Bab 22: Kerana Kasih

3.6K 222 33
                                    


Jam menunjukkan tepat pukul 11 pagi. Ibu bapa Amir yang baru sahaja tiba di hospital itu bergegas menuju ke wad 5 hospital berkenaan. Setelah dimaklumkan oleh Ustaz Kamal malam tadi, mereka terus bertolak dari Kuala lumpur menuju ke sini.

"Astagfirullahahazim nak." Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Ibunya saat melihat Amir yang sedang terbaring di atas katil pesakit itu.

Amir yang sedang menjamah bubur yang dibawa oleh Ustaz Kamal sedikit terkejut lalu mengukirkan senyuman ke arah kedua Ibu Bapanya itu. Dia harus menunjukkan bahawa dia sihat, kerana pasti Ibu Bapanya itu akan menjadi lebih risau sekiranya mengetahui keadaan sebenar dia.

"Mak dengan Abah datang naik apa ni? Bukan ke Abah tak berapa sihat?" Tanya Amir saat kedua orang tua nya itu menghampirinya.

"Kalau dah anak masuk hospital macam ni, Abah tak boleh jalan pun Abah akan ikhtiar untuk datang. Kamu tu haaa yang patutnya kami risaukan, bukan kamu yang patut risaukan kami." Balas Ayah Amir sambil menghulurkan tangannya kepada Amir yang ingin bersalaman.

"Macam mana lah kamu boleh excident ni Amir? Itulah, Mak dah banyak kali pesan jangan bawak laju-laju. Tengok apa dah jadi dah." Kata Ibunya sambil mengelap air matanya yang mula bertakung di kelopak matanya.

"Mak jangan lah risau, Amir ok lah. Cuma kemalangan sikit je. Doktor pun cakap Amir tak ada apa-apa yang serious, hari ni atau esok dah boleh keluar dah." Jawab Amir sambil tersenyum lalu mencapai sehelai tisu di sisinya itu dan mengelap perlahan air mata Ibunya yang masih mengalir.

"Mana lah kami ni tak risau, kamu tu anak kami. Sikit ke banyak ke, kami tetap risau." Kata Ibunya lagi.

"Amir mintak maaf Mak, Abah, kalau Amir buat Mak dengan Abah risau. Amir pun tak sangka benda ni boleh jadi, lagipun Amir tak ada apa-apa. Mak Abah jangan risau ye." Kata Amir dengan nada yang sedikit sayu sambil memandang ke arah kedua orang tuanya itu.

"Haaaa ni kamu ada nak makan apa-apa tak? Abah pergi belikan. Tadi kalang-kabut sangat sampai nak ke mari pun tak sempat nak singgah mana-mana." Kata Ayahnya sambil melihat barang-barang yang ada di dalam almari kecil di sisi Amir.

"Amir dah makan dah tadi, ni pun ada Ustaz Amir tolong bawakkan bubur. Abah dengan Mak kan belum makan lagi, pergi lah turun dulu makan dekat cafe bawah tu. Makanan dia sedap." Balas Amir sambil mengusap lembut tangan Ibu nya itu.

"Kalau Mak pergi, siapa nak jaga kan Amir. Tak apa lah, Abang pergi sorang boleh kan?" Tanya Ibu Amir sambil memandang ke arah suaminya itu.

"Haaaa tengok tu. Dah jumpa anak kesayangan dia, kita disisihkan. Hurmmm." Balas Ayah Amir cuba bergurau.

"Ayoooo Maaaaak, Abah dah merajuk." Usik Amir sambil ketawa kecil melihat Ayahnya itu.

"Haaaa mula lah tu mengada-ngada dia dah datang. Awak ni mengalah lah sikit. Anak kita ni kan tengah sakit. Kalau awak tak nak makan sesorang dekat sana, awak bungkus lah. Nanti kita makan dekat sini sama-sama ye." Balas Ibu Amir sambil mencubit perlahan lengan baju suaminya itu.

"Tak apa lah Mak, Amir ok je. Mak pergi lah makan dulu dengan Abah dekat cafe tu, nanti naiklah semula. Amir pun bukan nak ke mana-mana pun." Kata Amir menyuruh Ibunya untuk makan di cafe dahulu. Amir tahu bahawa Ibunya sedang merasa lapar kerana perjalan ke sini bukan nya dekat. Malah mereka pasti kepenatan kerana kudrat orang yang sudah berusia tidak sama dengan kudrat orang muda.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now