Bab 11: Perjanjian Berdarah

3.8K 240 32
                                    

Amir yang tidak mampu untuk bergerak hanya mampu mengalirkan air mata nya. Dilihatnya Syafiq yang sedang terduduk sambil memegang kepalanya yang berdarah.

"HAHAHAHA! Kau mengalah ke Syafiq?" Kedengaran lembaga itu ketawa sekuat hatinya.

Amir mula melangkah mendekati Syafiq. Walaupun dia semakin hampir, namun tubuhnya itu masih dikawal oleh lembaga yang merasuk ke dalam tubuhnya. Dia hanya mampu melihat, namun tidak mampu untuk melakukan apa-apa pun. Hatinya benar-benar luluh melihat keadaan Syafiq sebegitu.

Dalam keadaan yang sungguh lemah, Syafiq mula memandang ke arah Amir. Amir yang tidak masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa turut memandang ke arah sahabatnya itu dengan sayu. Melihat Amir yang semakin mendekatinya, Syafiq merasa sedikit lega. Setidak-tidaknya Amir tidak akan terjatuh dari tingkat 9 bangunan tersebut.

"Manusia memang mudah mengalah! Hari ni kau akan mati wahai manusia! HAHAHAHA!" Jerit lembaga itu dengan penuh bongkak.

Selangkah demi selangkah, Amir mula mendekati Syafiq. Darah yang semakin banyak keluar dari kepalanya itu membuatkan Syafiq merasa pening. Malah penglihantannya juga semakin kabur. Namun memikirkan bahawa dia harus menyelesaikan semua ini, dia gagahkan jua dirinya malah melawan kesakitan yang dia alami itu.

Semakin menghampiri Syafiq, semakin Amir tidak mampu untuk mengawal air matanya. Melihat sahabat yang berada di dalam kesakitan, siapa sahaja pasti akan merasa kesakitan yang sama. Amir dengan sedaya upayanya cuba untuk melawan lembaga tersebut dari dalam dirinya, namun dia tetap gagal. Dia tidak mengalah, terutamanya apabila melihat Syafiq dalam keadaan yang terseksa sebegitu.

Apabila semakin menghampiri Syafiq, langkah Amir terhenti. Syafiq yang semakin lemah, mula terbaring layu di atas lantai bumbung tersebut. Namun dia kelihatan sedaya upayanya untuk cuba bangkit, namun gagal. Dia terbaring kaku di situ. Melihat keadaan Syafiq sebegitu, lembaga itu ketawa terbahak-bahak. 

"Manusia lemah!" Jerit lembaga yang semakin bongkak.

Namun secara tiba-tiba, Syafiq yang tadinya kelihatan terbaring kaku dengan sepantas kilat bangun lalu memercikkan air dari botol yang disembunyikan dari tadi di balik bajunya itu. Sebaik sahaja terkena air yang dilemparkan oleh Syafiq, tubuh Amir mula menggelupur. Kedengaran suara lembaga itu penuh kesakitan.

Lembaga itu cuba untuk melarikan diri, namun Syafiq dengan pantas telah menarik lengan Amir lalu menangkapnya. Amir menggelupur kesakitan kerana lembaga itu mula panas berada di dalam badannya itu. Syafiq kemudiannya mencapai botol yang masih berisi air, lalu memaksa Amir untuk meminumnya. Walaupun dia cuba untuk menyeburkan kembali air tersebut, namun Syafiq terus menghalangnya. 

Syafiq sebenarnya sudah kehabisan tenaga, namun dia gagahkan jua demi untuk memastikan bahawa lembaga itu mengalah dan keluar dari badan Amir. Dengan berbaki sedikit air, Syafiq menuangkan air tersebut di telapak tangannya lalu menyapu ke keseluruhan wajah dan juga kepala Amir. Lama-kelamaan, Amir semakin bertenang lalu dia terbaring kaku situ. 

Syafiq terduduk lemah di sisinya dan tanpa dia sedar, darah mula mengalir turun ke kelopak matanya. Sedikit demi sedikit, pandangannya mula kabur lalu dia turut rebah di sisi Amir.

-0-0-0-0-

"Bodoh! Aku suruh kau buat kerja senang pun kau gagal! Sia-sia aku bagi kau makan!" Kedengaran suara seorang lelaki yang sedang marah.

Lelaki itu kemudiannya mengambil sebilah pisau yang berada di sisinya, lalu disalai di atas timbunan asap kemenyan yang berkepul-kepul keluar dari mangkuk arang yang berada betul-betul di hadapannya itu. Kemudian diambilnya sebiji limau kasturi lalu diletakkan di bibir mulutnya itu. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu, kemudian dengan perlahan dia membelah limau tersebut menggunakan pisau yang berada di tangannya itu.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now