Bab 19: Hilang dari Pandangan

3.5K 234 15
                                    


Amir menyangka bahawa makhluk itu akan mendengar arahannya, namun sangkaannya salah. Dan sekiranya betul apa yang dikatakan, makhluk itu hanya akan menurut perintah Tuan nya sahaja, iaitu seseorang yang Amir kenali. Amir terdiam. Dia menyandarkan badannya ke arah dinding bilik itu lalu memeluk rapat kakinya ke arah dadanya.

Penyesalan mula timbul di dalam hatinya. Dia tidak menyangka semuanya akan berakhir seperti ini. Itulah, dek kerana terlalu mengikutkan perasaannya kini dia yang menanggung segala akibatnya. Dalam suasana kelam itu, air matanya mula menitis. Didekatkan kepalanya itu ke lutunya lalu dia menangis tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

Ustaz Firdaus yang mendengar tangisan Amir mula memalingkan wajahnya ke arah Amir. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa ada satu lembaga yang sangat besar sedang berdiri di sisi Amir. Makhluk yang berbulu lebat itu mempunyai mata yang sangat merah. Apabila Ustaz Firdaus memandang tajam ke arahnya, lembaga itu seakan takut lalu melangkah ke belakang. Lembaga itu hanya berdiri tegak di penjuru bilik tersebut seakan ketakutan melihat Ustaz Firdaus.

Tanpa berlengah, Ustaz Firdaus mencapai satu botol kaca yang berada tidak jauh darinya lalu mula mulutnya mula membacakan sesuatu. Dibuka perlahan penutup botol kaca tersebut lalu tangan kanannya itu ditunjukkan ke arah lembaga tersebut.

Amir yang secara tiba-tiba terdiam, mula mengangkat kepalanya perlahan. Dia yang tadinya sedang menangis, secara tiba-tiba berubah. Dia tersenyum ke arah Ustaz Firdaus dan menajamkan pandangannya. Dan secara tiba-tiba dia berdiri lalu cuba melarikan diri.

Amir mencapai tombol pintu bilik tersebut lalu membukanya. Dengan sepantas kilat dia membuka daun pintu tersebut lalu berlari keluar dari bilik tersebut. Salah seorang anak murid Ustaz Firdaus cuba menhalangnya namun gagal. Amir terlalu pantas berlari sehingga tidak mampu dicapai oleh anak muridnya itu.

Melihat Amir yang sudah tiada di situ, Ustaz Firdaus bangun lalu turut keluar dari bilik tersebut. Dia sempat mengambil segengam garam di dalam genggamannya lalu berlari anak cuba menjejak Amir yang sudah tidak kelihatan. Hanya tinggal anak muridnya keseorangan bersama dengan Syafiq di situ.

Mata Ustaz Firdaus merayau cuba mencari jejak Amir. Apabila dilihat pintu rumahnya yang sudah terbuka, dia yakin bahawa Amir telah keluar dari rumahnya itu. Anak muridnya juga tidak kelihatan, mungkin masih sedang mencuba mendapatkan Amir yang lari entah ke mana.

Apabila Ustaz Firdaus melangkah sahaja ke luar pintu rumahnya, dengan serta merta pintu rumahnya itu tertutup kuat. Sedikit terkejut dengan perkara itu, Ustaz Firdaus sempat beristigfar seketika.

"Ustaz, Ustaz, dia ada dekat sini." Tiba-tiba kedengaran suara anak murid Ustaz Firdaus memanggil namanya.

Dihiraukan pintu rumahnya itu lalu, dia berlari mendapatkan Amir yang sedang dipegang kuat oleh anak muridnya. Amir sudah terbaring di atas rumput di halaman rumah Ustaz Firdaus, manakala anak muridnya itu berada di belakangnya, sedang menahan kuat Amir agar tidak melarikan diri. Ustaz Firdaus pun menghampiri mereka lalu memegang kuat kepala Amir setibanya dia di sana.

Satu ayat dari surah al-Baqarah dibacakan diikuti dengan beberapa ayat dari surah-surah yang lain. Ustaz Firdaus kemudiannya menghembus sedikit ke arah garam yang masih berada di dalam genggamannya itu lalu mencampakkan sedikit demi sedikit ke arah Amir. Amir mula meronta ronta kesakitan. Dalam balingan nya yang ke tiga, kelihatan Amir mula lemah.

Tanpa berlengah, Ustaz Firdaus memegang ubun-ubun kepala Amir lalu membacakan sesuatu ke arahnya. Dihembus perlahan lalu diusap sehingga ke wajahnya. Makhluk itu meronta-ronta minta dilepaskan, namun Ustaz Firdaus tetap meneruskan perbuatannya itu. Dia membuka penutup botol yang berada di tangan kirinya itu lalu mengusap kembali ubun-ubun Amir.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now