bab 41

2.7K 92 0
                                    

" aku nikahkan dikau dengan anakku tengku adriana inasya dengan mas kahwinnya 3,000 ringgit tunai "

" aku terima nikahnya tengku adriana inasya dengan mas kahwinnya 3,000 ringgit tunai "

" sah? "

" sah "

" alhamdulilah " dengan sekali lafaz adriana sah manjadi milik syazmie yang mutlak

" tahniah akak " bisik syu perlahan di sebelah adriana

adriana memeluk tubuh syu.

" akak bahagia sangat syu. alhamdulilah " bisik adriana menahan air mata.

" abang syaz dah sampai tu " adriana mengangguk lalu meleraikan pelukan

syazmie mengambil cincin yang dihulurkan oleh tengku syamiera dan disarungkan pada jari manis milik adriana. adriana juga menyarung cincin di jari syazmie. adriana mencium lembut tangan syazmie. syazmie mencium lembut dahi milik adriana. di saat terindah antara dua mempelai ramai yang mengambil gambar mereka berdua.

setelah selesai majlis akad nikah syazmie dan adriana masuk ke dalam bilik pengantin.

" ehem " syu menoleh ke belakang dan terpandang wajah daus yang tersengih sumbing

" eh abang syakri "

" tak sangka abang iman tu dah jadi suami akak sepupu abang " ujar daus teruja

" tu lah kan tak sangka kan ? " syu mengiakan kata kata daus

" abang dah dapat mana mana tawaran kolej? " tanya syu setelah lama berdiam

" ada dapat dah. akhir bulan depan abang pergi daftar "

" abang dapat sambung belajar kat mana? "

" kat New York " jawab daus perlahan

syu terdiam.

" serius abang syakri nak tinggalkan syu? " tanya syu pada diri sendiri dalam hati

" iman? " daus melambai lambai tangan di hadapam muka syu

" hah ye? oh wah untung lah abang dapat belajar jauh jauh. abang amik course apa? "

" kejuteraan "

" berapa lama kat sana? " tanya syu lebih lanjut

" dalam 5 tahun? "

" ouh " syu memberikan senyuman hambar pada daus.

" eh abang syu nak siap siap kejab. syu kena jadi pengapit akak adriana kejab lagi " syu terus melarikan diri ke bilik tetamu yang disediakan oleh akak adriana untuk syu sekeluarga.

syu menutup pintu dan mengunci pintu. dia mengambil baju yang ditempah khas oleh akak adriana untuk dirinya. dia menyarungkan baju kurung moden merah hati dan shawl merah jambu dililit ringkas.

setelah bersiap syu keluar dari bilik. bilik adriana a.k.a bila pengantin dituju.

" assalamualaikum pengantin baru. dah siap belum? " tanya syu selamba.

" hah kejab ! " jerit syazmie dari dalam

syu menggeleng lalu duduk disofa hadapan bilik adriana.

" iman "

" eh abang syakri buat apa kat sini? " tanya syu polos

" abang tunggu abang syazmie lah. abang jadi pengapit dia " jawab daus

" lahh bertuah punya abang "

" iman amik gambar jom " ajak daus selamba

" okay " daus dan syu duduk bersebelahan

klik klik klik

bermacam macam gaya syu buat

" abang nanti send kat iman tau "

" ye "

" ehem abang rasa bukan kita berdua yang jadi pengantin harinih. pengapit kita pun nak kahwin jugak " usik syazmie sambil merangkul erat pinggang milik adriana.

" apa abang ni? biarlah diaorang " adriana menggeleng melihat sikap syazmie yang suka mengusik

" er er.. maaf .. dah jom abang syaz.. kita kena pergi ke rumah abang syarif " ajak daus. syazmie mengangguk dan membuat flykiss untuk adriana. adriana pula acah mengambil dan diletakkan di hati. daus dan syu ternganga melihat agenda tersebut. selamba betul oi.

" akak jom duduk atas pelamin " syu memimpin adriana turun dari tangga

majlis berjalan dengan lancar dan meriah. daus asyik memandang syu yang sibuk mengelap peluh adriana. setelah selesai mereka semua menuju ke meja makan yang disediakan khas untuk pengantin.

keluarga belah syu semua duduk disebelah kanan syazmie manakala keluarga belah adriana duduk disebelah kiri adriana. semua menjamu selera. photographer tidak habis habis mengambil gambar.

setelah selesai makan. kini sesi memotong kek. adriana dan syazmie bersama sama memotong kek yang dibuat khas dengan air tangan aunty maria iaitu mak cik kepada adriana.

adriana dan syazmie mula melayan karenah para tetamu yang dijemput hadir.

syu masuk kedalam untuk menukar baju supaya senang dia nak menolong apa apa yang perlu. dia mancapai tuala dan membersihkan diri. setelah selesai syu hanya memakai seluar slack hitam, t-shirt nike hitam lengan panjang dan tudung bawal hitam dipakai lalu di ikat di bahagian bawah. simple. memang sengaja memakai serba hitam biar tak nampak kotor.

" mama ada apa apa boleh syu tolong tak? " tanya syu pada tengku syamiera

" kamu pergilah bawak air ni pergi depan "

" okay " syu mengambil bekas air tersebut perlahan lahan.

" huh beratnya " keluh syu apabila selesai meletakkan air di tempat yang tengku syamiera suruh.

" mama ni pun patutnya suruh orang lelaki yang buat. nih tak aku jugak. kalau ringan aku tak kisah. ni sampai nak patah tulang belakang. ye pun suruh lah basuh pinggan ke apa ke? ni angkat air ni jugak " bebel syu

" bebel apa iman ni ? " tanya daus apabila melihat syu tak berhenti membebel.

" eh hah? tak ada apa apa lah. okay lah syu nak tolong apa yang patut. bye " syu segera berlari masuk ke dalam rumah

" imani syuhaila " perlahan sahaja nama itu disebut dari bibir milik firdaus.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Where stories live. Discover now