" assalamualaikum " syu melangkah masuk ke dalam homestay.
" waalaikumsalam best jalan tepi pantai ? " soal tengku syamiera.
" best air dia sejuk mama. tak sabar nak mandi " ujar syu ceria.
syu melangkah ke bilik nak bersihkan badan. melekit kot.
disebabkan waktu dah nak malam syu memakai baju malam sahaja. dia duduk di atas katil. " hm line tak de la pula " bebel syu.
tiba tiba syu teringat daus. " tengku firdaus syakri bin tengku faez " ucap syu perlahan dan tersenyum.
syu turun ke ruang tamu.
" mama masak apa? laparlah mama " rengek syu sambil menyadar di bahu tengku syamiera.
" nanti lepas solat maghrib kita pergi makan luar ye sayang? " jawab tengku syamiera tidak lepas memandang ke television.
" syu ! " jerit syahmie di tingkat atas.
" apa?! " balas syu dalam keadaan menjerit juga
" sini naik atas jap ! " arah syahmie.
" yela yela kejab " syu pun berlari anak ke bilik abang abangnya.
" ye nak apa abang ku sayang? " tanya syu sebaik tiba di muka pintu bilik abangnya.
" ni tolong ambil cicak tu. abang geli lah. "
" abang ni harap lelaki tapi tak gentle. " syu mengambil cicak tersebut dan dibuang ke luar melalui tingkap.
" dahlah tu abang turunlah. syu dah buang pun la "
syahmie pun turun dari katilnya.
" thanks sayang adik abang " syahmie memeluk syu.
" dahlah lepas. abang ni mengada tau. kalau dah kahwin nanti tak tahu nak jadi apa " bebel syu.
" alah kahwin tu lain cerita lah syu. "
" abang ni cuba gentle sikit "
" yeye dah keluar abang nak mandi. sibuk je "
" eh orang pula yang kena. dia yang terpekik terlolong panggil orang. hesyh. " syu pun melangkah keluar.
tengku al-iman, tengku syamiera, tengku iman syazmie, tengku iman syahmie dan tengku imani syuhaila bersolat jemaah di ruang tamu.
selesai solat mereka ke bilik masing masing untuk keluar makan.
syu tak menukar pakaiannya kerana baginya bajunya dah okay dah. dia hanya menyarungkan tudung bawal crepe putih.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" siap " syu turun semula ke bawah. keluarganya sedang menunggu syu turun. setelah nampak syu turun mereka menuju ke kereta.
syazmie membawa kereta. 30 minit kemudian mereka pun tiba di satu restoran yang agak mewah di tepi pantai.
" ye nak makan apa? " tanya pekerja di situ dan menghulurkan menu.
" nasi 5 pinggan, ikan siakap tiga rasa satu, sayur kailan satu, oranges juice satu jag dan 5 cawan " pesan syahmie kepada pekerja. pekerja tersebut mengangguk dan berlalu.
sementara menunggu pesanan mereka sampai, mereka hanya berbual bual kosong. 30 minit selepas itu pesanan mereka pun tiba.
" mama, syu nak pergi basuh tangan jap. " syu pun pergi ke singki yang di sediakan.
setelah membasuh tangan syu menoleh ke belakang dan melanggar seseorang.
" kawan ke kekasih? " perli syazmie. sebenarnya tadi kebetulan dia ternampak syu sedang berbual dengan daus. dia sekadar memerhati.
" hesyh apa abang syaz ni. kawan lah. sorry sikit syu tak ada eh main main pakwe makwe bagai ni. nak syu akad nikah terus senang " bebel syu. sedap mulut syazmie sahaja menuduh yang daus tu kekasih dia.
" mama syu dah tak sabar dah tu nak kahwin " sindir syahmie pula.
" abang syah. dahlah malas nak layan baik makan. " syu pun makan dengan berselera.
syazmie dan syahmie ketawa kecil.
" syaz, syah tak baik usik syu macam tuh. SPM pun tak lepas lagi. nanti lepas SPM nak akad nikah terus pun boleh. ye lah perkara yang baik tak elok dilewatkan." bebel tengku syamiera pula. kesian tengku syamiera melihat syu diusik begitu.
" hah kamu syaz, asyik mengusik syu saja tapi sampai sekarang pun tak nikah lagi " sambung mama lagi.
syu tersenyum sinis memandang syazmie.
" padan muka " syu menjelir lidah kepada syazmie.
" eh budak ini. dah makan "
setelah siap makan mereka pulang ke homestay semula.
syu terus berlari ke biliknya dan menunaikan solat isyak.