bab 21

3K 98 0
                                    

setelah makan malam syu naik ke biliknya untuk packing barang.

syu hanya bawak 10 helai baju t-shirt lengan panjang dan 10 helai seluar tracksuit. syu juga membawa 5 helai tudung bawal crepe berlainan warna.

tepat pukul 6.30 pagi syu bersiap siap. syu memakai kemeja berwarna oren dan jeans merah lalu memakai shawl merah juga.

" siap " syu mengerling memandang jam. pukul 7.00 pagi. menurut syahmie mereka akan bergerak pada pukul 8.00 pagi. al maklumlah perjalanan mereka mengambil masa yang lama.

syu turun ke bawah sambil membawa begnya dan handbagnya.

kelihatan syazmie dan syahmie sedang bersarapan. syu meletakkan begnya di depan pintu utama dan melangkah ke ruang makan.

" amboi syu nampak sangat tak sabarnya " usik tengku syamiera.

" mestilah mama. syu tak sabar nak jumpa tok dengan tokma. nak jumpa firash dan yang paling tak sabar nak lepak kat sawah macam dulu " cerita syu beria.

" yela syu. nanti kat sana jangan degil degil. dengar cakap tok dengan tok ma. tolong apa yang patut kat sana. peluk cium tok dengan tokma untuk papa dengan mama. kirim salan rindu juga " pesan tengku syamiera panjang lebar.

syu mengangguk dan makan sarapan.

" okaylah mama papa. syaz, syah dan syu gerak dulu. takut sampai lewat. " pamit syazmie dan menyalam tangan tengku al-iman dan tengku syamiera.

" yelah bawak kereta hati hati. jangan laju sangat. kalau penat tukar orang ataupun berhenti kejab " pesan tengku al-iman pula.

" lagi satu jaga puteri papa yang sorang ni baik baik " sambungnya lagi.

" beres papa. " syazmie dan syahmie melangkah keluar setelah selesai bersalam dengan ibu bapanya

" mama papa syu pergi dulu. mama dengan papa jangan degil degil tau " gurau syu menyalam tangan tengku al-iman dan tengku syamiera lalu mencium pipi mereka sebelum memeluk mereka erat

" eh kita pula yang kena. awak tu yang nakal " usik tengku al-iman sambil mengusap kepala syu.

" okaylah syu gerak dulu. bye. assalamualaikum. jaga diri. " syu berlari masuk ke kereta sport milik syazmie.

syazmie memandu dengan berhemah.  apabila syazmie penat syahmie akan gantikannya dan begitu juga seterusnya.

kalau syazmie bawa syahmie akan tidur bila syahmie bawa syazmie akan tidur. jelas penat di muka mereka. kalaulah syu boleh tolong tapi dia taj reti bawak kereta.

setelah 12 jam memandu akhirnya mereka tiba di rumah nenek mereka.

" assalamualaikum " laung syu.

" waalaikumsalam. ya allah cucu aku " jerit tok ma iaitu tengku suhaili lalu berlari mendapatkan cucunya dan memeluk syu erat.

" dah besar cucu aku. syu sihat? mama papa semua sihat? " soal tok ma bertubi tubi.

" alhamdulilah semua sihat tok ma. tok ma dengan tok sihat? tok mana? "

" abang keluar cucu kita balik " jerit syu memanggil suaminya iaitu tok kepada syu. nama tok syu ialah tengku abdul latiff.

kelihatan tok sedang berlari keluar. syazmie dan syahmie mendekati tok mereka dan bersalam.

" ya allah besar dah cucu tok ni " tok memeluk tubuh syazmie dan syahmie sambil menepuk nepuk belakang cucunya

" tok " syu datang dan bersalam dengan tok manakala syazmie dan syahmie bersalam dengan tokma.

" syu. dah makin lawa kamu sekarang. " puji tok.

" biasa biasa je tok "

" dah dah jom masuk. semua mesti penat kan? " mereka pun masuk ke rumah milik tok dan tok ma.

rumah tok dan tok ma ialah sebuah banglo besar dan sekelilingnya ada sawah padi yang terbentang luas.

syazmie dan syahmie pergi ke bilik di tingkat 2 manakala syu pergi ke bilik di tingkat 3. besar kan?

syazmie dan syahmie terus merebahkan badan dan lena.

setelah syu siap kemas barang barangnya di dalam bilik syu turun semula ke bawah. kelihatan tok ma sedang memasak manakala tok sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

" tok ma " sergah syu apabila mendapati tok ma langsung tidak sedar kehadirannya.

" eh kicap aku terbalik masuk kuali " latah tok ma mengundang ketawa syu.

syu ketawa sambil menekan nekan perutnya. air mata juga mengalir. bukan sebab sedih tapi sebab ketawa banyak sangat.

" kamu ni syu nasib tok ma tak ada sakit jantung kalau tak dah mati kejung kat sini " bebel tok ma.

syu memeluk tubuh tok ma.

" tok ma nak masak apa ni? siap kicap nak masuk kuali " tanya syu dalam sisa ketawanya.

" tok ma nak masak ayam kicap dan sayur campur lepastu ingat nak buat karipap sardin "

" sedapnya tok ma. okay jom syu tolong "  tawar syu

" eh syu tak payahlah syu mesti penat pergilah rehat "

" syu tak penat pun. bukan syu nak bawa kereta. tu hah abang syaz dan abang syah yang bawa. " syu membantu tok ma memasak.

paling lawak bila tok ma asyik melatah apabila syu menganggunya.

45 minit memasak akhirnya siap.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Where stories live. Discover now