6

9.4K 530 11
                                    

" Go Mickey! Go! We can do it!" cheerleaders Mickey Highschool yang diketuai Raisya memberi semangat 

" Bro sini!" jerit Rayyan menandakan dia kosong tanpa sebarang penjaga. Adrean terus membaling bola kepada Rayyan lalu Rayyan menjaringkannya.  

Bunyi wisel kedengaran,

" Yeayyy! Mickey!" pasukan sorak mula melakukan gerakan kemenangan

" Kira nasib baik je tu!" kata seorang pelajar dari Blue Highschool. 

" Dah kalah tu kalah jela! " bidas Rayyan sambil memandang tajam pelajar itu.

" We will meet again" kata Mikhail dengan senyuman sinis. Pelajar yang berkata tadi merupakan Mikhail. Rayyan merengus

" Tak kuasa aku jumpa loser macam kau lagi" balas Rayyan lalu pergi meninggalkan Mikhail yang panas hati dengan perkataan loser yang disebut oleh Rayyan

" Dia cari gaduh lagi?" Zariel bertanya apabila melihat Rayyan menghampiri mereka 

" Selain gaduh, apa lagi kerja dia buat? " soalan dibalas soalan

" Kacau anak dara orang " Daniel menyampuk. Raisya yang terdengar perbualan diorang terus berkata " Macam korang tak pernah buat pulak benda tu " perli Raisya. Rayyan, Zariel, Daniel, masing-masing pernah menjadi playboy kecuali Adrean.

Mereka bertiga terus terdiam lalu cepat-cepat mengemas barang supaya boleh balik secepat yang mungkin

*********************

" Macam mana perlawanan tadi? " tanya Aisya setelah melihat Rayyan, Adrean, Zariel, Daniel, Raisya and Luna baru pulang. Buat pengetahuan semua, Luna juga terlibat dalam cheerleaders sebab tu harini tinggal aku dengan Elleina je yang ada kat rumah banglo. 

" Kitaorang menang " jawab Daniel dengan senyuman bangga. Eleh nak kembang ah tu

" Congrats!" Aisya mengucapkan tahniah pada mereka. 

" Korang menang? Congarts sayang! " Elleina yang baru turun terus melulu ke arah Rayyan dan memeluk lengan Rayyan. Rayyan buat muka meluat.

" Ish! Tepi la aku tengah panas ni. " Rayyan menepis kasar tangan Elleina lalu terus naik ke tingkat atas. Aku senyum sinis pada Elleina. Kesian. Elleina menjeling aku bila perasan aku senyum sinis kat dia

" Aku pun nak naik, mandi. Baju aku ni dah lencun dengan peluh " kata Zariel lalu naik ke tingkat atas diikuti dengan yang lain. Tinggal aku dan Elleina sahaja di ruang tamu itu. 

Aku yang tengah syok melayan drama korea, remote yang berada ditangan di rampas oleh Elleina dan  dia menukar siaran lain.

" Woii!" Aisya mula naik berang. Elleina buat muka tak bersalah.

" Pergi la tengok kat atas sibuk kacau aku pahal? " marah Aisya lalu membaling bantal yang berada di atas riba ke Elleina

" Auch!" adu Elleina. Bantal tadi tepat kena di muka Elleina. Elleina membalas semula dengan mencapai bantal di sebelahnya lalu membaling kepada Aisya.

Tadi gaduh dalam kolam, sekarang gaduh baling bantal pula. Betul ke umur 17 tahun ni? Perangai macam budak-budak

********************************

Selepas sahaja solat subuh, aku terus sambung tidur yang tergendala sampai tak perasan jam telah menunjukkan pukul 11. Anak dara apa la Aisya ni? Ish ish ish

" Wahh, bagusnya anak dara yang sorang ni. " Adrean yang sedang menonton tv perasan Aisya baru turun ke bawah segera memerlinya. Aku menjeling dia faham akan maksud ayat Adrean.

" Mana yang lain?" tanya Aisya, hairan apabila meliht Adrean sahaja pada waktu itu.

" Balik rumah parents diorang " jawab Adrean dengan mata yang tidak lansung dialihkan dari tv

" Kat dapur tu ada bihun goreng, makan la" kata Adrean lagi.

" Sape buat?" tanya Aisya sambil bergerak ke dapur untuk mengambil bihun goreng.

" Aku la" kata Adrean sambil tunjuk muka bangga tapi tidak dilihat oleh Aisya sebab Aisya sudah berada di dapur.

" Ya Allah bosannya!" ucap Aisya yang sedang baring di sopan. " Weh takde plan apa-apa ke? Bosan la duduk rumah je" kata Aisya lagi

" Lepak Mid Valley nak?" Adrean memberi cadangan. "Okey! Bagi aku siap kejap" terus Aisya berlari menaiki tangga ke tingkat atas. Adrean masih tidak berganjak

" Kau asal tak siap lagi?" tanya Aisya bila lihat Adrean masih menonton tv.

" Kau dah siap ke?" Adrean tidak menjawab soalan Aisya tapi dibalas dengan soalan. 

" Kau tengok aku pakai apa sekarang? " suara Aisya sedikit marah. Dengan selambanya Adrean pergi naik ke tingkat atas. Ya allah sabar jela dengan dia ni

" Dah jum" ajak Adrean.

" Bapak cepat kau siap" kata Aisya. Tak sampai lima minit duh dia tukar baju.

" Yela aku lelaki bukannya perempuan" kata Adrean seakan-akan memerli.

" Kau perli aku ke?" Aisya sudah memandang Adrean dengan tajam.

" Kau rasa? Cuba tengok sekarang pukul berapa " Adrean ni tengah cuba buat apa sebenarnya?

" Pukul 1" walaupun sedikit blur dengan kata Adrean, Aisya masih menjawab.

" Kau tahu tak time kau cakap kat aku nak siap tu, pukul 12" Adrean mula menunjukkan muka bosan. Bosan sebab Aisya still tak dapat tangkap apa yang Adrean cuba sampaikan.

" Alaa sejam je. Bukan lama pun" Aisya menafikan kesalahan dia yang lama bersiap sampai biar Adrean menunggu lama. Wait kesalahan ke siap lama?

Adrean terus menuju ke kereta BMW nya.

[STARBUCKS]

Lepas bershopping sedikit di Mid Valley, aku terasa penat dan haus, terus mengajak Adrean untuk ke starbucks.

" Dua orang je ke? " tegur seseorang. Aku berpaling " Takla tiga" aku menjeling Daniel. Soalan bodoh juga dia nak tanya. Harap-harap anak dia tak ikut perangai dia nanti

" Bukan pergi rumah parents kau ke?" tanya Adrean pada Daniel yang tetiba muncul di Mid Valley ni.

" Hmm, time aku balik la mama aku busy dengan butik dia. Papa aku pulak sibuk dengan club golf " ujar Daniel, terpancar riak kecewa di muka Daniel. Susah juga jadi anak orang kaya, kurang kasih sayang.

" Zariel tak join kau jugak ke sesat dlm Mid Valley ni?" tanya Aisya. Yela, Daniel ngan Zariel selalu berkepit. Kat mana ada Zariel di situ ada Daniel

" Aku message dia tapi tak reply" Daniel buat muka sedih. Aku dan Adrean mampu mengOkan je

" Dia kena tazkirah ngan mummy dia latu" kata Adrean sambil gelak kecil

" Haahla" Daniel pun tergelak.

" Mesti 5 jam tazkirah mummy dia" tambah Aisya. 

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now