bab 7

4K 130 3
                                    

tak lama kemudian tengku al-iman, tengku syamiera dan tengku iman syahmie tiba di Hospital Kuala Lumpur.

mereka mencari kelibat syazmie dan adriana. mata mereka tertatap susuk tubuh yang amat mereka kenali sedang duduk dan tertunduk.

" syaz, adriana " sapa tengku al-iman

" mama, papa, syah.. syu.. syu.." syazmie memeluk tengku al-iman erat dan menangis semahu mahunya di bahu papanya.

" sabar syaz. doa banyak banyak. papa yakin adik syaz tu kuat " pujuk tengku al-iman sambil menepuk belakang badan anaknya.

" syah aku minta maaf sebab tak jaga syu baik baik " syazmie memandang syahmie yang dari tadi dia diam membatu.

" kalau dah tahu tak reti nak jaga asal nak bawa budak tu sekali ? " tanya syahmie sinis menahan amarah. kalau ikutkan hati nak sahaja ditumbuk muka abangnya ini.

" dah dah sekarang kita doa banyak banyak untuk adik. " tengku al-iman segera mencelah.

sedang mereka melayan perasaan masing masing pintu bilik wad kecemasan dibuka dari dalam.

mereka semua segera ke doktor.

" doktor macam mana keadaan anak saya? " tanya tengku syamiera kepada doktor

" anak puan dan tuan mengalami kehilangan banyak darah. dia masih dalam keadaan kritikal. tulang belakang kirinya juga retak. " terang doktor itu dan berlalu pergi.

syazmie rebah dan pengsan

" syaz bangun " kejut tengku syamiera. mimpi apalah anak sulongnya ini sampai mengigau macam ni sekali.

syazmie membuka matanya perlahan. dia pelik kerana dia ada berada dibilik nya.

" mama?  syu macam mana? " tanya syazmie.

" macam mana apa? dia ada je kat bawah mandi kat kolam renang dengan syah. kamu mimpi apa sampai macam ni? " tanya tengku syamiera.

" hmm.. syaz mimpi syu kena langgar. dia parah " jawab syazmie sambil menunduk.

" dahlah mainan tidur je tu. jom turun. "

" oh okay " syazmie hanya mengikuti langkah tengku syamiera ke kolam renang.

setibanya mereka di kolam renang. syazmie melihat syu sedang gelak ketawa bersama syahmie.

" ya allah alhamdulilah tadi tu sekadar mainan tidur. kau kekalkan lah kebahgian ini. " doa syazmie di dalam hati.

" abang syaz! " jerit syu memanaggil syazmie. hish penat tau panggil.

" hah yeye kenapa ? "

" abang ni berangan apa? sini tolong adik kejab "

" tolong apa syu ? "

" alah sini la cepatlah "

syazmie angkur dan pergi dekat ke syu.

" hulur tangan abang "

" syu nak buat apa ni? "

" alah abang ni banyak songehlah. cepatlah hulur tangan "

syazmie angkur dan menghulurkan tangan.

syu menggunakan sepenuh tenaga untuk menarik syazmie masuk sekali ke dalam kolam. yela syazmie dua kali besar dari badannya.

Bushhh

" syu ! " jerit syazmie memanggil adiknya. geram tau.

" abang syah tolong ada buaya mengamuk " syu berlari dan menyorok dibelakang syahmie.

" syu sini ! " jerit syazmie lagi.

" wekkk tak nak " syu ketawa melihat muka syazmie yang merah menahan marah dan menjelirkan lidah.

" kalau abang dapat syu siap syu " amaran syazmie kepada syu.

syu berlari tapi tangannya pantas ditarik oleh syazmie.

" arghh !! mama ! ayah ! abang syah ! to...tolong! hahaha " syu menjerit meminta tolong tapi diabaikan. syazmie menggeletek perut syu.

" abang jangan geli abang hahah "

" tuh lah kenakan abang lagi "

" tak tak janji tak buat lagi dah "

tengku al-iman dan tengku iman syahmie hanya menggeleng manakala tengku syamiera masuk ke dalam untuk memasak.

syazmie berhenti menggeletek syu.

" woi syah lawan berenang jom " ajak syazmie kepada adik lelakinya.

" beres jom "

" syu nak jadi pengadil " syu mengangkat tangan dan tersenyum riang.

tengku syazmie dan tengku syahmie hanya tersenyum dan mengangguk.

" 1..2..3.. mula ! "

syazmie dan syahmie berenang dengan pantas dan pemenangnya ialah

" yeay abang syah menang ! "

syah hanya tersengih dan tersenyum sinis kepada syazmie. syu segera memeluk leher syahmie dari belakang dan mencium pipi kiri syahmie.

" hm sayang abang syah je. dah tak sayang abang syaz " rajuk syazmie. huhu cium syahmie je. nak jugak.

" alolo abang syaz merajuk meh sini meh " syu berjalan ke syazmie dan mencium pipi kanan syazmie.

syazmie tersenyum lebar. suka lah tu.

" yeay sayang syu " syazmie memeluk syu erat. syu hanya membalas pelukan tersebut.

" syaz! syah! syu! cepat jom makan ! " panggil tengku syamiera.

" okay mama kejab " jawab mereka bertiga serentak dan berlalu ke bilik masing masing untuk menukar pakaian.

setelah mereka bertiga selesai menukar pakaian mereka menuju ke ruang makan.

" best mandi tadi? " tanya tengku syamiera memecah kesunyian

" best " jawab mereka serentak dengan mulut yang penuh.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Where stories live. Discover now