bab 28

2.5K 89 0
                                        

" syu bangun! cepat cepat nanti lambat pergi sekolah " jerit tengku syamiera sambil mengetuk pintu bilik syu banyak kali.

" okay mama! " jerit syu mamai. syu bangun membersihkan diri dan memakai pakaian seragam sekolah.

" tahun baru. hari baru. sekolah baru. kawan baru. you can do it " bebel syu memberi semangat pada diri sendiri. beg sekolah dicapai lalu turun untuk bersarapan.

" morning papa, mama " sapa syu.

" morning. dah cepat cepat sarapan karang lambat nanti " bebel tengku al-iman sambil menyisip sedikit air kopi. syu mencapai roti yang telah disapukan jem lalu bersalam tengku syamiera dan berlari memakai kasut memandangkan tengku al-iman sedang menunggunya di dalam kereta.

30 minit mereka tiba di sekolah baharu syu.

" syu pergi dulu papa. assalamualaikum " syu bersalam dan mencium pipi tengku al-iman.

" elok elok kat sekolah " pesan tengku al-iman.

syu melangkah turun dari kereta dan melangkah masuk dengan bacaan bismillah.

" besarnya sekolah ni " syu melihat sekeliling sekolah. cantik dengan hiasan yang ada.

" kat mana eh pejabat? " tanya syu pada diri sendiri.

" assalamualaikum. kamu murid baru ye? " tegur seseorang mengejutkan syu.

" opocot. waalaikumsalam. er haah saya murid baru cikgu. cikgu kat mana pejabat? " tanta syu ramah.

" saya cikgu kamalia. mari ikut saya. " syu mengikuti langkah cikgu kamalia hingga ke pejabat.

" terima kasih cikgu " syu perlahan lahan masuk ke dalam pejabat.

" awak murid baru ye? nama awak tengku imani syuhaila? " tanya kerani di situ.

" ye saya " jawab syu sambil senyum

" sila ke bilik pengetua. mari ikut saya "

" masuklah " syu melangkah masuk ke bilik pengetua.

" assalamualaikum pengetua. "

" waalaikumsalam syuhaila. duduk " syu duduk di hadapan tengku abdul razif iaitu bapa angkatnya dan merupakan pengetua sekolah di situ.

mereka berbincang. .

" okay syu boleh pergi ke kelas 4 permata. nanti cikgu minta guru kelas membawa kamu ke kelas "

" baik ayah. eh maaf pengetua. " syu menutup mulut apabila tersilap kata. tengku abdul razif hanya tersenyum dan menggeleng.

" assalamualaikum " seseorang memberi salam di luar bilik

" waalaikumsalam masuk " arah tengku abdul razif

" cikgu ni tengku imani syuhaila bin tengku al-iman. " syu tersenyum dan bersalam dengan cikgu katira.

" saya cikgu katira. guru kelas awak " ramah cikgu katira.

" mari saya bawa awak ke kelas " syu mengangguk dan mengikuti langkah cikgu katira.

mereka tiba di depan kelas. syu melihat atas. " 4 permata " ngomel syu. cikgu katira masuk ke kelas manakala syu tunggu di luar.

" bangun semua. assalamualaikum cikgu " arah ketua kelas.

" assalamualaikum cikgu " sahut semua.

" waalaikumsalam. hari ni kita ada pelajar baru. saya harap awak semua dapat bekerjasama. "

" masuk " syu melangkah kaki kanan dan berdiri di hadapan

" assalamualaikum. hai saya tengku imani syuhaila. awak semua boleh panggil saya imani " syu tersenyum.

ramai pelajar lelaki bersiul nakal.

" awak boleh duduk dengan liya angkat tangan "

liya mengangkat tangan. syu berjalan mendekati liya dan duduk di sebelah liya.

" hai saya tengku liya marisa. awak tengku imani syuhaila kan? " tanya liya mesra.

" yep saya. saya kena panggil awak apa ye? " tanya syu.

" biasa orang panggil saya liya " jawab liya. syu mengangguk.

" nama awak tengku liya marisa? kalau saya panggil awak risa boleh? " tanya syu lagi.

" boleh je saya tak kisah. asal jangan panggil mak enon sudah "

syu ketawa mendengar gurauan liya.

" awak pula panggil apa? " tanya liya.

" kawan sekolah biasa panggil imani. " jawab syu jujur.

" kalau macam tu saya panggil awak iman lah "

" kenapa pula? " tanya syu pelik. tak pernah pernah orang panggil dia iman.

" entah by the way saya suka panggilan tu" jawab liya jujur. syu mengangguk.

" kawan? " syu mengeluarkan pinky promise.

" kawan " liya mambalas pinky promise syu dan mereka ketawa.

kringg kringg

" eh dah rehat jom pergi kantin " ajak liya.

" kejab kemas kejab " syu mengemas peralatan tulis dan dimasukkan ke dalam beg.

syu menghampiri liya di pintu.

" jom " liya menarik tangan syu. syu hanya mengikuti.

" kau nak makan apa? " tanya liya.

" biasanya apa je ada? " soalan di balas soalan. yelah syu bukan tahu ada jual apa pun. first day lah katakan.

" jom ikut aku " liya menarik tangan syu untuk sama sama beratur.

" now pilih " arah liya. syu melihat makanan yang dijual. syu mencapai nasi goreng ayam merah lalu membayar. manakala liya membeli mee goreng ayam.

syu dan liya duduk di pondok yang terdapat berdekatan dengan kantin.

mereka makan dengan berselera dan berbual bual.

hanya dia seorang ( complete ) ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang