bab 34

2.5K 89 1
                                        

" papa syu nak ikut rombongan perkhemahan boleh tak pa? " tanya syu setelah duduk di sebelah tengku al-iman

" ouh yeke? bila tuh? kat mana? " tanya papa sambil meletakkan surat khabar yang dibacanya di atas meja lalu memandang syu

" awal bulan depan papa. kat Parit Yanni, Medan, Johor tak silap "

" ouh. kalau syu nak pergi, syu pergilah papa tak halang sayang. selama nih pun syu yang memang taknak ikut sebab masih truma kan? "

" hehe. alah papa biasalah tuh. lagipun kali ni kan ayah ada. "

" yelah syu. apa apa saja kamu nih "

" papa... papa boleh tak cakap kat ayah yang nanti time kat sana syu nak satu kumpulan dengan risa boleh tak? " tanya syu sambil membuat muka comel

" lah kenapa papa pulak? kamu sajalah yang cakap "

" alahh papa.. please nanti semua orang tahulah yang ayah tuh ayah angkat syu. then diaorang akan anggap ayah tu pilih kasih. please pa " pujuk rayu syu lagi.

" yelah sayang nanti papa bagitahu ayah okay? "

" okay " syu memeluk dan mencium pipi tengku al-iman lalu berlari ke bilik.

syu berbaring di atas katil lalu mencapai telefon. number liya dicari

" assalamualaikum "

" waalaikumsalam "

" kau tengah buat apa? "

" tengah baring. weyh kau free tak? hangout jom. aku bosan "

"  ouh okay. nanti aku amik kau kat rumah dalam pukul 2 petang ke? "

" ouh okay. bereh. okaylah aku nak siap siap dulu ni. "

"  okay bye "

" bye "

syu mematikan talian lalu berlalu ke bilik air untuk bersiap siap.

selesai membersihkan diri syu hanya mamakai skinny jeans warna coklat kemeja pink dan shawl dililit dikepala berwarna coklat.

setelah itu syu berlalu ke bilik syahmie.

syu meredah masuk ke dalam bilik syahmie.

" ya allah syu. " latah syahmie apabila pintu bilik dibuka dengan dengan kuat

" apa syu nih? kenapa redah je bilik abang? terkejut tahu tak? naseb handphone ni tak terpelanting. kalau abang mati terkejut macam mana? " bebel syahmie

" alah abang syah ni kecoh lah. relax lah abang. abang jom hantar adik pergi rumah risa. cepat lah abang. " syu menarik tangan syahmie.

" hish dia ni. dah lah redah je masuk bilik orang. tak minta maaf pun lagi dah mintak abang hantar jalan jalan. bertuah punya adik " bebel syahmie sambil menukar pakaian. syu tersengih lalu menggaru kepala.

" sorry eh abang "

" yelah dah jom cepat. lambat abang tinggal. "

" sayang abang " syu mencium pipi kiri syahmie dan merangkul lengan syahmie lalu turun ke bawah.

" ma syu nak keluar dengan risa tau. abang syah hantar " syu menghampiri tengku syamiera yang leka menyiram pokok bunga.

" okay. elok elok. balik jangan lewat " pesan mama

syu mengangguk lalu masuk ke dalam kereta sport milik abangnya.

20minit kemudian

" weyh nak pergi mana dulu ni? " tanya liya sambil memandang sekeliling mall.

" kita pergi beli baju nak tak? " tanya syu

" aku okay je. jom " liya menarik tangan syu ke butik milik makciknya iaitu aunty sarah.

" aunty sarah " liya memeluk leher aunty sarah dari belakang.

" eh liya? buat apa datang sini? "

" saja jalan dengan kawan baru. oh ye kenalkan ni kawan liya yang baru. nama dia tengku imani syuhaila. " syu tersenyum manis lalu menyalam tangan aunty sarah.

" lawa budaknya. sopan santun pulak tuh. okay sangat kalau satukan dengan abang ryan kamu tuh "

" eh apa aunty ni. SPM tak lepas lagi dah nak kahwinkan pulak "

" haha tak lah aunty gurau je. hah imani tengok tengoklah baju kat butik aunty ni. imani pilih je mana mana imani minat. aunty bagi free je. "

" eh tak perlah aunty. segan saya kalau dapat free "

" tak apa imani pilih je "

" tapi... "

" dah lah aunty aku nak belanja tu jom je lah " sampuk liya

" kau ni " syu menyiku perlahan perut liya. liya hanya ketawa melihat telatah syu.

sedang sibuk memilih pakaian syu terlanggar bahu seseorang.

" eh maaf tak perasan tadi " ucap syu serba salah

" eh tak pape. eh kak imani syuhaila ke? "

syu mengangkat muka memandang gerangan yang dilanggarnya.

" ni siapa eh? "

" saya lah akak fasya syazra adik firdaus. kita pernah jumpa sekejab kat mersing masatuh "

" ouh ye fasya. fasya buat apa kat sini? datang sini dengan siapa? sorang je ke? "

" fasya datang dengan umi dan abang firdaus "

" ouhh tapi mana diaorang? "

" ada tengah pilih baju "

" ouh okay "

" iman! " jerit liya

" apa kau ni jerit jerit? tak malu ke orang tengok? "

" hehe. sorry. eh ni siapa iman? " tanya liya sambil menunjuk ke arah fasya

" hai saya fasya syazra. " tegur fasya dahulu memperkenalkan diri.

" hai nama akak liya marisa. "

" fasya? "

" eh abang. abang adik jumpa akak syuhaila dengan kawan dia. "

" akak syuhaila? "

" alah yang kita pernah jumpa time kat mersing masatu. "

" ouh hai "

" err hai.. hah fasya akak pergi dulu ye? lain kali jumpa lagi " syu terus menarik tangan liya pergi keluar dari butik

" weyh asal kau ni. aku tak pilih baju lagi " rungut liya sambil menghentak kaki

" nanti kita pergi sini lagi okay? dah jom aku belanja aiskrim "

muka liya yang mulanya masam mencuka mula mengukir senyuman

" ni yang buat aku sayang kat kau " ujar liya sambil menarik tangan syu. syu menepuk dahi nya sendiri

setelah selesai membeli dan memilih aiskrim yang mereka suka. mereka duduk di satu kerusi kosong.

" iman macam mana senior hot kita boleh kenal kau? " tanya liya menyebabkan syu tersedak

" kebetulan time aku bercuti dengan family aku. aku terserempak dengan diaorang. then kenal gituh gituh je "

" ouh. tapi kau tahu kan dia tuh senior hot kat sekolah kita? "

" tahuuu.. " jawab syu meleret

" okay good dah jom pergi butik. aku nak pilih baju "

" hm yelah jom "

liya dan syu memilih beberapa pasang baju jubah moden yang ringkas tetapi elegen. dan setelah itu mereka pulang ke rumah masing masing

hanya dia seorang ( complete ) ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang