bab 20

3.4K 107 0
                                        

setelah 3 hari 2 malam syu dan keluarganya bercuti di mersing, mereka pun bergerak pulang ke rumah. mereka singgah ke pantai untuk mengambil gambar sebagai kenangan. mereka gerak pada pukul 5 petang.

sebelum pulang mereka sempat singgah di kedai cenderahati. syu membeli gelang dan keychain untuk dirinya dan kawan kawanya iaitu qira, qila da syaf.

mereka tiba di rumah 11.45 malam.

syu melangkah masuk dan baring di sofa. tak larat rasanya nak pergi ke bilik dan akhirnya dia tertidur di sofa.

syazmie dan syahmie melangkah masuk. terkejut mereka melihat syu tertidur di sofa. ingatkan hantu manalah tadi. dengan rambut serabai.

" syah kau nak angkat barang ni ke angkat syu? " tanya syazmie.

" tak apa lah biar aku angkat syu " syahmie pun mengangkat syu perlahan lahan. syahmie melangkah masuk ke bilik syu dan membaringkan syu perlahan lahan supaya tidak menganggu lena adiknya.

sebelum melangkah keluar sempat syahmie mencium dahi syu.

" tidur lena adik abang " ucap syahmie dan berlalu pergi.

tepat pukul 8 pagi syu tersedar. nasib dapat bendera merah. kalau tak terlepas solat subuh gamaknya.

syu menyikat dan mengikat rambutnya lalu turun ke bawah. syu sempat menyinggah ke bilik syahmie.

sebenarnya syu tersedar apabila sedar dirinya didukung seseorang. tiba tiba dia merasa dahinya dicium dan terdengar suara syahmie.

syu melangkah masuk ke bilik syahmie perlahan lahan. terlihat abangnya masih lena dibuai mimpi.

syu mendekati syahmie dan mencium dahi syahmie.

" thanks abang " syu berlalu keluar dan turun ke bawah.

tak ada sapa sapa. syu duduk di ruang makan dan menongkatkan dagu.

syu melihat jam. pukul 8.15 awal lagi.

" buat sarapan lah " syu pun melangkah ke peti ais dan mengeluarkan bahan bahan untuk di masak.

" hm masak apa ni? " soal syu pada diri sendiri. mata syu ternampak mee kuning.

" mee goreng je lah " syu pun memulakan memasak.

" siap " syu mengelap peluh yang mengalir di dahinya. syu menghidang mee goreng di atas meja makan.

syu menutup mee goreng menggunakan tudung saji dan berlalu ke bilik untuk membersihkan diri.

sebaik sahaja syu turun ahli keluarganya yang lain sedang menjamu selera mee goreng yant di masaknya tadi.

" morning semua " sapa syu dan duduk di kerusi.

" morning. syu, syu ke yang masak? " tanya tengku al-iman kepada syu.

" yup " syu mengangguk kepalanya.

" sedap pandai syu masak " puji tengku syamiera pula.

" hehe biasa je " syu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" betul tu syu sedap sangat. dah boleh jadi isteri orang dah ni " usik syazmie

" abang ni kan " syu menjeling syazmie dan mengambil pinggan lalu dicedok sedikit mee goreng yang di masaknya.

" mama, mama nak tahu tak? " tanya syahmie kepada tengku syamiera.

" apa dia? " soal tengku syamiera semula.

" syu dah ada boyfriend. nama dia apa eh. err. along apa nama budak tu? " tanya syahmie kepada syazmie.

" tengku firdaus syakri "

tersedak syu di buatnya. syu segera mencapai air dan minum.

" abang ni memandai je. mana ada dia tu boyfriend adik. kawan je okay. hesyh. dah lah malas nak kawan abang " syu berlalu pergi ke singki dan naik ke bilik.

" ayok syaz, syah. adik kesayangan kamu dah merajuk. mama tak tahu "

" dah sudah. matilah. syu ni orang gurau lah " rengek syahmie.

" nanti pujuk lagi ye? " syazmie dan syahmie pun berlalu ke singki dan ke bilik syu.

syahmie mengetuk pintu bilik syu.

" siapa? masuk je lah pintu tak kunci " laung syu dari dalam. syahmie pun membuka pintu bilik syu.

syu menjeling syahmie dan syazmie tajam.

" nak apa? " soal syu bengan. tak habis habis nak nyakat dia dengan daus. hish dah lah tak kenal mana pun. tembak kan.

" alah syu, kitaorang gurau je. jangan lah marah marah. jom abang bawak jalan jalan nak? " tawar syazmie.

" taknak "

" hah apa kata kita tiga orang balik kampung rumah nenek nak tak? " tanya syahmie.

syu memandang ke muka syahmie. serius ke balik kampung. huhu rindu kampung.

" serius? " tanya syu.

" serius la" jawab syahmie penuh yakin.

" tapikan jauh. tak apalah kesian abang nanti penat. "

" tak apa. esok kita gerak okay? " syu mengangguk laju dan memeluk tubuh syahmie.

" thanks abang syah." syu mencium pipi syahmie.

" abang syahmie je " rajuk syazmie.

syu mencium pipi syazmie.

" dah dah keluar. syu nak packing barang tapi kita nak ke sana berapa hari? " tanya syu.

" 2 minggu okay? "

" okay. yeay tak sabar nak jumpa tok dengan tok ma. dah dah abang syaz dan abang syah keluar " halau syu dan menolak tubuh abang abangnya keluar.

syu menutup pintu dan merebahkan badan di atas katil. tak sabar nya. nak packing barang awal lagi. kemas malam ni je.

ingatan syu teringat pada sawah padi yang menghijau. tenang pandangan. kampung belah tengku al-iman di kedah manakala kampung belah tengku syamiera di perak.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang