Nota Penghargaan Dari Penulis

3.4K 288 127
                                    

Assalamualaikum wbt, selamat malam semua 

Pertama sekali syukur alhamdulillah sebab akhirnya cerita Roommate 2 ni berakhir dengan jayanya hahaha. Jaya pada author sebab author sejujurnya agak struggle untuk nak plotkan jalan cerita ni bagi tak nak nampak pelik and tak nak nampak cerita ni tak best. Sebab tu dalam beberapa bab yang terakhir tu, author agak lambat sikit untuk update cerita ni. Bukan sebab tak ada masa, tapi sebenarnya author buntu nak tulis jalan cerita ni. 

Tapi berkat sokongan dan jugak kata-kata positive dari readers semua, alhamdulillah selesai jugak lah tanggungjawab author untuk habiskan cerita yang dah separuh jalan ni. Ada terfikir sebenarnya nak berhenti separuh jalan, tapi bila baca balik komen korang semua, author rasa serba salah dan rasa author kena buat yang terbaik untuk korang semua supaya korang tak kecewa.

Cerita Roommate 2 ni agak complicated sebenarnya, sebab author mula-mula fikir kan idea lain. Tapi entah macam mana, lama-lama cerita dia jadi lain sikit. Walaupun apa yang author rangka untuk permulaan dan pengakhirannya sama, tapi cerita di pertengahannya berubah sama sekali. Contohnya watak Ustaz Kamal. Sejujurnya author tak terfikir pun nak highlight kan watak dia sampai macam tu sekali hahaha. Tapi entah macam mana, bila proses menulis tu berlaku secara tiba-tiba watak dia macam penting je dalam cerita ni haha.

Dan untuk pengetahuan semua, author tak pernah pun plan nak tulis jalan cerita ni. Even jalan cerita Roommate 1. Dalam otak ni cuma ada permulaan cerita dan jugak pengakhirannya je. Part tengah-tengah tu biasanya author main hentam tulis je. Bila nak update, baca sikit bab sebelumnya and terus tulis on the spot. Sebab tu lambat sikit. Author jenis buat sehari satu bab je haha.

So terima kasih banyak-banyak lah kepada korang semua yang dah baca, vote and jugak komen sepanjang cerita ni dipublish. Rasa puas hati tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, lagi-lagi bila dapat tahu yang readers pun turut berpuas hati dengan cerita ni. Itu yang paling penting sebenarnya, sebab tanpa kalian siapalah author dan jugak apa lah maknanya cerita ni kan. Cewahhh haha.

Tapi author tahu sebenarnya banyak cacat cela dalam cerita ni, tapi insyaAllah author akan cuba perbaiki segala cacat cela tu dalam cerita author yang seterusnya. Teruskan lah menyokong author dan jugak author-author lain dalam wattpad ni. Bila author scroll wattpad ni, malu sebenarnya dengan author lain. Iyelah, semua hebat-hebat belaka. Author ni je yang masih gigih nak menulis, walaupun tulisan entah pape hahahahaa.

Semoga ada manfaat ye cerita ni. Semoga kalian semua juga terus success dalam apa juga yang kalian lalukan. Nasihat author buat mereka yang ada rasa nak menulis tapi malu, start your work now! Tulis je cerita korang sendiri! Selagi mana kita tak mula menulis, selagi tu jugak kita tak akan tahu kemampuan kita dalam bidang ni. Dan yakin lah dengan diri sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.

Ingat, menulis bukan kerana nama, tapi tulislah kerana mahu menyebarkan manfaat kepada semua. Terima kasih semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. 


Yang ikhlas dari hati,

Si Author :D



Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now