus Aisya mencapai tangan Elleina lalu menarik Elleina masuk ke dalam kolam juga. 1-1 now kita seri

Splash!

" WTF! " Elleina mula mencarut. Aisya ketawa terbahak kerana dapat mengenakan Elleina.

" Sial la kau ni!" marah Elleina lalu menolak Aisya. Aisya yang bukan jenis duduk diam terus membalasnya dengan menolak Elleina juga

Maka bermula la pergaduhan mereka di dalam air pula -_- 

Sekian

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now