Bab 23: Antara Sahabat & Dendam

3.5K 219 30
                                    

"Abah parking kereta dekat mana ni? Biar Amir pergi ambil." Kata Amir kepada Ayahnya ketika dalam perjalan mereka ke bahagian menunggu kenderaan hospital berkenaa.

"Amir tu baru je keluar dari wad, biar Abah je yang pergi ambil kereta." Tegur Ibunya yang tidak membenarkan Amir untuk pergi mengambil kereta.

"Betul tu, Amir tunggu dengan Mak dekat sini sekejap. Abah pergi ambil kereta." Kata Ayahnya yang meletakkan sebuah beg kecil di atas sebuah kerusi di bahagian tepi ruang menunggu itu.

Amir tidak mahu membantah. Dia tahu walau macam mana sekalipun, pasti Ibu dan Ayahnya tidak akan mengizinkan dia untuk pergi mengambil kereta tersebut. Lalu Amir pun duduk di kerusi berkenaan sambi membantu Ibunya untuk duduk di sisinya itu.

"Selamatllah Ustaz yang kemalangan dengan Amir tu dah keluar dari wad ICU. Kesian jugak Mak tengok dekat Isteri dia. Nampak kuat, tapi Mak tahu Isteri mana yang sanggup tengok Suami dia terlantar macam tu." Tiba-tiba Ibunya berkata sambil melemparkan pandangannya jauh ke jalan raya.

Amir menarik nafasnya dalam. Walaupun tiada siapa pun yang menyalahkan dirinya, namun dia sendiri merasa bahawa kemalangan yang terjadi itu berpunca daripadanya. Sekiranya dia tidak lalai semasa sedang memandu, pasti Ustaz Firdaus tidak akan terlantar seperti itu.

"Semua ni salam Amir Mak. Kalaulah Amir...." Belum sempat Amir menghabiskan ayatnya, Ibunya itu terus mencelah.

''Mak tak salahkan Air, dan Mak jugak tak cakap yang Amir betul. Tapi benda dah pun terjadi, nak salahkan sesiapa pun tak guna. Amir pun dah mintak maafkan, Isteri Ustaz tu pun dah maafkan, jadi Amir jangan fikirkan sangat tentang hal ni. Apa yang dah terjadi ni, semuanya ketentuan dari Allah. Siapa kita nak menidakkan atau menyalahkan takdir kan." Kata Ibunya sambil memegang erat tangan anaknya itu.

"Tapi Amir rasa serba salah." Balas Amir yang kelihatan sudah mula merasa sebak.

"Mak tahu. Sekarang ni doa banyak-banyak pada Allah supaya Ustaz Firdaus cepat sembuh. Doktor pun dah cakap kan tadi yang InsyaAllah Ustaz Firdaus tak akan ada apa-apa. Jadi Amir jangan lah risau ye." Kata Ibunya sambil mendakap Amir di bahunya.

Amir sekadar menganggukkan kepalanya perlahan. Dia sendiri tidak pernah berhenti berdoa supaya Ustaz Firdaus segera sedar dari komanya dan kembali sihat seperti sedia kala.

"Hamboi, semalam suruh kami balik awal. Ini masa nak balik baru nak peluk Mak dia." Sindir Ayah Amir sambil ketawa melihat mereka berdua dalam keadaan begitu.

"Ye lah, nanti Mak dah balik rindu pulak. So ada depan mata ni peluk lah puas-puas dulu. Hihi." Balas Amir lalu semakin mendakap Ibunya itu kuat.

Ibunya yang turut membalas dakapan anaknya itu tersenyum melihat telatah suami serta anaknya itu. Mereka kemudiannya mencapai barang-barang yang ada lalu berjalan perlahan menuju ke arah kereta yang sudah sedia menunggu di bahagian tepi kawasan menunggu tersebut. Seusai semua barang dimasukkan ke dalam bonet, kereta itu terus memacu keluar dari hospital itu menuju ke asrama Amir untuk menghantarnya pulang.

"Amir betul ni tak nak ikut Abah tengok Pok Teh dulu? Nanti esok Abah hantar Amir balik ke sini semula." Tiba-tiba Ayahnya itu bertanya bagi mendapatkan kepastian sebelum dia memasuki jalan menuju ke asrama Amir.

"Tak apa lah Abah, Amir nak berehat dulu dekat bilik. Lagipun rumah Pok Teh dah ke bawah dah, nanti menyusahkan Abah je nak patah balik ke sini. Bukannya dekat. InsyaAllah nanti bila kereta dah keluar dari bengkel, Amir pergi melawat Pok Teh ye." Balas Amir yang tersenyum melihat Ayahnya yang sedang memandangnya melalui cermin pandang belakang.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now