Prolog

9.3K 393 12
                                    

"Assalamualaikum wbt." Kedengaran suara seseorang memberi salam lalu daun pintu bilik itu ditolak perlahan.

"Waalaikumsalam." Syafiq yang ketika itu sedang memasukkan baju-bajunya ke dalam almari terhenti seketika. Lalu dia menoleh ke arah pintu biliknya untuk melihat siapakah gerangan Roommate nya itu.

Kelihatan seseorang yang berbaju kemeja putih, bertali leher biru sedang membuka kasut nya di daun pintu bilik nya itu. Dibelakang nya pula kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melihat ke sekeliling bilik dan blok itu. Kedua orang itu sudah semestinya ayah dan juga ibu kepada pelajar itu. 

Melihat pelajar itu menghampirinya, Syafiq bingkas bangun lalu menuju ke arah nya. Wajahnya yang tidak lekang dek senyuman membuatkan Syafiq turut tersenyum kembali ke arah nya.

"Hai, nama siapa? Nama aku Syafiq." Syafiq memperkenalkan dirinya.

"Hai Syafiq. Nama aku Muhammad Alif Iqwan Bin Zainuddin. Boleh panggil aku Alif atau Iqwan." Balas pelajar itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Alif Iqwan.

"Haha siap nama penuh lagi. Aku panggil kau Alif je lah sebab Iqwan tu nama adik aku. Takut confuse pulak nanti haha." Balas Syafiq sambil ketawa kecil.

"Haaa kenalkan ni Ayah aku, dan ni pulak Ibu aku." Kata Alif saat melihat Ibu dan Ayah nya itu mula melangkahkan kakinya ke dalam bilik nya itu.

"Assalamualaikum Pak Cik, Mak Cik. Sihat?" Tanya Syafiq sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ayah Alif itu.

"Alhamdulillah sihat. Ni kamu pun baru daftar kolej jugak ke?" Tanya Ayah Alif kepada Syafiq.

"Iya Pak Cik. Saya pelajar baru dekat kolej ni. Saya pun baru je sampai ni, tu yang bersepah lagi bilik ni. Hihi." Jawab Syafiq sambil tersipu malu apabila menyedari katilnya bersepah dengan barang-barangnya itu.

"Biasalah bersepah, nama pun baru daftar kan. Ni kamu siapa yang hantar tadi?" Tanya Ayah Alif itu lagi. 

"Ayah saya yang hantar tadi, tapi dia dah balik dah. Tiket flight dia awal, jadi dia tak nak terlepas pulak." Jawab Syafiq sambil tersenyum kepada mereka sekeluarga.

"Laaa ye ke. Habis ni semua barang-barang dah ada lah ni?" Sekali lagi Ayah Alif bertanya.

"Haish awak ni Abang, banyak pulak soalan ditanya. Kesian budak tu nak menjawabnya." Sampuk Ibu Alif yang dari tadi hanya tersenyum di sisi suaminya itu.

"Biarlah saya nak tanya, mana tahu kalau ada barang yang dia tak ada, bolehlah kita bawak dia ke Pasaraya dekat pekan tu sekali. Lagipun dia ni bakal satu bilik dengan anak kita jugak. Tak salah nak kenal-kenal. Kan, haishh lupa pulak Pak Cik nak tanya nama kamu tadi." Balas Ayah Alif sambil memegang bahu Syafiq.

"Syafiq Pak Cik, nama saya Syafiq." Jawab Syafiq sambil tersenyum malu melihat telatah mereka sekeluarga.

Dalam kesibukan mereka berbual, tiba-tiba Syafiq perasan riak wajah Alif yang mula bertukar. Jika tadi dia kelihatan sangat peramah dan mesra dengan senyuman manis di wajahnya, kini wajahnya bertukar garang dan sangat bengis. Matanya tajam memerhatikan Syafiq membuatkan Syafiq merasa tidak senang duduk.

Sedikit demi sedikit, Alif mula menghampirinya. Dari suasana riuh rendah di biliknya itu, kini Syafiq mulai sedar bahawa dia kini sedang berada di  sebuah kawasan hutan yang sangat gelap. Tiada sesiapa pun disekelilingnya itu, yang ada cuma lah dia bersama Alif yang wajahnya sungguh menakutkan itu.

Langkah Alif semakin laju menghampiri. Syafiq pula seakan tidak mampu bergerak lagi. Alif yang mula berubah menjadi satu susuk lembaga hitam mencekik kuat leher Syafiq. Tiada upaya untuk Syafiq melawannya. Dia hanya meronta-ronta agar lembaga itu melepaskan dia.

"Tolongggg! Aliffffffffffffffff!" Syafiq menjerit lalu terjaga dari mimpinya itu. Dia memandang ke arah sekeliling biliknya itu dengan tercungap-cungap lalu menekup mukanya perlahan.

"ALLAHUAKHBAR. Aku mimpi rupanya." Monolog Syafiq lalu dengan perlahan dia menuju ke arah bilik air di dalam biliknya itu. Suiz lampu dihidupkan lalu kelihatan pili air dibuka. Di dalam keheningan malam itu, Syafiq mengambil wudhu' lalu dengan perlahan dia mencapai sejadah di bucu kerusi nya itu. 

Takbir diangkat dan selang beberapa saat kemudian, kelihatan air mata mulai jatuh berguguran. Itulah hari-hari yang dilalui Syafiq sejak kehilangan Alif. Walaupun sudah sebulan berlalu, namun hampir setiap hari Syafiq pasti akan bermimpi tentang sahabatnya itu. Dan cara terbaik yang boleh Syafiq lakukan untuk menenangkan dirinya ialah dengan mendirikan solat sunat setiap kali dia terjaga dari mimpi-mimpinya itu.

-0-0-0-0-

"Assalamualaikum Ustaz. Ni saya Syafiq ni. Ustaz ada dekat mana?" Tanya Syafiq saat Ustaz Kamal menjawab panggilannya itu.

"Waalaikumsalam wbt. Ye Syafiq, Ustaz ada dekat kolej ni. Kenapa Syafiq? Kamu masih diganggu ke?" Soal Ustaz Kamal saat mendengar suara Syafiq di telefonnya itu.

"Eh tak ada lah Ustaz, ni saya telefon sebab nak pastikan Ustaz ada dekat kolej. Sebab insyaAllah esok saya akan balik ke kolej. Kan hari tu sebelum saya balik saya dah serahkan kunci ke pejabat, jadi saya nak mintak kunci bilik saya lah pada Ustaz esok." Terang Syafiq pada Ustaz Kamal.

"Esok ye? Haaaa insyaAllah saya ada dekat pejabat. Kalau saya ada urusan lain, saya serahkan kunci pada Kak Hawa ye. Dia ada dekat pejabat ni sampai jam 5 petang." Kata Ustaz Kamal padanya.

"Baik Ustaz, terima kasih banyak-banyak." Balas Syafiq.

"Kebetulan kamu telefon ni, kamu betul ke nak habiskan projek akhir tahun kamu tu dekat sini Syafiq? Kamu dah betul bersedia ke nak balik semula ke sini? Bukan ke Supervisor kamu dah benarkan kamu siapkan projek kamu tu dekat rumah je?" Soal Ustaz Kamal ingin tahu.

"Memang Supervisor saya dah izinkan saya siapkan projek tu dekat sini je, tapi masalahnya banyak bahan yang saya nak gunakan ada dekat sana Ustaz. Lagipun saya nak kena gunakan makmal, ada sikit je lagi kerja yang masih tak siap. Kalau dekat sini macam mana saya nak buat kan. Peralatan pun tak cukup." Terang Syafiq pada Ustaz Kamal.

"Ooo baiklah, saya faham. Kamu kena kuat Syafiq, saya tahu kamu kuat. Tak apalah, esok insyaAllah kita jumpa ye. Kamu tu bawak kereta hati-hati ye." Pesan Ustaz Kamal sebelum mengakhiri perbualan mereka itu.

"InsyaAllah Ustaz. Doakan saya selamat sampai ye. Jumpa esok, Assalamualaikum." Syafiq memberi salam lalu mematikan panggilan nya itu. 

Teringat akan soalan Ustaz Kamal tadi membuatkan dirinya terdiam seketika. Seribu satu perkara mulai menyerang benak fikirannya. Namun Syafiq harus kuat, dia harus menerima takdir ini dengan penuh redha. Bersedia atau tidak dia sendiri belum dapat menjawabnya. Namun disebabkan memikirkan tarikh akhir bagi projeknya itu semakin hampir, membuatkan dirinya nekad untuk pulang semula ke kolej nya itu. 

"InsyaAllah kau boleh Syafiq, kau kan kuat." Monolog Syafiq perlahan lalu menepuk-nepuk dadanya itu. 

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now