Bab 21: Petanda Dalam Mimpi

3.7K 225 38
                                    

Tak siapa menyangka, kemalangan itu hampir meragut nyawa mereka berdua. Mujur bantuan tiba ke tempat kejadian tepat pada masanya, jika tidak pasti kedua-duanya tidak mampu diselamatkan lagi.

Amir mengalami hentakan yang agak kuat di bahagian kepalanya. Hentakan yang berlaku pada cermin hadapan keretanya itu menyebabkan kepalanya terluka dan mengalami pendarahan yang agak banyak. Selain itu juga, tangan kanannya turut terluka akibat dari cubaanya menahan serpihan kaca yang berderai di hadapan matanya itu. Sepanjang perjalanan ke hospital, berulang kali nama Ustaz Firdaus dipanggil. Mungkin Amir risau dengan keadaan Ustaz Firdaus yang turut berada di dalam keretanya itu.

Bagaimanapun, Ustaz Firdaus pula tidak mengalami luka yang banyak. Hanya kelihatan beberapa luka kecil di bahagian mukanya itu dek kerana terkena serpihan kaca yang berderai. Namun hentakan yang dia alami di bahagian kepala lebih serius berbanding dengan apa yang dialami oleh Amir. Ustaz Firdaus sebenarnya agak tinggi, jadi apabila kemalangan tersebut berlaku, kepalanya terhantuk kuat ke hadapan bahagian kereta sebelum terkena pada beg udara. Ustaz Firdausmasih tidak menyedarkan diri dan sedang dirawat di bahagian kecemasan.

Suasana agak sibuk di bahagian kecemasan malam itu. Van Ambulance kelihatan tidak berhenti dari tadi berulang-alik keluar dari bahagian kecemasan hospital tersebut. Suasana yang agak bising memenuhi ruang menunggu, ramai ahli keluarga sedang berkumpul di situ. Ada yang menangis, ada juga yang turut diam membisu. Namun jelas terpancar dari wajah mereka, kerisauan tentang ahli keluarga yang masih dirawat di dalam wad kecemasan itu.

Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat seseorang yang sedang berjalan laju menuju ke arah kaunter bahagian kecemasa itu. Dia yang kelihatan agak cemas terus menekan butang yang ada di situ apabila tidak melihat seorang pun staff yang berada dia kaunter tersebut.

"Saya penjaga kepada Muhammad Amir Bin Haris yang mengalami kemalangan sebentar tadi. Dia ada dekat mana sekarang?" Tanya Ustaz Kamal sebaik sahaja melihat salah seorang staff hospital muncul di balik pintu kaunter tersebut.

"Sekejap ye encik." Balas pekerja tersebut lalu duduk sambil dia mencari nama Amir di bahagian pendaftaran kaunter itu.

"Muhammad Amir bin Haris kan? Dia ada dekat dalam wad pemerhatian sekarang ni. Doktor tengah buat pemeriksaan. Encik boleh tunggu sekejap dekat sana tu, nanti kami akan panggil encik." Kata pekerja itu lalu berdiri dan berlalu pergi sambil membawa beberapa kad pesakit lain.

Ustaz Kamal yang baru sahaja mahu bertanyakan tentang keadaan Amir, terdiam di situ. Melihat pekerja itu berlalu pergi, dia menjadi tidak senang duduk. Selagi dia tidak mengetahui keadaan sebenar Amir, selagi itu dia tidak akan berasa tenang. Ustaz Kamal terus berjalan menuju ke bahagian menunggu. Walaupun ada beberapa kerusi yang kosong, dia memilih untuk terus berdiri sambil menunggu nama Amir dipanggil.

Kakinya tidak senang berdiri. Sekejap dia ke kanan, sekejap dia ke kiri. Dadanya berdegup kencang. Bagaimana lah agaknya keadaan Amir ketika itu.

Setengah jam kemudian

"Muhammad Amir Bin Haris" Tiba-tiba kedengaran nama Amir dipanggil.

Ustaz Kamal yang sedang termenung jauh, terus tersentak dari lamunannya itu lalu berjalan laju menuju ke arah pekerja tersebut. 

"Encik ni penjaga Muhammad Amir ke?" Tanya pekerja itu mahukan kepastian.

"Ye saya, saya penjaga dia." Balas Ustaz Kamal pantas.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now