Bab 2: Pesanan

4.5K 299 17
                                    

"Allahuakhbar. Kalau iye pun bagi lah salam dulu. Ini main masuk je bilik aku, selamatlah aku tak ada sakit jantung." Kata Syafiq sambil mengusap laju dadanya itu.

"Allah, maaf Syafiq. Aku tak sengaja. Aku dah banyak kali bagi salam, tapi tak ada orang yang sahut. Aku tengok pintu kau tak berkunci, itu yang aku masuk tu." Balas nya dengan penuh serba salah.

"Kau ni siapa berani-berani je masuk bilik aku? And macam mana kau kenal aku? Aku rasa aku tak kenal and tak pernah jumpa kau pun." Kata Syafiq dengan nada suara yang agak tinggi lalu dia berdiri menghampiri lelaki itu.

"Aku Amir, Amir Zakwan. Kita dah lama kenal sebenarnya, sejak dari sekolah lagi. Cuma sejak kau kenal dengan ..." Ayat nya tergantung di situ. Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Amir seakan tidak mahu meneruskan kata-katanya itu.

"Kenal dengan?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Itu tak penting lah Syafiq. Apa yang penting sekarang ni, aku akan stay dengan kau dekat sini. Mana satu katil aku ni?" Kata Amir seakan cuba untuk menukar topik perbualan mereka.

"What? Nak tinggal dengan aku? Not even in your wildest dream lah bro. Aku pun tak kenal kau, tiba-tiba datang mengaku kau ni kawan aku and terus nak stay sebilik dengan aku. No way!" Balas Syafiq agak bengang.

"Kalau kau tak percaya, kau boleh call Ustaz Kamal. Dia yang suruh aku pindah ke sini. Katanya suruh teman kau." Balas Amir sambil tersenyum pada Syafiq.

"What ever it is, aku tetap tak nak! Sebelum aku halau kau secara kasar, baik kau keluar dari sini bro. Aku penat ni, letih drive dari KL. So please jangan kacau mood aku, aku tak larat lah nak marah-marah ni." Kata Syafiq menuju ke pintu biliknya lalu dengan membuka daun pintu biliknya itu.

Tanpa Syafiq sedari, rupa-rupanya Ustaz Kamal sudah berdiri tegak di hadapan pintu biliknya itu. Sekali lagi Syafiq terkejut menyebabkan dia hampir terjatuh ke lantai.

"Ya Allah Ustaz. Terkejut saya. Tadi si Amir ni buat saya terkejut, ni Ustaz pulak. Allah! Boleh sakit jantung saya hari ni." Keluh Syafiq.

"Ustaz baru je nak ketuk pintu bilik kamu tadi, tiba-tiba terbukak dengan sendiri. Ustaz ingat Pak Man pasang pintu automatik tadi." Balas Ustaz Kamal cuba untuk bergurau.

"Ustaz, tolong bagitau sikit dekat Syafiq ni apa yang Ustaz suruh saya buat. Ada ke patut dia nak halau saya tadi. Saya punya lah niat baik nak teman dia." Tiba-tiba Amir muncul dari balik pintu itu dan terus mengadu kepada Ustaz Kamal apa yang terjadi sebentar tadi.

"Haaa Syafiq, lupa Ustaz nak cakap tadi. Ni Amir, pelajar tahun akhir jugak. Sama dengan kamu. Disebabkan Ustaz ni risau dengan keadaan kamu, Ustaz pun suruhlah si Amir ni temankan kamu. Kebetulan si Amir ni pun nak siapkan projek akhir dia, jadi boleh lah kamu siapkan sama-sama. Lagipun kan best sikit ada teman sebilik kan." Terang Ustaz Kamal pada Syafiq.

Sebaik sahaja Ustaz Kamal habis berbicara, dengan tiba-tiba kedengaran sebuah objek jatuh kuat ke lantai bilik mereka. Terkejut dengan bunyi hentakan tersebut menyebabkan Syafiq dan Amir memandang ke sekeliling ruang bilik nya itu. Tiada satu pun objek yang jatuh ke lantai, menyebabkan masing-masing terus terdiam.

Ustaz Kamal yang masih berada di pintu bilik itu terus membaca perlahan beberapa ayat suci Al-Quran lalu meniup perlahan ke dalam bilik itu.

"Ustaz tahu kamu okay, Ustaz tahu kamu kuat Syafiq. Tapi Ustaz tak nak kamu tinggal keseorangan dekat sini. Biarlah Amir temankan kamu ye. Jadi kalau kamu perlukan apa-apa dia ada." Kata Ustaz Kamal sambil memegang bahu Syafiq perlahan.

"Hmmm, baiklah Ustaz. Tapi saya tak janji saya boleh berbaik dengan sesiapa buat masa ni. Saya izinkan dia duduk sebilik dengan saya ni pun sebab saya hormatkan Ustaz." Balas Syafiq pasrah.

"Alhamdulillah. Dengar tu Amir, jangan buat Syafiq tak selesa dengan kamu. Ingat pesan Ustaz sebelum ni ye." Pesan Ustaz Kamal kepada Amir.

"Yes Captain." Balas Amir sambil tersenyum.

"Ustaz mintak diri dulu, dah nak pukul 4 ni. Ustaz kena balik ambil anak-anak Ustaz dekat taska. Ingat, pesan Ustaz ni, jangan tinggal solat, jangan lupa baca Al-Quran, letakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Allah kerana segala apa yang terjadi itu hanya dengan izin dari Allah. Dan apa pun yang terjadi, jangan pernah sesekali pun kita sangsi dengan kekuasaan Allah ye. Doa banyak-banyak pada Dia, cepat atau lambat pasti akan Dia makbulkan kelak." Pesan Ustaz Kamal pada mereka berdua.

"Baik Ustaz." Serentak Syafiq dan Amir menjawab.

Seusai bersalaman, Ustaz Kamal pun berlalu pergi. Melihat kelibat Ustaz Kamal yang semakin menghilang, Amir melangkah masuk ke bilik nya itu lalu merebahkan tubuhnya ke katil yang ada. Tidak lama selepas itu, daun pintu ditutup perlahan. Syafiq mengunci pintu tersebut lalu berdiri tegak di sisi Amir.

"Okay, sekarang aku nak tahu dari A sampai Z." Kata Syafiq dengan nada yang agak tegas.

Amir yang masih memejamkan matanya tidak memberi apa-apa respon.

"Kalau kau masih nak tinggal dengan aku dekat sini, baik kau mula bercerita. If not, aku sendiri yang akan pindah ke bilik lain." Ugut Syafiq padanya.

"Apa kata kau berehat dulu then nanti lepas Maghrib aku cerita dekat kau semua nya. Oh no, tak semua. Aku akan cerita part yang kau perlu tahu sahaja. Deal?" Balas Amir lalu memusingkan badannya ke arah dinding bilik mereka.

"Ya Allah, sakitnya hati aku. Kalau tak sebab Ustaz Kamal memang dah lama dah aku halau kau keluar. Haishhhh!" Kata Syafiq bengang lalu menuju ke katilnya.

Masing-masing yang sebenarnya kepenatan akhirnya tertidur dibuai mimpi. Suasana menjadi tenang tatkala itu. Jam terus berdetik laju menyaksikan matahari kian berlalu. Senja mulai mengambil tugasan, memanggil bulan dan bintang menyiasi alam. Disebabkan keletihan yang teramat sangat, masing-masing tidak menyadarkan diri.

BERSAMBUNG...

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now