Seperti yang telah dijangka, semua mata bertumpu ke arahnya. Dari perhimpunan pagi, hinggalah ke waktu rehat. Rio menjadi bahan bualan semua pelajar di sekolah. Bukan main bersoseh-soseh lagi mereka bila melihat Rio. Macamlah Rio baru lepas bunuh orang. Nasib baiklah Rio dah predict benda ni akan berlaku. Kalau tidak, tentu dia akan mengalami mental breakdown sekarang.
"Asal kau pandang aku macam tu?" tanya Rio kepada Ammar ketika mereka sedang makan di kantin pada waktu rehat.
"Tak ada apa-apa..." Ammar bagai menyembunyikan sesuatu.
"Kau nak cakap pasal video aku post semalam ke?" tanya Rio, lagi.
Ammar terkedu. Dia pantas menafikan. "Eh mana ada. Kau ni, merepek je."
"Come on-lah, Ammar. Aku kenal kau. Janganlah berahsia dari aku. Apa reaksi kau lepas tengok video tu?"
Terkedip-kedip mata Ammar memandang Rio. Dia tak tahu sama ada dia patut berlaku jujur kepada sahabatnya itu ataupun tidak.
"Cepatlah Ammar! Cakaplah!" marah Rio.
"Cakaplah apa?" tiba-tiba Intan datang membawa sepinggan nasi lemak bersama. Nak duduk dengan Rio dan Ammarlah tu.
Intan mengambil tempat di sebelah Rio. Rio terpaksa mengesot ke tepi sikit sewaktu Intan masuk.
"Korang cakap pasal apa tadi?" tanya Intan lagi, mahu tahu.
"Tak ada apa-apa," jawab Rio, rengsa.
"Kau dah tengok dah video Rio post semalam?" Ammar direct bertanya walaupun Rio dah cakap tak ada apa-apa tadi dekat Intan.
"Video baru? Video apa?" Intan rupanya belum tengok.
Serentak dengan itu juga, Rio terdengar suaranya dalam video yang dirakam semalam. Dia menoleh ke belakang dan kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang memasang videonya itu dengan volume yang tinggi menggunakan android milik salah seorang dari mereka.
"Yes, I AM GAY! I am gay and I am proud. I have always been gay since I was small. Believe me, my mom knew it the moment..."
Rio merentap android itu dari tangan lelaki yang memegang. "Apa masalah kau sekarang?" tanya Rio, bengang.
Pelajar lelaki yang androidnya direntap itu bangun perlahan-lahan dengan muka poyo. Rakan-rakannya yang lain turut melakukan perkara sama. Jumlah mereka yang ramai membuatkan Rio gugup. Takut dipukul kerana perbuatannya tadi.
"Apa masalah aku? Apa masalah kau? Apsal kau nak rampas-rampas handphone orang? Kau cikgu?" tanya pelajar itu.
Rio menggelengkan kepalanya. Kemudian, dia bertanya, "Kenapa kau nak pasang video aku kuat-kuat?"
Sekumpulan pelajar itu saling berpandangan sesama mereka. Masing-masing sedang tersengih sekarang.
"Video kau? Maksud kau, video yang budak mengaku dia gay tu?"
Rio terdiam. Dia baru sedar banyak mata sedang memerhatikannya sekarang. Kantin itu mula sepi kerana masing-masing sibuk mahu mendengar dan melihat apa yang sedang berlaku antara Rio dan sekumpulan pelajar lelaki itu.
"Weh kawan-kawan! Korang tengoklah YouTube famous korang ni. Dah pandai dah nak merosakkan akidah anak-anak Melayu. Mengaku gay! Padahal orang Islam. Tak tahu malu agaknya!" pelajar itu berteriak sekuat hati.
Rio benar-benar malu sekarang. Dia menggenggam erat android milik pelajar itu sekuat-kuatnya kerana terlalu geram.
"Kau tak payah nak marah aku kalau aku tengok video kau. Sebab kau sendiri dah malukan diri sendiri," kata pelajar itu sebelum mencapai semula androidnya dari tangan Rio.
Bahu Rio sengaja dilanggar oleh beberapa orang dari kumpulan pelajar tadi sewaktu mereka berlalu pergi.
Rio rasa macam nak menangis tapi air matanya tak terkeluar. Dia menoleh ke arah Intan dan Ammar. Masing-masing menunjukkan wajah simpati pada sahabat mereka itu. Kemudian, Rio melihat sekeliling. Para pelajar yang sedang berehat masih lagi sedang memandangnya. Ada yang tertawa mengejek dan ada juga yang saling berbisik sambil jeling-menjeling.
Dek kerana tidak dapat menanggung rasa malu, Rio terus berlari masuk ke dalam tandas. Dia mahu menyembunyikan diri di situ kerana tidak sanggup rasanya berhadapan dengan mereka-mereka yang tidak boleh menerima siapa dirinya yang sebenar.
"Rio!" Zakwan yang turut menyaksikan kejadian itu, mengejar Rio hingga masuk ke dalam tandas.
"Rio, are you okay?" tanya Zakwan, yang tidak berdaya melakukan apa-apa tadi kerana rakan-rakannya turut mengecam perbuatan Rio yang memalukan.
Rio tidak terus menjawab. Dia sedang cuba untuk bernafas seperti biasa. Jantungnya berdegup kencang akibat rasa marah kepada sekumpulan pelajar lelaki tadi. Dia bengang kerana tidak berdaya untuk melawan semula mereka. Sedangkan dia tahu perkara ini akan terjadi.
"Rio, I'm so sorry this is happening to you..." bisik Zakwan yang khuatir ada telinga sedang mendengar perbualan mereka di dalam tandas.
"Takpelah Zakwan. I knew that this would happen anyway. I'm okay," kata Rio.
Zakwan tidak berani menyentuh tubuh Rio. Dia khuatir ada orang ternampak nanti. Dia tidak mahu orang tahu bahawa dia pun gay juga. Dan dia adalah teman lelaki Rio. Zakwan tidak bersedia lagi.
"Aku nak cium kau tapi kau tau kenapa kita tak boleh cium kat sini kan?" tanya Zakwan.
"Oh God, no! Definitely not in here, dimwit! I have class okay?" Rio mula menjadi sassy. Bererti moodnya sudah okey.
Zakwan tersenyum. Dia menyentuh pipi Rio sejenak sebelum mengalihkan tangan kerana takut ada orang nampak.
"I'll see you around, okay? Take care."
Zakwan meninggalkan Rio seorang diri di dalam tandas.
Rio memerhatikan saja teman lelakinya itu berlalu pergi. Pada waktu yang sama, dua orang pelajar berjalan masuk ke dalam tandas itu. Rio pantas berpura-pura seperti sedang mencuci tangan. Kemudian, dia turut keluar dari situ kerana waktu rehat akan tamat dalam masa beberapa minit lagi.
Rio seboleh-bolehnya mahu mengelakkan diri dari bertentangan mata dengan pelajar-pelajar yang berselisih dengannya. Bukannya apa, selepas insiden tadi, dia rasa insecure pula. Dalam banyak-banyak benda di dunia ini, dimalukan adalah perkara yang dia mahu elak dari berlaku.
Sewaktu sedang menaiki tangga menuju ke kelas, Rio ternampak Emilya baru keluar dari perpustakaan.
"Emilya!" Rio memanggil.
Emilya menoleh dan dia seperti tidak gembira melihat Rio sedang berlari ke arahnya.
"Hey, I've been trying to reach you." Rio memberitahu sambil tercungap-cungap menahan penat.
"Why?" tanya Emilya, langsung tidak memandang mata Rio.
Rio pelik mendengar soalan Emilya itu. "Bukan you hantar WhatsApp dekat I ke pagi tadi?"
Emilya baru teringat. "Oh...that."
"Are you okay? Apa maksud you what have I done? Is it because of the video that I posted yesterday?"
Emilya teragak-agak untuk menjawab. Dia menggaru-garu rambutnya yang diikat ponytail. "Err..."
Kringggggggg!
Waktu rehat telah tamat. Emilya mengambil kesempatan ini untuk mengelakkan diri dari terus bercakap dengan Rio.
"I have to go now..."
"Wait, Emilya!"
Rio gagal menghalang Emilya dari berlalu pergi. Gadis itu pantas berlari anak menuju ke kelas. Dia sempat menoleh ke arah Rio dengan pandangan sayu.
Rio seperti dapat membaca apa makna di sebalik pandangan Emilya itu.
"What have I done?" tanya Rio pada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
RomanceRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...