Bab 7: 3 Benda

4.3K 265 14
                                    

"Boleh, tanya je lah." Jawab Ustaz Kamal ringkas lalu memandang ke wajah Amir yang berdiri di hadapannya itu.

"Masa malam tu, macam mana Ustaz boleh tahu yang Syafiq kena ganggu. Bukan ke sepatutnya Ustaz ada dekat rumah masa tu?" Tanya Amir ingin tahu.

Mendengar soalan itu, riak wajah Ustaz Kamal sedikit berubah. Seakan sedang memikirkan jawapan yang hendak diberikan, dia memalingkan muka nya itu semula ke arah Syafiq yang masih terbaring kaku di atas katil nya itu.

"Ada perkara yang sebenarnya dah lama saya simpan. Rahsia yang telah diamanahkan oleh seseorang kepada saya. Buat masa ni, saya masih belum boleh bagitahu kamu lagi Amir. Tapi insyaAllah lepas saya dapat selesaikan satu perkara ni, saya akan beritahu pada kamu, terutamanya kepada Syafiq yang dia sepatutnya tahu perkara ini lebih awal lagi." Balas Ustaz Kamal padanya. 

Mendengar penjelasan itu, Amir menjadi semakin tertanya-tanya akan apa yang cuba disembunyikan oleh Ustaz Kamal. Sebesar mana agaknya rahsia itu sehingga Syafiq sendiri masih belum mengetahuinya. Dalam fikiran Amir, ini mesti melibatkan Syafiq dan juga arwah sahabatnya, Alif.

"Saya percayakan Ustaz sebab saya dah anggap Ustaz macam abang saya sendiri. Saya cuma nak Ustaz tahu yang kalau Ustaz perlukan apa-apa bantuan, saya sentiasa ada dekat sini. Lagipun perkara ini melibatkan saya juga, jadi biarlah saya tolong mana yang saya mampu." Kata Amir lalu menarik perlahan langsir yang berada di tepi nya itu bagi menghalang sinaran cahaya matahari yang memancar terang ke dalam bilik wad itu.

"Kamu jangan risau, buat masa ni saya masih lagi mampu mengawal keadaan. Lagipun sikit je lagi saya nak selesaikan perkara ni. Lepas sahaja selesai, saya janji saya akan beritahu kamu ye." Kata Ustaz Kamal kembali.

Sedang mereka berbual, pintu wad itu ditolak perlahan dari luar. Kelihatan seorang lelaki yang membawa beberapa bungkus plastik masuk ke dalam bilik wad tersebut. Lelaki tersebut menghampiri mereka berdua lalu meletakkan plastik tersebut di atas almari kecil di sisi katil tersebut. Diusapnya perlahan kepala Syafiq lalu dia berjalan menuju ke arah Amir dan juga Ustaz Kamal.

"Terima kasih ye Amir sebab sudi nak jaga kan Syafiq.  Uncle kalau boleh memang nak stay lebih lama lagi tapi esok ada meeting penting dengan ahli lembaga dari luar. Memang Uncle tak boleh nak elak." Kata lelaki itu yang merupakan ayah kepada Syafiq.

"Allah. Benda kecik je Uncle. Lagipun dia kan kawan saya jugak, bukan setahun dua saya baru kenal dengan dia. Uncle jangan risau, lagipun Doktor kan dah kata yang insyaAllah Syafiq tak apa-apa. Uncle uruskan je dulu urusan kerja tu, saya boleh jaga dia dekat sini." Balas Amir sambil tersenyum.

"Ini kalau kamu tak ada ni Amir, tak tahu lah macam mana Unlce nak bagaikan. Iye lah, kamu pun tahu kan yang Unty dah lama tak ada. At least kalau ada, boleh dia jaga Syafiq dekat sini." Kata ayah Syafiq sayu.

"Unlce jangan cakap macam tu, Uncle kena kuat. Kita yang hidup ni kena lah meneruskan kehidupan. Ini kalau Syafiq tahu Uncle tak kuat, lagi lah dia lemah. Jadi Uncle kena kuat supaya Syafiq pun turut sama kuat macam Uncle." Balas Amir lagi.

"Betul tu. Sebagai ayah, kita mesti kuat, anak-anak macam mana sekali pun masih memerlukan kita. Kalau kita lemah, nanti mereka lagi lemah." Kata Ustaz Kamal mencelah perbualan mereka.

"Terima kasih jugak lah dekat Ustaz sebab dah banyak tolong Syafiq ye. Dari kes yang hari tu lagi Ustaz banyak tolong dia, tak tahu lah macam mana saya nak membalasnya Ustaz." Kata ayah Syafiq kepada Ustaz Kamal.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now