Bab 29: Ustaz dan Iblis

3.6K 264 69
                                    

Dari balik rimbunan pokok-pokok kecil di sekitar kawasan itu, kelihatan Amir, Ustaz Wan dan juga Ustaz Kamal sedang memerhatikan dari jauh, gerak geri kelibat lelaki tua itu bersama Ayah Alif. Ustaz Wan tidak membenarkan mereka untuk pergi lebih dekat kerana khuatir kehadiran mereka di situ disedari oleh lelaki tua tersebut.

Ustaz Wan sendiri dapat merasakan bahawa kawasan itu telah dipagar oleh lelaki tua itu menggunakan ilmu hitam. Malam aura kegelapan dapat Ustaz Wan sendiri rasakan saat sahaja kakinya itu tadi turun, mencecah bumi. Kerana itu, dia sering mengingatkan Amir untuk berzikir dan membaca apa-apa sahaja ayat Al-Quran yang dihafalnya, sebagai pendinding dan juga senjata kepada makhluk-makhluk jahat ini.

"Ustaz, kita kena selamatkan kawan saya tu Ustaz. Saya risau dia akan diapa-apakan nanti." Kata Amir perlahan saat melihat Ustaz Wan hanya berdiri sambil memerhatikan gerak geri mereka itu.

"Saya tahu Amir, tapi keadaan sekarang bahaya. Kita tak boleh nak risiko kan diri untuk pergi ke sana. Kita kena tunggu pihak polis datang dulu, barulah kita boleh selamatkan kawan awak tu ye." Balas Ustaz Wan cuba menenangkan Amir yang mula kelihatan gelisah.

"Tapi Ustaz..." Belum sempat Amir menghabiskan kata-katanya itu, Ustaz Kamal pula mencelah.

"Betul tu Amir, keadaan sekarang ni bahaya. Kita tak tahu senjata apa yang mereka ada, jadi lebih baik kita tunggu pihak polis tiba dulu." Katanya.

Mendengar kata-kata mereka membuatkan Amir hanya mendiamkan diri nya sahaja. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menyerang lelaki tua dan juga Ayah Alif itu di sana namun dalam keadaan dia yang lemah dan cedera itu membuatkan dia memendamkan sahaja hasratnya itu.

-0-0-0-0-

"Tok, bila kita nak mulakan? Jam dah nak pukul 2 dah ni." Tanya Ayah Alif yang kelihatan mula risau.

"Sabar Din, sabar. Aku kena pastikan upacara ni dijalankan pada masa yang tepat. Kau nak buat sekarang boleh, tapi kalau tak menjadi kau tanggung ye?" Tanya lelaki tua itu sambil menjeling ke arah Ayah Alif.

"Eh saya tanya je Tok. Tak apa, saya tunggu. Saya ikut Tok je." Kata Ayah Alif lalu meneruskan kerjanya untuk mengasapkan kawasan tersebut.

Lelaki tua itu hanya mendiamkan dirinya. Dia kemudiannya berjalan ke arah belakang lalu duduk di atas para-para yang berada betul-betul di bahagian kepala Syafiqdan juga mayat Alif. Dia yang kelihatan sedang duduk bersila, kemudiannya mula memejamkan matanya. Tangannya berjalan, seaakn sedang berzikir. Mulutnya pula terkumat-kamit membacakan sesuatu, mungkin sahaja mantera untuk menyeru makluk dampingannya itu.

Sambil Ayah Alif berjalan mengelilingi kawasan pondok itu, sambil itu juga dia memerhatikan mayat milik anaknya itu. Di matanya, dia tidak melihat satu tubuh yang sudah mereput tetapi dia melihat jasad anaknya yang berada di dalam keadaan yang masih sempurna, sambil tersenyum kepadanya. Dia tahu, ini merupakan jalan yang terbaik yang dia boleh lakukan bagi mendapatkan semula anak kesayangannya itu.

Sedang dia mengelamun, tiba-tiba bekas yang berada di tangannya itu hampir terlepas apabila lelaki tua itu mula bertindak agresif dan mula menjerit-jerit seaakan sedang menyeru sesuatu datang. Ayah Alif yang sedikit terkejut, cepat-cepat memperbetulkan keadaan mangkuk itu lalu terus berjalan kembali mengelilingi kawasan tersebut. Lelaki tua yang semakin menggila itu, hanya dibiarkan sahaja. Ayah Alif tahu, upacara itu pasti sudah dimulakan. 

Selang beberapa minit kemudian, secara tiba-tiba lelaki tua itu kaku dan mendiamkan dirinya. Wajahnya ditundukkan, tangannya digenggam lalu ditegakkan di sisi badannya itu. Rambutnya yang sedikit panjang, sudah tidak terurus. Dia seakan sudah dirasuk sesuatu. Ayah Alif yang hanya melihat dari jauh, tidak berani untuk menegur malah dia hanya diam sambil menjalankan apa yang sudah diperintahkan oleh lelaki tua berkenaan.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now