" assalamualaikum mama oh mama " laung syu sambil melangkah masuk kedalam rumah banglo milik papanya iaitu tengku al-iman irsyad
" waalaikumsalam ya allah syu cuba bagi salam elok elok ni kalau ada mak mertua terus kena reject dari jadi menantu " bebel tengku syamiera kepada anak daranya yang seorang ini. mana tidaknya masuk masuk menjerit macam kena kejar hantu pun ada. alah anak anak.
" biarlah kena reject senang terus tak payah kahwin " jawab syu selamba sambil tersengih dan menyalam tangan tengku syamiera.
" banyaklah kamu " tengku syamiera membulatkan mata dan mencubit lengan syu lembut.
" aduh duh mama sakit maa " rengek syu.
" hesyh kamu ni manja betul. baru cubit sikit dah nak nangis " mama mencuit hidung syu dan menggeleng.
" hehe biasalah syu kan sorang anak perempuan mama dan papa? " jawab syu sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
" kamu ni macam macam. dah pergi naik atas mandi lepastu turun makan. busuk tau. " jawab mama dan berlalu pergi ke dapur.
syu melangkah menaiki anak tangga dan menguak pintu biliknya. dia membaling beg ke sofa dan mencampakkan tudung di dalam bakul pakaian kotor. syu merebahkan badan di atas katil king miliknya. tak lama syu pun lena dibuai mimpi.
" sayang bangun. jom turun makan " tengku syamiera memanggil syu sambil mengetuk pintu bilik anaknya namun tiada sebarang sahutan. tengku syamiera melangkah masuk dan menggeleng melihat perangai anaknya itu.
" syu sayang bangun. pergi mandi lepastu turun makan "
" okay mama " jawab syu ringkas dan berlalu ke bilik air.
setelah syu selesai membersihkan diri. syu hanya memakai seluar slack hitam dan baju lengan pendek warna hijau. dan dia menunaikan solat zuhur.
setelah selesai menunaikan solat zuhur, syu turun ke dapur kerana perutnya minta di isi.
" hai abang syaz " sapa syu mesra kepada abang sulungnya iaitu tengku iman syazmie.
" assalamualaikum syu " perli syazmie.
" waalaikumsalam " jawab syu dan tersenyum lalu duduk di sebelah syazmie.
" mama papa mana? " tanya syu kepada syazmie.
" keluar jumpa kawan lama " jawab syazmie dan sambung mengunyah.
syu mengangguk dan sambung mengunyah.
" eh abang syaz, abang syah mana? " tanya syu lagi.
" keluar dengan member katanya lepastu nanti datang lepak sini belajar ramai ramai " jawab syazmie panjang lebar dan bangun untuk ke singki.
" okaylah abang pergi dulu bye syu. take care tau " pamit syazmie.
syu hanya mengangguk dan melambaikan tangan. setelah bayang abangnya hilang syu bangun lalu berjalan ke singki.
Syu naik semula ke biliknya dan merebahkan badan di atas katil. penatnya masih bersisa.
syu mencapai iphone 6+ nya di sebelah katil. dia men-on kan iphone nya dan membuka aplikasi wassap. banyak mesej daripada orang yang syu tidak kenal terutamanya lelaki.
tidak dinafi syu memiliki rupa yang cantik dan comel. ramai lelaki yang minat dengan syu namun diendahkan. setiap hari syu akan menerima surat daripada peminatnya dan kadang kadang juga ada yang meletakkan bunga dan coklat di atas meja.
setelah selesai membuang semua chat yang daripada kenalan yang tidak syu kenali, syu ingin ke ruang tamu untuk menonton television namun niatnya terbatal kerana kawan kawan syahmie semua berada di ruang tamu untuk belajar.
syu melangkah ke kolam renang belakang rumahnya untuk mengambil angin. syu merendamkan kakinya di dalam kolam. sejuk.
" hai, boleh saya duduk? " sapa seseorang di belakang syu.
syu melihat ke belakang dan orang di belakangnya itu ialah kawan syahmie iaitu tengku haziem.
" hai duduklah " syu tersenyum dan melihat ke arah kolam semula.
haziem duduk disebelah syu.
" syu buat apa kat sini sorang sorang? " tanya haziem sambil melihat ke arah muka putih syu.
" saja duduk duduk ambil angin dan tenangkan fikiran " jawab syu sambil memandang langit
" syu ni asyik tengok kolam dengan langit je " rajuk haziem dengan mancungnya
" habis syu nak tengok apa kalau bukan tengok langit dan kolam? " tanya syu pula.
" tengoklah muka abang ziem " jawab haziem sambil tersenyum menampakkan gigi putihnya
" taknak nanti tergoda pulak " jawab syu selamba. malas mahu melayan karenah haziem.
" baguslah tergoda senang nak jadikan isteri "
" ehh gatal "
" dengan syu je " jawab haziem sambil tersenyum lebar
" malas nak layan " syu terus berlalu pergi meninggalkan haziem
ANDA SEDANG MEMBACA
hanya dia seorang ( complete ) ✔
Storie d'Amoreadakah kebahagian akan dimiliki oleh tengku imani syuhaila dan tengku firdaus syakri?
