bab 17

3K 108 0
                                    

hari yang dinanti nantikan pun tiba.

pagi pagi lagi syu sudah bersiap. tak sabarlah katakan.

syu hanya membawa 3 seluar tracksuit, 3 baju t-shirt lengan panjang, 2 baju tidur, 2 baju pantai, 3 tudung sarung dan 4 tudung bawal crepe barang barang keperluan lain juga dibawa.

7.45 pagi syu membersihkan diri. pada pagi itu syu hanya memakai dress berwarna pink dan shawl berwarna hitam. simple.

setelah siap syu pun kebawah. mereka akan bergerak pada pukul 8.30 dan sekarang baru pukul 8.15

" hah turun pun kamu. barang barang dah siap kemas? " tanya tengku syamiera apabila syu sudah duduk di meja makan.

" ouh dah nanti syu turunkan "

" tak payah tu nampak abang syah dah turunkan " tunjuk mama kepada syahmie yang sedang membawa beg syu ke kereta.

setelah itu syahmie pun duduk di meja makan.

" thanks abang syah "

" okay " syahmie mancapai pinggang dan mencedok nasi goreng masakan tengku syamiera.

tepat 8.30 mereka pun bergerak ke mersing. tepat pukul 1.45 mereka singgah di gerai makan dan mereka kembali bergerak ke homestay.

akhirnya pukul 2 petang mereka pun tiba di homestay.

" wah besarnya homestay ni abang syaz. pandai abang syaz pilih " ngomel syu sambil melihat sekeliling.

" tengok oranglah " bangga syazmie.

" er nyesal puji. "

" dah jom solat jemaah " ajak tengku al-iman.

mereka pun solat berjemaah di ruang tamu.

di dalam homestay itu terdapat 2 tingkat. bawah ada satu bilik, dapur dan ruang tamu. dia atas ada 2 bilik.

tengku al-iman dan tengku syamiera duduk di bilik bawah manakala syazmie dan syahmie berkongsi bilik di tingkat 2. syu pula mengambil bilik di sebelah bilik syazmie dan syahmie.

syu melihat pantai yang berwarna biru itu. indah ciptaan allah.

syu merebahkan badan di atas katil. penat sebab duduk di dalam kereta.

pukul 5 petang dia pun tersedar. syu menunaikan solat asar.

setelah itu di turun dan melihat keluarganya sedang menonton television.

" abang syaz, abang syah teman syu pergi tepi pantai jom " ajak syu.

" alah esoklah syu. abang syaz penat "
" abang syah pun penat "

syazmie dan syahmie penat sebab mereka bergilir gilir memandu kereta tadi.

syu mengeluh dan keluar.

syu jalan bersendiri di tepi pantai. air pantai tu sejuk sangat. syu duduk di pasir dan memandang ke arah pantai.

syu bosan dan dia menyanyi kecil.

" hai " sapa seseorang. syu menoleh ke belakang.

" macam kenal " ngomel syu dalam hati.

" sorang je? " tanya daus lagi.

" taklah 3 orang. campur malaikat kanan kiri ni hah " loya buruk pula si syu ni.

" haha loya buruk ye? saya duduk boleh? "

" duduk je lah. lagipun bukan ada nama sapa sapa pun kat pasir ni. "

daus mengangguk dan duduk di sebelah syu. tapi masih mempunya jarak.

" er awak siapa eh? saya macam pernah nampak awak tapi kat mana? " tanya syu.

" saya yang tolong awak masa awak jatuh masatu. "

" ouh yang tuh. hah nah " syu menghulurkan sarung tangan milik daus yang di ikat di lukanya masatu. syu sentiasa bawak sarung tangan tu ke mana mana sahaja. yelah mana tahu terserempak lagi.

tapi tak sangka pula terserempak kat negeri orang.

" eh tak pe awak ambil je. anggap tu macam hadiah la "

" er tak apa ke? "

" tak apa ambil je. by the way saya rasa dah banyak kali kita terserempakkan? boleh saya tahu nama awak? "

" tengku imani syuhaila binti tengku al-iman irsyad. awak pulak? "

" huish panjang nama. nama saya tengku firdaus syakri bin tengku faez. "

" nice name " puji syu.

" you too "

" awak buat apa kat sini? "

" bercuti dengan keluarga. awak pula? " tanya daus lagi.

" sama bercuti juga. ouh okaylah dah petang ni nanti family saya risau pula. saya minta diri dulu. lain kali ada jodoh jumpa lagi. " syu pun berlalu ke homestay.

daus cuba nak menghalang syu. dia nak minta number handphone syu tapi mulut rasa macam berat pula. jadi dia hanya memandang belakang syu sehingga bayang syu hilang.

" hesyh hati kenapa kau selalu berdebar bila bertemu dengan si dia? " soal daus sendiri.

" takkan aku suka kat dia pula? tengku imani syuhaila? sedap nama tu. tuan badannya pun lawa " puji daus tanpa sedar.

daus beristigfar. dan daus menuju ke homestay keluarganya.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Where stories live. Discover now