bab 50 ❤ epilog ❤

7.5K 153 7
                                    

" aku terima nikahnya tengku imani syuhaila binti tengku al-iman dengan mas kahwinnya 5,000 ringgit tunai " sekali lafaz syu telah menjadi milik mutlak kepada daus.

syu menahan air mata kegembiraan. kelihatan daus menghampirinya.

daus tersenyum melihat syu yang cantik di matanya. daus mengambil cincin yang dihulurkan tengku syamiera lalu disarungkan pada jari manis milik syu. syu juga buat sedemikian. syu mencium tangan daus lembut. daus juga membalasnya dengan ciuman di dahi milik syu.

terasa tenang di hati syu kerana telah menjadi hak yang halal untuk daus. serasa air mata perlahan mengalir di pipi. tiba tiba ada tangan yang mengusap lembut pipi mulus syu mengelap air matanya.

daus tersenyum memandang syu. syu juga membalasnya.

" alhamdulilah dah kahwin pun kau kan? " ucap liya gembira.

" hek eleh kau. kau tu dah nak jadi mak orang dah. " jawab syu tersenyum memandang perut liya.

" lincah kau kan? " sakat daus pada amriel asyraf

" dah rezeki ye alhamdulilah " amriel asyraf memeluk liya dan mengusap perlahan perut liya. liya menepuk lengan amriel asyraf.

" jangan nak gatal " amaran liya

" sayangg ada orang tu nak buat kita jelez lah " daus memeluk pinggan syu.

" biarlah diaorang kan dah nak jadi mak bapak orang. nanti dah anak susah nak manja manja cam tu " bela syu

" hmm kalau macam tu abang nak manja dengan sayang lah " daus terus mencium pipi syu. mata syu membulat memandang daus.

" abang " syu mencubit perut daus geram

" auchh sakit " daus mengerang kesakitan

" padan muka gatal sangat kan? " jawab syu geram

" ehem " deheman amriel asyraf dan liya mematikan pergaduhan syu dan daus.

" nak bermesra pergi bilik lah " sakar liya selamba

" haahlah jom sayang " daus terus mendukung syu ke bilik

" abang! turunkanlah ! argh ! " syu memukul mukul dada milik daus.

" bye syu. semoga bahagia ! " jerit liya.

" liya! " jerit syu

liya dan amriel asyraf ketawa melihat gelagat daus dan syu.

" jom balik " ajak amriel asyraf

" okay " liya dan amriel asyraf berpimpin tangan ke kereta.

" abang turunkanlah " marah syu. tangannya elok memeluk leher daus.

" tak nak "

" abang " rengek syu

daus membaringkan syu dikatil. dia menghampiri syu.

" abang tengok belakang tuh ada mama " tipu syu. daus menoleh kebelakang. kesempatan itu syu terus berlari ke bilik air.

" sayang pandai eh nak lari? tak apa siap sayang nanti " ugut daus ketawa kecil

syu hanya diam membatu di dalam bilik air dan membersihkan diri. nasib baik awal awal lagi dia sudah sediakan baju di dalam bilik air.

perlahan lahan syu keluar dari bilik air. terlihat daus sedang tidur di atas katil. syu menghampiri daus.

" abang bangun. pergi bersihkan diri dulu " kejut syu lembut

" hmm " daus menggosok matanya. dia mengeliat kecil sebelum mencium pipi syu sekilas dan lari ke bilik air.

" abang! dah batal air wuduk saya. " marah syu geram.

" hehehe japp abang mandi dulu. nanti kita solat jemaah sama sama tau " jerit daus di dalam bilik air.

syu tersenyum. dia mengambil sejadah lalu dibentangkan. sementara menunggu daus syu duduk di hujung katil.

beberapa minit kemudia daus pun keluar. dia hanya memakai tuala paras pinggan.

" abang! " syu menjerit kecil lalu menutup matanya.

" hahaha maaflah lupa nak ambil baju tadi "

" cepat pakai baju " syu berlari anak ke bilik air untuk mengambil wuduk.

selepas itu mereka bersama sama menunaikan solat jemaah.

selesai menunaikan solat, daus berpusing menghadap syu. syu mencapai tangan daus lalu dicium lembut. daus memegang lembut kepala isterinya.

" terima kasih abang sebab terima syu seadanya dalam hidup abang " ucap syu lirih. air mata syu serasa mengalir. daus cepat menarik tubuh kecil syu ke dalam dakapan.

" abang yang patut berterima kasih kat sayang. sebab sayang sanggup tunggu abang. sayang abang minta maaf seandainya abang buat sayang tunggu lama. abang janji abang akan jaga sayang baik baik sampai akhir hayat abang " ucap daus panjang lebar. dahi syu dicium lembut penuh kasih.

" abang saya tak pernah menyesal tunggu abang. terima kasih sebab abang selalu buat saya gembira. " syu memeluk erat tubuh daus. ibarat tak nak lepas.

" sayang izinkan abang jadi suami dengan kata yang sebenar "

syu sekadar mengangguk kecil. daus membuka perlahan telekung syu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 bulan kemudian

" sayang! lama lagi ke? cepat lah dah lambat ni! " jerit daus dari luar rumah. syu yang sedang memakai bedak merengus kecil sebelum berlari kecil.

" sayang! kenapa lari? kalau jatuh macam mana ? " marah daus lagi.

" abang ni bebel aje kerja tak penat ke? yeye sayang tahu. abang tuh yang tak tahu menyabar " marah syu.

" hesyh sayang ni. abang bebel pun sebab abang sayang sayang dan anak anak kita tau. " pujuk daus

" hmm " syu terus masuk ke dalam kereta

20 minit kemudian mereka pun tiba di pantai yang dirancang.

syu cepat cepat keluar dari kereta. mata nya meliar mencari kelibat liya.

" liya ! " jerit syu riang apabila melihat kelibat liya. syu berlari ke arah liya dan memeluk nya erat

" rindu kau "

" ya allah kau ni iman. elok lah sikit karang jatuh macam mana? " marah liya

" tahu pun kau liya. berbuih hah mulut aku dok pesan. tak pernah nak dengar " luah daus. syu menjeling daus.

" mama! umi! abi! " jerit tengku adam qairiel yang berusia setahun berlari anak ke arah syu, liya dan daus. amriel asyraf hanya mengekori anaknya dari belakang.

syu, liya dan daus hanya tersenyum melihat telatah comel adam. liya mendukung anaknya.

" jom pergi sana " ajak syu. liya, daus dan amriel asyraf sekadar mengagguk.

daus, amriel asyraf dan adam pergi mandi manda di pantai manakala syu dan liya duduk di tikar di bawah pokok yang redang.

alhamdulilah syukur pada-Mu ya Allah. sesungguhnya semua milik mu. terima kasih kerana menghadirkan dia sebagai suamiku yang halal. dan syukur pada mu rezeki yang bakal lahir ini. sesungguhnya hanya dia seorang yang aku sayang selamanya. insyallah.

💙 tamat 💙

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

hanya dia seorang ( complete ) ✔Where stories live. Discover now