Bab 16: Secangkir Memori di Hati

3.6K 237 21
                                    

Waktu Sekarang

Syafiq terdiam mendengar penjelasan yang diberikan oleh Amir itu. Bulu romanya tegak berdiri, badannya mula menggigil kesejukan. Dilemparkan pandangannya ke arah lantai biliknya itu, fikirannya kosong. Syafiq tidak mampu untuk memikirkan apa-apa saat itu.

"Kau ok tak ni Syafiq?" Tanya Amir risau.

Syafiq sekadar menganggukkan kepalanya sebagai tanda bahawa dia tidak apa-apa. Namun dari reaksi wajahnya itu, Amir tahu bahawa semua ini sukar untuk dia terima. 3 tahun di fikirannya, Alif seorang sahabat yang baik. Namun tiba-tiba hari ini datang seseorang yang padanya asing, menceritakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dia alami.

"Kenapa baru sekarang kau datang jumpa aku Amir? Kenapa kau tak biarkan je aku sendirian dalam dunia yang aku faham, kenapa Amir kenapa?" Tiba-tiba Syafiq bertanya lalu menitiskan air matanya.

Amir menjadi serba salah melihat Syafiq dalam keadaan begitu. Dia menhampiri Syafiq lalu cuba untuk menenangkannya. Diusap perlahan belakang badan Syafiq sambil menyuruhnya untuk terus bersabar.

"Kau mesti tak akan percaya macam mana selama ni aku tak pernah give up nak tolong kau. Kalau kau tak percaya, Syam boleh jadi saksi aku. Selama nak dekat 3 tahun ni, dah berapa ramai Ustaz, pawang, bomoh yang aku jumpa untuk mintakkan penawar, tapi kebanyakkannya aku gagal sebab setiap kali aku nak jumpa kau, pasti Alif yang muncul dekat depan pintu bilik kau ni. Beberapa kali jugak lah aku ada cuba nak 'culik' kau, tapi tak berjaya sebab ke mana je kau pergi Alif mesti ada sekali. Lagipun bila aku cerita dekat semua orang pasal kau, tak ada siapa pun yang percaya sebab kau nampak sihat je. Selamat lah aku still ada Syam yang percaya dekat aku sepenuhnya."  Jelas Amir dengan nada yang perlahan.

"So sekarang ni bila Alif dah meninggal, kenapa aku still kena ganggu lagi?" Tanya Syafiq yang seakan masih tidak percaya lagi.

"Itulah sebabnya aku datang ni. Ada seorang Ustaz suruh aku bawak kau jumpa dengan dia. Dia kata dia tak boleh nak ubatkan kau dari jauh. Ada benda yang terlalu kuat yang dah lama bertapak dalam badan kau ni. Dia suruh datang jumpa dengan dia depan-depan, baru dia boleh tolong. And belive me, aku tak cakap Alif yang buat semua ni, cuma kau jadi macam ni lepas kau kenal dengan dia. At least bila kita jumpa dengan Ustaz ni, mungkin kita akan tahu perkara yang sebenar." Balas Amir cuba untuk menyakinkan Syafiq.

Syafiq kembali mendiamkan dirinya. Dia buntu, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Tidak pernah sekali pun terlintas di fikirannya bahawa seorang sahabat yang amat dia sayangi sanggup melakukan perkara seperti itu kepadanya. Di dalam fikirannya, Alif seorang sahabat yang sungguh baik. Kerana Alif juga lah, dia banyak berubah. Kerana Alif juga lah, dia kini menjadi lebih penyabar. Malah kerana Alif juga lah, dia mengenal erti seorang sahabat sejati. 

Namun hari ini, semuanya seakan satu lakonan sahaja. Apa yang dikatakan oleh Amir menunjukkan wajah sebenar Alif yang selama ini hanya bertopengkan kebaikan semata-mata. Agak sukar untuk Syafiq terima, namun bila difikirkan kembali Amir mungkin ada betulnya. Sekarang ini dia berada di tengah-tengah. Diantara mahu percayakan Amir, atau terus berpegang pada memori nya bersama Alif. Syafiq keliru.

"Aku tak nak paksa kau Syafiq, tapi kau kena percayakan aku. Tak apa, aku bagi kau masa. Kalau kau nak jumpa dengan Ustaz tu kau bagitau aku. Tapi kalau boleh jangan lambat sangat sebab aku risau kau akan jadi semakin lemah." Kata Amir yang masih duduk di sebelah Syafiq itu.

Syafiq mengelap air matanya yang dari tadi mengalir laju. Dia tahu Amir mahu membantunya, namun dia seakan belum bersedia mahu melepaskan segala memori bersama Alif yang selama ini terpahat indah di dalam fikirannya. 

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now