Bab 20

1.5K 87 10
                                    

Zakwan duduk termangu seperti orang kehilangan akal di sebuah kafe yang baru dibuka berdekatan dengan rumahnya. Setelah beberapa hari putus dengan Rio, barulah terasa sakitnya kehilangan. Mereka masih tetap terserempak di sekolah namun Rio langsung tidak mahu menghiraukan Zakwan. Malah, Rio sengaja memasamkan muka bila mereka berdua saling bertentangan mata. Rio seperti sudah membenci Zakwan sebenci-bencinya. Bila difikirkan semula, memang ada rasionalnya kenapa Rio berbuat sedemikian.  Zakwan sedar. Dia juga telah membuat kesilapan. Dia telah melukakan hati Rio kerana terlalu berpegang kepada prinsip hidupnya. Kini, dia telah kehilangan orang yang sangat dicintai.

"Padan dengan muka kau, Zack." Zakwan bercakap dengan dirinya sendiri. Kemudian, dia menghirup minuman yang dipesannya, Hot Chocolate yang merupakan minuman kegemaran Rio setiap kali mereka berhenti di mana-mana kafe. Sengaja Zakwan memilih minuman itu kerana dia mahu terus hidup dengan kenangan ketika dia bersama Rio dulu.

Kebiasaannya pada hari minggu, kawasan itu akan dipenuhi dengan ramai orang. Tidak kiralah sama ada golongan berusia mahupun belia remaja, mereka akan membanjiri tempat itu dengan meriahnya. Entah kenapa, tiba-tiba saja hari itu tak ramai orang. Macam boleh baca apa yang sedang dirasakan oleh Zakwan kini. Kesunyian tanpa cinta.

Masih tengiang-ngiang lagi suara Rio mengungkapkan kata putus. Zakwan tidak berdaya menghalang Rio dari berbuat sedemikian kerana jauh di sudut hatinya, dia tahu itu adalah keputusan yang terbaik buat mereka berdua di dalam situasi itu. Mana mungkin mereka akan bersama jika salah seorang enggan membuktikan rasa cinta dengan memberitahu semua orang tentang seksualitinya? Zakwan terpaksa akur. Memang perpisahanlah yang menjadi jalan terbaik buat diri mereka.

Apa yang buat Zakwan bertambah resah ialah apabila Emilya mengambil kesempatan ini untuk berdamping lebih rapat lagi dengannya. Emilya sengaja menawarkan diri untuk menemani Zakwan ke mana saja Zakwan ingin pergi. Sampai naik rimas dibuatnya! Tapi sebenarnya, jika difikirkan semula, memang ada baiknya Zakwan dan Emilya saling berkawan. Sekurang-kurangnya mereka boleh mengurangkan gosip yang mengatakan bahawa Zakwan juga adalah seorang 'kunyit'. Semenjak ada Emilya, tak ada siapa yang berani berlawak atau mengejek Zakwan lagi. Itu memang tidak dapat dinafikan satu perkara yang sangat membantu dalam membersihkan semula namanya.

"Zakwan?" sedang asyik termenung, Zakwan tidak sedar ada orang berada di hadapannya. Ammar.

"Eh, Ammar! Kau buat apa kat sini?" tanya Zakwan, menegakkan postur duduknya.

Ammar mengambil tempat di hadapan Zakwan biarpun tidak dijemput. "Saja jalan-jalan cari angin tadi. Tiba-tiba aku nampak kau dalam kafe ni. Sorang je?"

Zakwan menganggukkan kepala acuh tak acuh. Sebenarnya dia kurang selesa dengan keberadaan Ammar di situ. Dia mahukan privasi. Tapi mamat ni boleh bantai duduk situ pulak. Aisehman! "Yup. Sorang je."

"Rio mana?" Ammar seperti sengaja mahu memetik nama Rio untuk melihat sendiri reaksi Zakwan.

Zakwan menjongketkan bahu. "Entah. Dekat rumahlah kot. Apsal tanya aku? Kau kan best friend dia."

Ammar tersengih. "Dia memang best friend aku tapi kau student dia. Takkan kau tak tau?"

"Aku dah tak belajar dengan dia lagi. Aku dah berhenti."

"Berhenti? Kenapa pulak? SPM baru sampai trial kot. Awal gila berhenti? Kenapa? Kau gaduh dengan dia eh?" Ammar sengaja mengusik.

Zakwan pantas menidakkan kenyataan Ammar itu. "Eh tolong sikit eh. Tak main la gaduh-gaduh. Kitorang berhenti secara civil k. Secara aman."

Anmar masih lagi tersenyum sinis. Bagai dapat membaca apa sebenarnya yang berlaku antara Rio dan juga Zakwan. Senyuman sinis Ammar itu ternyata meresahkan lagi Zakwan yang memang tidak mahu dia berada di situ sekarang.

"So betul ke gosip yang aku dengar?" tanya Ammar tanpa memandang wajah Zakwan. Dia sedang sibuk membelek-belek jam tangan G-Shock barunya.

"Gosip?" Zakwan tidak mengerti.

Barulah Ammar memandang wajah Zakwan. "Ya. Gosip. Kau dengan Emilya bercinta sekarang?"

Zakwan menarik nafas lega. Ingatkan Ammar nak tanya pasal perpisahannya dengan Rio. Nervous betul tadi! "Mana ada. Kitorang kawan biasa je."

"Ya ke?" Ammar seperti sengaja memprovok.

"Kau nak apa sebenarnya ni Ammar?" Zakwan sudah hilang sabar. Kang tak pasal-pasal ada yang kena debik ni nanti.

"Relaks, bro. Aku datang sini bukan nak cari gaduh. Cuma aku nak nasihatkan je. Emilya tu cuma nak mempergunakan kau je. Kau jangan mudah terperangkap dengan helah yang dia buat. Kalau tidak, kau sendiri yang akan merana nanti," jelas Ammar.

Zakwan bagaikan tidak mengerti apa maksud Ammar sebenarnya. "Apa kau merepek ni?"

"Aku tahu kau dengan Rio couple."

Zakwan hampir menumbuk Ammar namun Ammar pantas mengelak. Ammar bangun dan mengangkat tangannya sebagai tanda menyerah. Namun senyuman sinis yang terukir di bibirnya menunjukkan bahawa dia belum habis bercakap lagi.

"Chill la, Zack. Bagi aku habis cakap dulu. Takkan dekat sini pun kau nak bergaduh? Tak cukup lagi kena panggil dengan cikgu disiplin haritu sebab bertumbuk dengan Azizi?"

Zakwan merengus kasar. Benar kata Ammar itu. Takkan dia nak bertumbuk lagi? Dia dah kena warning haritu dengan cikgu disiplin. Kalau dia bertumbuk lagi dengan pelajar lain, kemungkinan besar dia akan digantung sekolah.

Selepas melihat Zakwan meleraikan genggaman buku limanya, barulah Ammar kembali mengambil tempatnya tadi. Dia masih lagi tersenyum sinis ke arah Zakwan. Cukup menyakitkan hati si kawan yang memang tengah panas itu.

"Zack, aku dah lama perhatikan kau dengan Rio. Aku best friend dia. So aku tahu kalau ada perubahan dalam diri dia. Banyak mana pun dia cuba sembunyikan dari aku, lambat laun aku akan tahu jugak." Ammar mula bercerita.

"Terus terang aku cakap dengan kau, aku memang tak setuju dengan apa yang Rio buat. Video yang dia upload dekat YouTube tu tak sepatutnya viral. Kerana video tulah, spesies kunyit-kunyit terancam macam kita ni terima akibatnya. Orang dah mula persoalkan seksualiti kita. Sebab kita rapat dengan Rio. Padahal selama ni kita okey je."

"Siapa kunyit?" Zakwan ternyata tidak suka dengan gelaran itu.

Ammar tersengih. "Come on, Zack. Aku pun sama macam kau. Closeted gay. Orang yang closet gay je boleh kenal closeted gay macam mana."

Zakwan diam. Tidak memberi sebarang respons. Takut nanti dia termengaku pulak dekat Ammar yang dia memang closeted gay. Kalau boleh, dia mahu terus-terusan menafikan seksualitinya itu. "Aku bukan kunyit," kata Zakwan.

"Suka hati kaulah nak mengaku kau kunyit ke tak. Yang aku tahu, aku kenal siapa kau dan aku kenal siapa Rio. Bila tengok balik keadaan Rio sekarang yang macam orang mati laki, aku tahu something is wrong. Tengok-tengok kau dengan Emilya tiba-tiba rapat. So I picked up all the puzzle pieces. Such a tragic love story. How could you, Zack? Rio tu punyalah baik. Kau sanggup tinggalkan dia untuk Emilya? Kau ni biar betul?"

"Blah la, Ammar. Aku tak nak tengok muka kau dan aku tak nak dengar lagi apa kau merepek ni!" marah Zakwan.

Ammar menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia bangun dan bersedia untuk pergi dari situ. "Aku harap kau tahu apa yang kau buat, Zack. Jangan cuba kejar bayang-bayang sendiri. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now