Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
"Amboi, banyaknya notifications masuk!" sindir Rohaya kepada Rio yang sedang enak menikmati sarapan pagi bersama KokoKrunch.
Rio tersengih malu. Dalam hati dia berkata, 'Orang famous kan...nak buat macam mana?'
Sambil mengunyah biskut coklat kegemarannya, dia mencapai iPhone 6s yang berbunyi tadi. Dia membaca semua notifications yang masuk. Ianya datang dari WhatsApp group rakan-rakan social media influencers.
'Just watched your video, Rio! I'm so proud of you! #LoveWins 🏳️🌈'
'Rio, parents kau tak marah ke kau buat video macam tu?'
'Relakslah, bukan Rio buat video porno pun. Dia just confessed yang dia gay je. What's the big deal? 🙄'
'Rio, no matter what happened, we're always going to support you!'
'Aren't you supposed to be at school now, Rio? 🤔'
'He's not responding. Dia dah on the waylah tu. Let the kid rest, peeps.'
Rio tersenyum membaca mesej-mesej yang diterima dari rakan-rakan influencernya. Sejak dari semalam, banyak notifications yang masuk. WhatsApp, Twitter, Facebook, iMessage dan juga Instagram. Semuanya memberi respons kepada Rio yang telah pun mengaku bahawa dia tidak straight. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Rio tak sempat nak baca semua.
Dengan senyuman yang masih terlekat pada wajahnya, dia membalas mesej-mesej WhatsApp yang diterima.
'Thanks for all the support, guys. You guys are the best! Can't wait to hangout with you guys and talk about it. I know for some, it is still a surprise but don't worry. I am still the same Rio, okay? Going to school now. Bye!'
'Bye Rio! Study elok-elok!'
'Bye little boy...'
'😘😘😘'
Rio meletak semula fonnya itu di atas meja dan menghabiskan KokoKrunch tadi.
Pada waktu yang sama, ibunya Rohaya sedang sibuk mengenakan gincu pada bibir. Sementara ayahnya Iskandar sedang membaca berita menggunakan iPad.
"Mommy, are you gonna be home early, tonight?" tanya Rio selepas melicinkan mangkuk sarapannya.
Rohaya berfikir sejenak sebelum menjawab soalan anak tunggalnya. "Yeah, kenapa Rio? Do you want me to get you anything?" tanya Rohaya sambil menyapu bedak pula pada wajahnya.
"No, it's okay. I just wanna have dinner with you. Last week, you were away. I have to eat all by myself."
"Really? You makan sorang, sayang? Where was your father, I wonder?" Rohaya menjeling ke arah Iskandar.
Suami isteri itu saling berpandangan. Rio pula menundukkan wajah. Habislah aku...kata hati Rio kerana menjadi punca mommy dan daddynya bergaduh pagi-pagi.
"I busylah. Banyak kerja. You apa tahu? Rio bukan makan sorang-sorang. Kak Salama kan ada?" Iskandar menjawab sambil memberi jelingan tajam kepada Rio.
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
RomanceRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...