syu tersedar dan melihat ke arah jam tangan miliknya. pukul 2.00 petang.
syu ke bilik air dan menunaikan solat zuhur kemudian dia turun ke bawah untuk makan.
syu terus berlalu ke ruang makan. pinggang dicapai dan mencedok nasi. lauk sardin kicap juga diambil. selesai membaca doa syu makan tanpa sebarang bunyi.
tengku al-iman dan tengku syamiera keluar beli barang dapur. syazmis dan syahmie? entah tak nak ambil tahu. masih sakit hati dengan mereka berdua.
selesai makan syu ke singki untuk membasuh tangan dan pinggan.
syu berlalu ke ruang tamu dan menonton television.
" syu " panggil syahmie dan syazmie serentak. suaranya lembut dan sayu sahaja.
syu hanya memandang kosong ke arah syazmie dan syahmie lalu kembali menonton television. sepatah pun dia tidak menjawab.
" mampus. weyh macam ni weyh? syu tu dah lah susah nak merajuk. sekali merajuk berminggu weyh " tanya syahmie kepada syazmie.
" kita try lah " syazmie juga buntu apa yang mahu dilakukan untuk memujuk syu.
syazmie dan syahmie berjalan ke sofa yang diduduki oleh syu. syazmie duduk di sebelah kiri syu manakala syahmie duduk di sebelah kiri syu. sekarang mereka hanya ada satu misi iaitu memujuk syu.
bosan tau kalau syu merajuk lama lama. sebab tu mereka tak mahu syu merajuk. hidup mereka akan terasa sunyi tanpa syu. hesyh.
duduk sahaja syazmie dan syahmie si sebelah syu. syu bangun dan berlalu ke bilik.
" huwarghh susahnya " rungut syahmie macam nak nangis.
" lama lama okay lah tu. kita pujuk slow slow. " pujuk syazmie dan menepuk bahu syahmie.
syu masuk ke bilik dan merebahkan badan di atas katil. dan akhirnya dia terlelap kembali. penat.
syu bangun dan melihat jam. "sekarang pukul 5.00 petang dan sekarang aku bosan" ngomel syu sambil menggosok matanya.
syu berlalu ke bilik air dan mengambil wuduk. syu pun menunaikan solat asar.
" keluar pergi taman lah. sambil sambil tu joging sekali. " syu segera memakai jaket dam tudung bawal crepw berwarna putih disarungkan. setelah siap syu melangkah ke bawah.
syu mencapai kasut sukannya berwarna blue black dan menyarungkannya.
tengku al-iman dan tengku syamiera masih belum pulang.
syu hanya berjalan kaki menuju ke taman di perumahannya. earphone diambil dan dipasang di telinga. syu membuka lagu kpop kegemarannya. setelah memilih lagu syu menyimpan semula mp3 nya die dalam kocek. dan syu berlari anak sekeliling taman.
" weyh long kau nampak syu ? " tanya syahmie kepada syazmie kerana tidak melihat kelibat syu.
" dia ada lah dalam bilik. tengah tidur " jawab syazmie selamba.
" kau biar betullah long. mana ada la. tadi angah dah tengok tak ada orang pun. "
" dalam bilik air maybe ? "
" angah dah check tak ada. faham tak ada? " geram pulak syahmie dibuatnya.
" err emm kolam ? "
" tak ada "
" mana pulak pergi si syu tu? dah petang ni "
" manalah aku tahu. kalau aku tahu aku tak tanya kaulah along "
syazmie hanya diam. dia cuba fikir ke mana agaknya syu akan pergi.
syazmie melangkah keluar dari rumah.
" kau nak pergi mana along ? "
" taman "
" ek nak buat apa? tak pernah pernah kau ni. "
" cari syu la. "
" hah nak ikut. " syahmie segera mengikuti langkah syazmie.
ketika syu berjoging ada seseorang memegang lengan nya kuat.
" lepaslah! sakit! " syu cuba melepaskan pegangan tersebut namun gagal. genggaman makin dieratkan oleh lelaki di depannya.
" woi lepaslah sakit! " rayu syu lagi. nak menangis rasanya. " abang syaz! abang syah ! tolong ! " jerit syu di dalam hati. menyesal pula keluar tak bagitahu.
lelaki tersebut menarik tubuh syu dan memeluk tubuh syu.
" woi lepas lahhh! tolong! " jerit syu sambil menangis.
" shhh. diam "
" lepas lah gila! " jerit syu lagi.
" kau.. "
Bukk
lelaki yang memeluknya tadi terjatuh tersungkur. syu melihat siapa yang menumbuk lelaki tersebut.
syu berlari mendapatkan abangnya. dia memeluk erat tubuh syazmie. syu terlalu takut. syazmie cuba menenangkan syu.
kerana terlalu takut dan banyak menangis akhirnya syu pengsan di dalam dakapan syazmie.
" woii angah syu pengsan " panggil syazmie apabila mendapati syu diam.
syahmie segera mengambil syu dari pelukan syazmie. tubuh syu didokong hingga ke rumah
YOU ARE READING
hanya dia seorang ( complete ) ✔
Romanceadakah kebahagian akan dimiliki oleh tengku imani syuhaila dan tengku firdaus syakri?