Bab 4: Gangguan Pertama

4.2K 274 6
                                    

"Kau sempat tanya ke Ustaz Kamal masuk hospital mana Amir?" Tanya Syafiq yang sedang berlari anak mengejar Amir yang berjalan laju dihadapannya itu.

"Allahu aku lupa lah pulak nak tanya tadi. Tapi obviously dia masuk hospital yang dekat dengan bandar tu kan. Hospital mana lagi yang ada dekat area sana." Balas Amir yang semakin pantas menuruni anak tangga blok mereka itu.

"Ye lah mana tahu Ustaz excident dekat tempat lain kan. Risau pulak aku bila kita dah sampai sana tapi Ustaz dekat hospital lain." Kata Syafiq meluahkan pendapatnya.

"Haaa kejap, aku try telefon Ustazah Maryam lagi sekali. Conformkan yang Ustaz masuk hopsital mana ok." Balas Amir sambil menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefon bimbitnya itu.

Cubaan Amir untuk menelefon Ustaz Kamal gagal kerana panggilannya itu tidak berjawab. Walaupun dia sudah mendail beberapa kalil, namun panggilannya itu tetap tidak dijawab oleh sesiapa. 

"Syafiq, tak ada orang angkat lah. Aku rasa better kita pergi je dekat hospital tu dulu. Nanti dalam perjalanan aku try call lagi." Kata Amir sambil mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya itu.

Enjin kereta dihidupkan, lampu sudah mulai dinyalakan. Amir yang masih cuba untuk memasang tali pinggang keledarnya itu dengan tergesa-gesa sudah mula memasukkan gear satu keretanya. Melihat keadaan Amir yang agak merisaukan, Syafiq mulai bersuara.

"Kau tak payahlah kalam kabut sangat Amir oi. Rileks. Pakai dulu tali pinggang tu elok-elok. Nanti bukan kita yang melawat Ustaz Kamal, entah-entah Ustaz Kamal yang datang melawat kita." Kata Syafiq padanya. 

"Sorry Syafiq, aku tak boleh nak fikir sangat sekarang ni. Risau dengan keadaan Ustaz Kamal dekat sana tu. Aku tak tahu lah dengan kau, tapi aku dah anggap Ustaz Kamal tu macam abang aku sendiri. Dia baik dengan aku sangat-sangat." Balas Amir lalu memberhentikan keretanya itu di bahu jalan. 

"InsyaAllah Ustaz Kamal tak apa-apa.Kita doa yang baik-baik je untuk dia ok. Dah meh sini aku bawak kereta ni, kau duduk dekat sebelah je. Risau pulak aku tengok kau ni." Kata Syafiq sambil membuka tali pinggang keledarnya itu.

Melihat Syafiq mulai keluar dari keretanya itu, Amir turut membuka tali pinggang keledarnya lalu membuka perlahan pintu keretanya. Sedang dia mahu keluar dari keretanya itu, satu panggilan masuk telah diterima. Tertera nama Ustaz Kamal di skrin telefon bimbitnya itu. 

"Assalamualaikum Ustazah Maryam, maaf menggangu Ustazah. Saya cuma nak tanya hospital mana yang Ustaz Kamal masuk ye? Ni saya dengan kawan saya, Syafiq otw nak ke sana ni." Kata Amir saat menjawab panggilan yang diterimanya itu.

"Hospital? Bila masa saya masuk hospital pulak ni Amir? Ni saya baru je balik dari masjid ni, tadi saya tertinggal telefon saya dekat rumah. Awak dekat mana tu?" Balas Ustaz Kamal yang terkejut mendengar soalan dari Amir itu tadi.

Mendengar sahaja jawapan yang diberikan oleh Ustaz Kamal itu membuatkan Amir kaku. Sekana tidak percaya akan apa yang dia dengari, dia sekali lagi meletakkan telefon bimbitnya itu di telinganya.

"Amir, Amir. Awak ok tak ni? Syafiq mana? Kamu berdua ok ke tak dekat sana tu?" Kedengaran dengan jelas suara Ustaz Kamal bertanyakan soalan padanya.

Syafiq yang baru sahaja tiba di sebelah Amir pelik melihat keadaan Amir sebegitu. Amir yang masih kaku di tempat duduknya itu mula memalingkan mukanya ke arah Syafiq saat menyedari bahawa Syafiq sudah berada di sebelahnya. Dengan nada suara yang terketar-ketar, Amir cuba memberitahu Syafiq sesuatu.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now