Bab 6: Pengakhiran atau Permulaan?

4.2K 263 2
                                    

Alangkah terkejutnya Syafiq apabila dia mendapati bahawa terdapat satu lembaga hitam yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu biliknya itu. Susuk tubuh lembaga itu bidang dan tinggi. Badannya penuh berbulu, baunya busuk seperti bangkai. Wajahnya tidak kelihatan, tapi jelas terselah matanya yang merah menyala itu. Saat Syafiq mula memandang tepat ke mata lembaga itu, dengan sepantas kilat lembaga itu terbang ke arahnya.

Dicekiknya leher Syafiq kuat, diangkatnya Syafiq tinggi hampir mencecah syiling biliknya itu. Cubaan Syafiq yang cuba untuk menjerit meminta tolong gagal kerana suaranya tidak terkeluar. Dia hanya mampu meronta-ronta kesakitan, cuba untuk melepaskan dirinya dari genggaman makhluk yang menakutkan itu.

"Kau akan mati Syafiq, kau akan mati terseksa macam aku." Kedengaran satu suara yang bergema kuat di dalam bilik itu.

Syafiq yang tidak mampu untuk bersuara, cuba meronta untuk mencari punca suara tersebut. Namun cubaannya gagal kerana tenaga lembaga hitam itu terlalu kuat mencengkam dirinya. Dalam cubaanya untuk meminta tolong gagal, Syafiq terus menerus membaca segala ayat suci Al-Quran yang terlintas di dalam hatinya.  Dari ayat yang diberikan oleh Ustaz Kamal, sehinggalah surah-surah lazim yang mampu diingatinya, semuanya dibaca oleh Syafiq sekuat hati di dalam fikiran dan juga hatinya.

Dunia menjadi semakin gelap, pandangan Syafiq kini menjadi semakin kabur. Dia tidak mampu untuk bernafas membuatkan jantungnya kini mula berdegup perlahan. Saat itu, hanya kematian sahaja lah yang terlintas di dalam benak fikirannya. Lafaz kalimah Syahadah dibaca perlahan, cukup perlahan namun sempat dihabiskan. Kini pandangannya terus menghilang, Syafiq redha. 

"Allahuakhbar!" Itulah ayat terakhir yang didengari oleh Syafiq sebelum nafasnya terhenti.

-0-0-0-0-

Dari jauh kelihatan sebuah pondok kecil dibalik pohon-pohon yang rendang di tebing sungai itu. Suasana nyaman yang mengelilingi kawasan itu membuatkan ia menjadi bertambah cantik. Kedengaran juga riuh suara kicauan burung-burung yang berterbangan bebas di dada langit. Tidak jauh dari situ pula, terlihat kelibat seorang lelaki tua yang berjubah putih sedang berjalan menuju ke arah pondok tersebut. 

Dia yang turut memakai serban di kepalanya, memberhentikan langkah saat tiba betul-betul di hadapan pondok itu. Wajahnya yang bersih dan menenangkan itu kelihatan seakan sedang menanti seseorang untuk keluar dari pondok tersebut. Tidak lama kemudian, senyuman mula diukir kecil di bibirnya. Pintu pondok itu dibuka perlahan, dan kelihatan seseorang keluar dari dalam pondok itu.

"Assalamualaikum." Lelaki tua itu memberi salam penuh kelembutan saat melihat tetamu yang dinantinya itu muncul di daun pintu pondok tersebut.

"Waalaikumsalam." Kedengaran lelaki itu menjawab salam dengan suara yang agak perlahan.

Melihat reaksi lelaki itu yang kelihatan bingung, lelaki tua itu tersenyum lalu mula berjalan pulang meninggalkan lelaki tersebut di belakang. Apabila melihat lelaki tua itu mahu melangkah pergi, lelaki itu terus keluar dari pondok tersebut dengan pantas lalu berlari anak menuju ke arah lelaki tua tersebut.

"Saya dekat mana ni Pak Cik?" Tanya lelaki itu pelik.

"Syafiq rasa Syafiq ada dekat mana?" Lelaki tua itu bertanya kembali.

"Benda terakhir yang saya ingat sebelum saya ada dekat sini ialah mati. Maksudnya saya dah meninggal ke ni Pak Cik?" Tanya Syafiq pelik berbaur duka.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now