bab 19

3K 107 0
                                    

" awak saya sayang sangat kat awak. " ucap syu kepada daus di tepi pantai dan mencium pipi daus.

" saya lagi sayang awak. awak janji jangan tinggalkan saya ye? " daus juga mencium pipi syu dan dahinya.

" hanya kematian memisahkan kita. " jawab syu tenang dan memeluk erat tangan tegap daus.

" awak, saya nak mandi pantailah. jom " ajak syu.

" jom "

mereka pun bermain main di pantai. tiba tiba syu lemas. kakinya bagaikan terjerlus ke dalam pasir. nafasnya semakin sesak.

" allah " syu tersedar dari mimpinya. peluh di dahi di lap menggunakan bajunya. dia segara ke bilik air mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat.

syu kembali merebahkan badan di atas katil dan terlelap semula.

" syu bangun " kejut tengku syamiera sambil menepuk nepuk pipi syu lembut.

" okay "

tengku syamiera keluar dari bilik syu.

syu hanya membasuh muka dan menggosok gigi. setelah itu dia mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh. nak mandi tapi sejuk.

syu turun ke bawah setelah siap bersolat. kelihatan mama sibuk di dapur. syu baring di sofa dan tanpa disedari dia terlelap.

" syu bangun jom mandi pantai jom " ajak syazmie sambil mengejut ngejut syu.

" hah? serius okay jap " syu berlari sepantas kilat ke biliknya dan menukar pakaian.

syu memakai seluar tracksuit dan baju lengan panjang. tudung sarung juga di sarung.

syazmie, syamie dan syu berjalan ke pantai. tengku al-iman dan tengku syamiera akan pergi sebentar lagi

syu perlahan lahan merendamkan badannya. segar nya rasa. sejuk airnya. syu merendam kepala.

setelah 2 minit merendam kepala syu mengangkat semula mukanya dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat muka daus betul betul ada di depan matanya.

" mama! " jerit syu dan terbaring di dalam air. habis masuk air kedalam hidung. segera syu bangun semula dan menarik nafas.

" awak okay? " tanya daus cemas.

" saya okay. macam mana awak boleh ada kat sini? memang nak suruh saya mati cepat ke? " bebel syu.

" saya pun nak mandi dalam pantai ni. lepastu saya berenang. tiba sampai tempat awak saya bangun dan  ternampak ada orang rendamkan kepala. tak sangka tu awak. sorry " jawab daus lebar dan jujur.

" yelah yelah. " syu berjalan ke arah syazmie dan syahmie.

" kenapa sejak menjak ni aku asyik terserempak dengan dia je? " tanya syu sendiri.

" kenapa dia selalu muncul depan mata aku? " soal daus pada diri sendiri.

" takkan aku suka dia. " sambung daus. setelah melihat syu sudah bersama syazmie dan syahmie. daus kembali ke arah keluarganya.

" kenapa abang syaz dengan abang syah tinggal syu? tak sayang syu heh? " tanya syu bengan kepada syazmie dan syahmie.

" eh sayanglah siapa tak sayang. cuma malas nak kacau orang tu dengan dating kan? " usik syahmie sambil menyiku tangan syazmie.

syazmie mengangguk mengiyakan kata kata syahmie.

" abang syaz dengan abang syah ni. kitaorang bukan datinglah tapi terserempak. faham?" terang syu supaya syazmie dan syahmie tidak salah faham.

" syu tahu nama dia? " soal syazmie pula.

" tahu. tengku firdaus syakri bin tengku faez. kenapa? " soal syu pula selepas dijawab soalan syazmie tadi.

" hah ambil kau nama penuh sekali dia bagi. " sakat syahmie lagi.

syazmie dan syahmie ketawa kuat. memerah pipi syu apabila diusik begitu.

syu memercikkan air kepada muka syazmie dan syahmie laju.

" syu stop " arah syazmie.

syu terus menerus memercikkan air kepada syazmie dan syahmie tanpa menghiraukan arahan syazmie tadi.

syazmie dan syahmie juga membalas tindakan syu tapi syu lebih bijak. syu menyelam dan menarik seluar syazmie dan syahmie di dalam air.

syu bangun dan berlari.

" syu! " jerit syazmie dan syahmie serentak. syu ketawa terkekek kekek sambil terus melarikan diri.

syazmie dan syahmie mengejar syu. makin pantas larian syu apabila melihat syazmie dan syahmie mengejarnya sehinggalah dia terlanggar seseorang dan terjatuh terduduk. begitu juga orang yang dilanggarnya tadi.

" aduhh " rengek syu. syazmie dan syahmie melajukan lagi tarian mereka apabila melihat syu terjatuh.

" sorry "

" it okay " balas daus dan berdiri.

" syu! " panggil syazmie dan syahmie lagi.

" abang daus! " jerit fasya memanggil abangnya. dan berlari mendapatkan daus .

syu masih lagi duduk di atas pasir.

" syu okay tak? " tanya syazmie apabila tiba di sebelah syu.

" okay " syu bangun berdiri.

syazmie dan syahmie memandang daus. mereka berjabat tangan.

" tengku iman syazmie. abang dia " syazmie memperkenalkan diri dan menunjukkan ke arah syu.

" tengku iman syahmie. abang dia juga " syahmie pula memperkenalkan diri.

" tengku firdaus syakri " jawab daus memperkenalkan diri.

tiba tiba fasya datang dan berdiri di sebelah daus.

" abang okay ? " tanya fasya pada abangnya.

" okay. sya salam tu " tunjuk daus ke arah syu.

fasya berjalan menghampiri syu dan menyalam tangannya.

" tengku fasya syazra. adik abang daus " fasya memperkenalkan diri dan tersenyum manis.

" tengku imani syuhaila. umur fasya berapa ye? " tanya syu ramah.

" 13 tahun.  akak iman pula " tanya fasya.

" 15 tahun. tua dua tahun je " jawab syu sambil tersengih.

" okaylah akak iman, sya dengan abang daus pergi dulu. bye " fasya menyalam tangan syu dan berlalu pergi bersama daus.

" dah jom abang syaz, abang syah balik. penat " ajak syu.

" okay " mereka bertiga jalan beringan ke homestay.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Where stories live. Discover now