bab 37

2.5K 93 0
                                        

" iman okay? " tanya daus

" iman okay. abang okay tak? "

" abang okay "

syu terpandang lelaki tersebut berdiri betul betul dibelakang daus sambil memegang parang. tanpa berfikir panjang syu menolak tubuh daus sekuatnya sehingga daus ketepi dan parang tersebut telah tersusuk pada perutnya  tanpa sempat dia mengelak

syu memegang perutnya yang terasa sakit yang teramat. terasa ada benda yang mengalir. syu rebah.

" iman!!! " jerit daus sebelum menghampiri syu yang terkulai layu. parang dicabut.

" uhuk uhuk. ab.. abang syak.. syakri.. ma.. maaf.. se.. bab.. menyu.. sahkan.. abang.. " syu menarik nafas

" ca.. cakap kat.. li.. liya.. iman.. sa.. yang kat dia sa.. sangat.. te.. rima.. ka.. sih.. " ucap syu sebelum memejam kan mata.

" iman! " daus menjerit sekuat hati.

" daus! iman! daus ! iman ! " rayyan, irfan, liya, abang saiful, abang fadli dan beberapa orang guru memanggil nama syu dan daus berulang kali.

" tolong! siapa siapa tolong! aku kat sini! jerit daus. air mata yang mengalir diabaikan

" ya allah daus ! iman ! " jerit cikgu asyikin lalu menghampiri mereka berdua.

" cikgu tolong cikgu "

" fadli tolong angkat anak murid saya ke kereta saya sekarang juga. saiful awak jagakan daus tuh " arah cikgu asyikin sebelum berlari ke arah kereta bersama abang fadli dan syu.

" daus kau okay tak? " tanya irfan risau. daus diam tak berkutik. liya hanya mampu menangis.

" li.. liya " panggil daus lembut.

" iman cakap tadi dia sayang liya sangat " ujar daus. semakin kuat esakan liya.

" abang daus jahat. abang daus tak jaga iman elok elok. abang daus kejam. liya benci abang daus ! " marah liya

" liya! bawak berucap. nih bukan salah abang daus. " marah rayyan sambil menenangkan liya

" liya sayang iman abang. kenapa? kenapa semua ni jadi kat dia abang? " tanya liya

" takdir dia liya. liya kena terima. dah jom kita balik. "

" daus jom " irfan merangkul erat leher sabahatnya itu. daus hanya mengikut

" memang betul kata liya. aku tak pandai jaga iman. aku teruk " ujar daus tiba tiba sambil menangis.

" ni bukan salah kau bro. kau kena kuat bro. kau tak boleh salahka diri kau. " nasihat irfan

" aku nak balik bro. aku nak pergi hospital. aku tak kira! " daus terus berjumpa dengan abang saiful.

mereka bergerak ke hospital pada malam itu.

cikgu asyikin mendail number tengku al-iman. sekarang dah pukul 3 pagi.

" hello assalamualaikum "

" waalaikumsalam. ye ada apa cikgu call saya pagi pagi ni? "

" saya minta maaf atas kecuaian saya. saya harap encik bersabar dan datang ke hospital sekarang. "

" kenapa? ada apa dengan anak saya? "

" lebih baik encik datang segera. di sini saya akan ceritakan segalanya galanya. "

" baik lah assalamualaikum "

tengku al-iman mengejutkan tengku syamiera.

" sayang cepat siap siap kita pergi hospital sekarang juga "

" hah? kan baru pukul 3 pagi ? "

" kalau awak nak tahu tentang keadaan anak awak baik awak siap tanpa banyak soal " perlahan namun cukup tegas.

debaran jantung tengku syamiera tak tentu arah. segera dia menukar pakaian. tengku al- iman seterusnya mengejutkan syazmie dan syahmie.

tengku al- iman membawa dengan tenang ke hospital.

setelah tiba mereka terus mencari kelibat cikgu asyikin. di situ juga ada daus.

" cikgu kenapa denga anak saya? " tanya tengku syamiera.

" daus kamu cerita semuanya ya? " tanya cikgu asyikin. daus mengangguk lalu menceritakan dari A sampai Z.

tengku syamiera menangis didalam pelukan tengku al-iman manakala syazmie dan syahmie kehulur kehilir.

sedang mereka layan perasaan masing masing doktor keluar dari wad kecemasan.

" doktor macam mana keadaan adik saya doktor? " tanya syazmie

" adik kamu kekurangan banyak darah. dia dalam keadaan kritikal dan tak sedarkan diri sekarang. saya harap semua bersabar. saya tahu adik kamu kuat. doa yang baik baik. " setelah berbicara doktor tersebut beredar.

" ya allah anak aku " tengku syamiera kembali terduduk. tengku al- iman memeluk erat tubuh isterinya. siapa yang tak sedih bila dapat tahu anak sendiri dalam keadaan nyawa nyawa ikan.

" mama jangan lah sedih macam nih ma. mama kena kuat demi adik mama. mama tak boleh nangis macam ni. adik kan tak suka tengok kita sedih. nanti mesti dia marah. kita kena kuat untuk adik mama" pujuk syahmie

" betul tu mama. syu perlukan kita. kita pun perlukan syu " sambung syazmie.

" daus cikgu rasa baik kamu balik dulu. " cadang cikgu asyikin. daus mengangguk dan berlalu pergi.

" sekejab " syazmie menghalang daus dari pergi.

" terima kasih sebab tolong adik aku "

" tak saya yang patut minta maaf sebab tak dapat lindungi adik abang. saya minta maaf "

" mungkin memang takdir dia. kau nak balik kan? jom abang hantar "

" tak apalah abang saya boleh balik sendiri. "

" tak apala dah jom "

mereka berdua pergi ke kereta milik syazmie

semasa dalam perjalanan suasana amatlah akward

" kalau kau nak tahu adik aku tu baik sangat. dia selalu cuba happykan orang lain berbanding diri dia sendiri. walaupun dia manja dan kuat merajuk tapi aku tahu dia buat semua tu sebab dengan cara tu pun dah cukup buat dia bahgia. kadang kadang tu memang rasa dia tu menyusahkan. tapi tanpa dia kita alone. kalau kau ada adik kau jaga adik kau baik baik. sebab dialah penyeri hidup kau sebenarnya. " ujar syazmie panjang lebar. daus hanya diam mendengar cerita tentang syu.

" terima kasih abang hantar saya balik. " ucap daus setelah sampai dihadapan rumahnya. 

" tak ada masalah " syazmie kembali memandu ke hospital.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang