Bab 30: Pengakhiran

4.3K 288 115
                                    

Ustaz Wan memandang wajah Ustaz Kamal dengan pandangan yang kecewa. Dia mengharapkan agar Ustaz Kamal dapat menjaga Amir dari melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan, namun sebaliknya pula yang berlaku. Namun dalam pada masa yang sama, Ustaz Wan tetap berhati-hati. Dia tahu, dalam keadaan sebegini pasti iblis akan menjadi lebih bijak dengan mengambil kesempatan keatas mereka.

"Amirrr.." Dalam keadaan yang mencemaskan itu, kedengaran suara Syafiq memanggil nama Amir perlahan.

Melihat Syafiq yang sudah mula menyedarkan diri, lelaki tua itu menguatkan lagi cekikaknnya di leher Syafiq. Tangannya yang masih memegang sebilah keris, diperkemaskan. Dia tidak mahu Syafiq atau sesiapa pun menggagalkan upacaranya pada malam itu.

"Kenapa aku harus lepaskan dia? Dia dah cukup sesuai dah untuk upacara malam ni. Aku tak perlukan pengganti. Hahaha." Kata lelaki tua itu sambil ketawa melihat reaksi mereka semua.

"Aku sayangkan dia lebih dari budak ni. Kau ambillah dia. Lagipun bukan ke kau perlukan budak tu untuk memanggil roh Alif untuk datang ke sini? Kalau dia yang dikorbankan, kau pasti ke Alif akan datang?" Tanya Ustaz Kamal cuba menyakinkan lelaki tua itu.

Lelaki tua itu kelihatan terdiam seketika. Dia seakan sedang berdialog dengan seseorang, namun tiada sesiapa pun disekelilingnya. Ustaz Wan yang sedar bahawa lelaki tua itu tidak sendirian, memejamkan matanya lalu membacakan sesuatu. Saat dibuka sahaja matanya itu, kaki nya terasa sedikit lemah seakan mahu terjatuh ke belakang, namun cepat-cepat digagahkan kerana tidak mahu sesiapa melihatnya dalam keadaan yang begitu.

Dari pandangan mata kasar, keadaan di situ hanya lah biasa. Terdapat sebuah pondok usang yang dijadikan markas pemujaan, dan dikelilingi oleh hutan rimba yang menghitam. Namun apabila hijab dibuka, keadaan di situ sama sekali tidak sama. Pondok dan hutan itu masih lagi sama, Namun selepas diamati, kawasan pondok itu seakan diselaputi oleh satu lapisan di mana terdapat pelbagai makhluk yang menggerunkan berada di dalam kawasan tersebut. 

Ustaz Wan, Ustaz Kamal dan juga Amir selamat kerana mereka sebenarnya masih berada di luar lingkungan lapisan tersebut. Namun jelas kelihatan lelaki tua itu berada di tengah-tengah kawasan yang terletaknya pelbagai makhluk yang menggerunkan. Ada yang menghinggap di atas pohon, kelihatan seperti burung tetapi mempunyai wajah yang menyeramkan. Ada yang menjalar di sekeliling kawasan itu, sesekali cuba untuk keluar namun gagal. 

Lamunan Ustaz Wan tiba-tiba sahaja terhenti apabila dia sedar bahawa Ustaz Kamal cuba untuk menghampiri kawasan lapisan tersebut. Tidak hairanlah kerana hanya Ustaz Wan sahaja yang dapat melihat lapisan yang menghalang makhluk-makhluk itu keluar dari kawasan itu. 

"Ustaz, nanti dulu." Jerit Ustaz Wan apabila melihat Ustaz Kamal mula menolak Amir untuk mendekati lelaki tua itu.

Langkahnya terhenti. Ustaz Kamal memandang ke arah Ustaz Wan dengan pandangan yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Begitu juga dengan Amir. 

Melihat mereka memandang ke arahnya, dengan segera Ustaz Wan membacakan sesuatu lalu ditiup perlahan ke arah mereka. Walaupun jarak antara mereka agak jauh, namun dapat dirasakan di wajah mereka satu tiupan angin lembut menerjah wajah mereka. Itu membuatkan Ustaz Kamal dan Amir sedikit terkejut. Ustaz Wan kemudian memberi isyarat supaya mereka berdua memandang ke arah lelaki tua tersebut.

"Allah." Terpacul nama Allah di mulut mereka saat hijab mereka itu turut terbuka sama. 

Ustaz Kamal menggigil ketakutan. Dia melangkah ke belakang, namun Amir yang masih tetap berdiri menghalang Ustaz Kamal pergi. 

"Ustaz, kita kena teruskan apa yang kita rancang. Kita tak boleh mengalah." Tiba-tiba Amir memalingkan mukanya ke sisi sambil membisikkan sesuatu kepada Ustaz Kamal.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now